Wednesday, 3 February 2016

Scarlet Cinta Raya (Bahagian 3)

SEWAKTU berjalan beriringan di tengah-tengah bandar itu, tiba-tiba terasa jari-jemariku diraih dan digenggam. Aku tersedar dari lamunan lantas menoleh.
Dia ikut menoleh padaku. Tersenyum sebelum kembali memandang hadapan. “Isya suka sutera, kan?”
Aku senyap.
Dia tersenyum lagi, kemaskan genggaman pada jari-jemariku. Dia tarik diriku semakin hampir pada dirinya.“Raya tahun ni abang nak tengok Isya pakai sutera.”Mesra dan agak perlahan suaranya kali ini. Bagai berbisik saja di telingaku. Jika ada yang sedang memandang semua ini, tentu saja kami dianggap pasangan yang sedang dilamun cinta.
Dalam kesibukan bandar Kuala Kangsar itu, aku jatuhkan pandangan.Tersenyum kelat akhirnya.
Setelah apa yang berlaku, dia masih boleh bersikap selamba. Seperti tiada apa-apa yang patut dia fikirkan. Seperti perasaanku boleh ditarik dan ditendang begitu saja.

SESEKALIpandanganku hinggap pada Shah yang sedang menanti di bahagian hadapan butik.Dari tadi dia kelihatan berbalas SMS. Entah dengan siapa. Sibuk benar nampaknya, hinggakan aku di sini terbiar tiada siapa peduli.
Cemburu aku bila melihat pengunjung lain ditemani pasangan masing-masing. Terutama pasangan muda di hadapanku ini. Manja dan mesra nampaknya.Dan daripada cara mereka, aku tahu mereka baru saja terikat dalam ikatan pernikahan.
Ah, baru kahwin. Sama saja dengan aku. Tapi aku?
Liza, Liza, Liza. Itu saja topik yang sering timbul antara kami suami isteri.
Tiba-tiba Shah menoleh dari telefon di tangannya. Bertemu anak mata kami.Aku tersedar spontan berdetak kencang jantung.Cepat-cepat kularikan pandangan. Berlagak tenang memilih koleksi baju kurung yang tersusun kemas di hadapanku.
Konon sedang membuat pilihan, padahal tiada satu pun yang berjaya menarik perhatian.
Hatisudah semakintawar sebenarnya. Tidak lagi terasa bernafsu untuk bergaya seperti yang lelaki itu mahukan untuk Aidilfitri tahun ini.
Entahlah. Rasa akan sia-sia saja segalanya.
Aku berusaha sehebat apa pun, dia tetap akan semakin dekat dengan Liza. Makin lama aku makin tersisih di belakang. Pendam hati yang menangis tak rela.
“Nak cuba yang ni?”
Berderai lamunanku. Shah sedang mengambil sepasang baju kurungmoden yang tergantung. Dihulurnya padaku.
Entah sejak bila dia berada di sisiku. Terkesan agaknya dia dengancara pandanganku tadi. Atau mungkin dia mahu menjaga pandangan pengunjung lain.
Dalam rasa kosong, aku sambut hulurannya. Letakkan baju kurung di badan, cuba lihat sesuai atau tidak dengan saiz tubuhku.
“Cantik.”
Berderau darahku, lantas kuangkat kepala. Bertemu anak mata dengannya dan senyuman di bibirnya semakin bererti. Membentuk lekuk di pipi kirinya. Sesuatu yangcukup menggetarkan hatiku selama ini.
Tapi bila aku teringat padakesinisannya di dalam kereta tadi, serta-merta perasaanku bertukar hambar semula.
“Cantik, sayang,” ungkapnya lagi. Lebih dalam suaranya kali ini. Tanda dia benar-benar bermaksudkan pujiannya.
Tapi hatiku tetap kosong.“Biar Isya cuba kejap.” Tanpa menanti jawapannya, aku beredar.

BERSAMA-sama persalinan yang tersarung di tubuh, aku keluar dari bilik itu. Berlegar-legar sesaat anak mataku di seluruh ruang butik bila kelibat Shah tidak kelihatan di mana-mana.
Kuatur langkah, berjalan ke bahagian hadapan butik. Mencari jika dia menungguku di situ.
Tapi tiba-tiba terhenti langkahku. Terdiam bila diperlihatkan dengan sesuatu yang makin meruntuhkan kesabaran.
Shah dan Liza sedang berbual di hadapan butik. Lebih menyakitkan hati, Liza nampak seperti sedang tergesa-gesa sementara Shah tenang saja. Mesra pula kelihatannya.
Sekali pandang, aku tahudia yang mengajak Liza berbual.
Terzahir senyuman kelat di bibirku. Sakit, rasa seperti ditoreh-toreh.
Sekejap saja aku hilang dari pandangannya. Dia sudah bosan menunggu hingga mencari wanita lain sebagai teman.Dan dia langsung tak mengambil kira perasaanku. Tak fikir betapa bencinya akumelihat dia bermesra begitu. Lebih-lebih lagi, Liza orangnya. Gadis yang setiap masa membuat aku rasa tercabar.
Enggan membiar diri kelihatan bodoh di situ, aku segera berpatah balik ke belakang. Melangkah ke bilik persalinan.
Kulempar senyuman bila bertemu pandangan dengan pekerja dan pengunjung lain. Senyuman penuh kepalsuan. Senyuman yang mentertawakan kebodohan diri.Senyuman yang menyiat-nyiathati sendiri.
Kutukar semula pakaianku. Serahkan baju kurung pada pekerja di situ dan terus keluar dari butik.
Shah entah di mana.
Biarlah.Aku tak mahutahu.

KALI kedua telefon berdering. Bersama keluhan terpaksa aku menjawab.
“Isya kat mana ni?” sapanya pantas.
“Kereta.” Dingin.
“Kenapa tak bagitau? Lama abang tunggu Isya.”
Aku tersenyum pahit.
Sebab lamalah kau pergi bersembang dengan perempuan lain, kan? Kalau macam tu hilanglah boring. Kan?
Tanpa menjawab soalannya, aku putuskan talian. Matikan telefon, campak dalam tas tangan.

BILA dia tiba di kawasan parkir, aku cuma senyap tanpa menoleh ke arahnya. Masuk ke dalam kereta, sandar kepala di bangku.Peluk tubuh dan rapatkan kelopak mata. Enggan bersuara atau mendengar apa pun juga darinya.Senyap sepanjang jalan.
Sesampai saja di rumah, aku berlagak selamba. Fiza dan beberapa sepupu Shah yang lain tersenyum-senyum nakal. Masih lagi mengusik. Aku cuma layan seadanya sebelum berlalu ke bilik. Hantar SMS pada angah, aku tak jadi pulang beraya di sana tahun ini.
Angah membalas tapi aku enggan membaca. Segera aku keluar dari bilik itu untuk mengelak dari bertembung Shah. Kusibukkan diri di dapur. Siap kerja, aku cari lagi apa saja yang boleh dilakukan.
Terpandang almari yang sedikit selerak, aku selongkar. Susun balik semuanya satu persatu hingga benar-benar kemas. Tak boleh ada cela walau seinci pun!
Terpandang rak pinggan yang tak begitu kemas, aku punggah juga. Pinggan mangkuk di atas singki yang baru selesai dicuci segera kulaphingga kering. Susun di rak.
Lantai yang melekit kumop. Sental sesungguh-sungguhnya hingga rasa kesat lantai simen. Tak kupeduli tubuh yang penat. Tak juga kuendah mata yang berat.
Hati lebih tenat waktu ini. Aku tahu aku takkan mampu tenang bertemu Shah dalam keadan begini.
“Sya.”
Terhenti pergerakanku bila satu suara memanggil.Dia. Benar-benar hampir di belakangku.
Kulepas nafas dalam. “Abang nak apa-apa ke?” Tanpa menoleh.
“Dah jauh malam ni, Sya.” Tak dijawabnya pertanyaanku.
Aku senyap. Tanpa mempedulikan dirinya, kularikan semula batang mop di tangan. Sambung kerja mencuci.
“Isya...” Dia memanggil lagi serentak menggenggam lenganku. Kali ini mula terdengar nada rayuan dan tak berpuas hati dalam suaranya.
Terhenti kembali pergerakanku. Hati yang sejak tadi cuba kutenangkan mularasa berbahang kembali. Aku lepaskan keluhan, bosan. “Isya sibuk ni, bang.”
“Kita bincang baik-baik.” Dia tak juga cuba memahami, bahkan memberi arahan.
Aku terdiam.
Tanpa menanti persetujuanku, dia beredar. Naik ke bilik.
Aku terdiam lagi. Makin bengkak hati dengan kerenahnya. Sudah terlalu jelas, dia yang bersalah. Tapi sedikit pun dia tak mahu mengalah, bahkan tetap juga dengan sikap diktatornya itu.

MAHU tak mahu, terpaksa juga aku turutkan kehendaknya.Enggan membiarkan mata lain di dalam rumah ini menyedari ketegangan antara kami.
Shah sedang menanti sewaktu aku tiba di bilik.Sedang berdiri tidak jauh dari pintu.Aku cuma menjeling tajam dirinya, itupun tak lama. Kukunci pintu, sesudahberjalan ke arah tingkap bilik yang tertutup rapat. Berdiri membelakangi dirinya, berpeluk tubuh dan kemudian hanyakaku di situ.
Terasa dia melangkah ke arahku dan berhenti tidak jauh di belakangku. Aku tetap juga membatu.
Memang. Aku takkan bersuara selagi dia tak memulakan.
“Kenapa ni, Sya...”Pecah akhirnya kesunyian bilik dengan soalan berbunyipenat itu. Bagaikan letih melayan kerenahku.
Aku tersenyum sinis. Semakin kemas berpeluk tubuh.
Cara dia menyoal itu memang cukup menjengkelkan. Soalan yang langsung tak ada riakserba salah apatah lagi meminta maaf. Bahkan waktu ini, seperti aku pula yang menjadi punca masalah.
“Isya marah sebab abang nak kita raya kat sini tahun ni?”
Aku senyap.
“Tapi janganlah sampai macam ni. Benda kecik aje ni, Sya.”
Aku tersenyum sinis lagi.Menggeleng-geleng, benar-benar jelek dipersalahkan terus. Kuleraikan tangan yang memeluk tubuh, berpusing menghadap dirinya.“Kalau Liza, apa pun abang sanggup buat, kan?”Tegang nadaku meskipun perlahan suara.
Tajam renungannya ke wajahku. Tunjukkan rasa tak puas hatinya.
Kutentang, lebih tajam menikam matanya. Ketap gigi, tunjukkan rasa sakit yang lebih mencengkam hati. “Kalau abang cuma nak Isya tunduk pada semua kehendak abang, tak payah sampai beli-belikan sutera untuk Isya.”
Dia diam. Makinnampak tak puas hati.
“Esok bila Liza datang, bersembanglah puas-puas. Isya takkan kacau.”
“Kenapa dengan Isya ni?” pintasnya tiba-tiba.Tegang.
Terbantut hasratku untuk ke katil. Pandang dia semula, senyum sinis. “Tanya diri abang sendiri.” Sejurus itu aku melangkah.
Tak semena-mena dia genggam lenganku. Terhenti langkahku lantas berusaha melepaskan diri. Dia tak mengalah, bahkan mengetatkan lagi pegangan.
Aku kesakitan. “Abang, lepaslah!”
“Jawab soalan abang!” tekannya, serentak makin ketat mencengkam.
Aku tak tertahan lagi. Hampir saja mengalir air mataku bila dia sanggup memperlakukanku begini. Tak sangka, semuanya kerana ‘sahabatku’ itu.
Aku tolak tubuhnya sekuat-kuat hati. “Lepaslah!”
Dia terundur setapak, terlepas genggaman. “Apa yang susah sangat ni!” tengkingnya dalam suara tertahan.
Aku merengus kasar. Melangkah ke katil, tak peduli lagi dirinya.
Dia rentap semula lenganku, lebih kasar. Aku tak terlawan kali ini, lantas menentang tajam renungannya.
“Apa yang tak kena dengan Isya ni?” tengkingnya lagi.
Aku bisu, ketap gigi. Terus menjeling.
“Isya ternampak abang bersembang dengan dia tadi? Isya cemburu? Tak suka? Tuduh abang ada apa-apa dengan dia? Hah?”
Aku bisu lagi.
Dia menggeleng-geleng. Mengeluh berat kemudiannya. “Kenapa sampai macam ni, Sya!”
Aku senyap juga.
Dapat kudengar dia menghela nafas dalam sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Bagai cuba meredakan perasaan. “Dah terlampau lama kita kenal. Sampai sekarang pun Isya susah lagi nak percayakan abang. Kenapa?”
Aku lepaskan nafas.Ketap gigi makin ketat, cuba kawal perasaan. “Abang yang tak tahu cara nak buat Isya percayakan abang.”
Dia terdiam. Sukar terima.
Aku mengangguk, mencabar. “Abang tak suka adik-beradik Isya, jadi abang guna alasan Liza supaya tak balik Penang.” Senyap sesaat, kawal pernafasan yang tak teratur. “Dah lama Isya perhatikan.”
Dia makin terdiam.
“Kalau adik beradik abang, semua boleh. Semua betul.” Aku diam sesaat. Hela nafas. Sedikit tersangkut lantaran api yang makin membakar hati.“Macam tu sebenarnya kan?”
Dia terdiam juga.
Aku mendengus sinis, puas dapat hamburkan segala rasa tak puas hati. Kutarik tanganku, terlepas dari genggamannya.Aku melangkah ke katil.
Kutanggal tudung dari kepala. Gantung di penyangkut berhampiran, kemudian berbaring. Bantal peluk yang terletak di tengah-tengah katil tidak sedikit pun kuusik.
Aku paksa diri tidurtanpa pedulikan dirinya. Telefon bimbit yang terletak di tepi bantal terasa bergetar-getar. Segera kucapai.Serentak dengan itu, aku mendengar pintu bilik terkuak. Shah. Keluar entah ke mana.
Cari ketenangan gamaknya. Maklum saja, aku ini cuma tahu menyakitkan hatinya.
Aku tersenyum sinis. Tapi tak sedikit pun peduli dirinya. Terus juga beri tumpuan pada telefon di tangan.
Nama angah terpampang di skrin. Aku teringat pada SMS darinya yang tak kubaca tadi. Ada urusan penting agaknya. Lantaskutekan butang jawab tanpa memikirkan apa lagi. “Helo.” Datar.
“Kenapa tiba-tiba tak jadi balik pulak ni? Esok dah raya kan?” Laju tembaknya.
Seperti api yang disimbah minyak, itulah yang aku rasakan.Kuhela nafas dalam dan kemudian melepaskannya perlahan-lahan.Cuba bertenang. “Shah tak boleh drive malam ni.”
“Kenapa pulak?” pintasnya tajam. Jelas dengan nada mempertikai.
Aku terdiam sesaat. Lepas lagi nafas dalam. “Tak berapa sihat.”
Pecah gelak angah, sinis. “Dan-dan tu jugak sakitnya!”
Aku ketap gigi.Bengang bila orang luar sepertinya sesuka hati mengutuk suamiku.
“Si Mas tu raya sekali dengan korang tahun ni, kan?”
Aku diam. Ketap gigi makin keras.
Angah ketawa sinis.“Mesti Liza mengekor dia sekali. Sanggup kamu hadap betina dua ekor tu?”
Makin tersiat-siat hatiku. Entah mengapa dalam waktu-waktu begini, dia sengaja mencari gaduh denganku. “Angah call Isya cuma nak cakap benda ni ke?”
Angah tergelak lagi, lebih sinis dan menyakitkan hati. “Selamat hari raya.”
“Angah!”
Dia putuskan talian begitu saja. Tersirap darahku.
Kuhempas telefon atas meja. Baringsemula. Tutup muka dengan bantal, cuba buang segala yang menyakitkan hati. Aku nak tidur! Penat!
Tapi kata-kata angah tadi terus teringiang-ngiang. Makin lama makin kuat. Mengejek-ejek, bagai pita rakaman.
“Selamat hari raya...”
Argh!!!
Lantas aku bangun.Tak boleh tahan lagi.
Kucapai baju kurung milikku dan baju melayu milik Shah yang tergantung dalam almari. Kuhidupkan seterika, mula menggosok.
Seterika tak cukup panas. Kain tak terkesan langsung. Aku tekan-tekan punat, tambah ketinggianhaba. Menggosok semula.
Kesinisan dan tengkingan Shah, perbualannya dengan Liza tadi, sindiran angah bahkan segala yang menyakitkan hati terus bergilir-gilir menyemakkan telinga. Kulawan, kuabai. Terus berkerja.
Seterika terlalu panas. Bau hangit mencucuk hidung. Aku mendengus, kasar tangan memutar tombol pada badan seterika. Rendahkan haba. Kemudian sambung semula kerja.
Tiba-tiba tangan terkena perut seterika. Panas!
Kuhempas seterika akhirnya. Matikan suis dan serentak itu berhamburan air mataku tanpa mampu ditahan-tahan lagi.Aku terduduk akhirnya di birai katil dalam esakan. Benci. Mengaku kalah pada semua perkara yang terlalu menekan ini. Tak mampu melawan lagi.
Kak Mas dengan ketamakannya. Liza dengan dendamnya. Shah pula dengan kehendak-kehendaknya. Dan sekarang angah pula. Tak sudah-sudah mengapikan.
Apa semua ni!
Telefon bimbit di atas meja berlagu nyaring. Akubiarkan hingga mati deringan. Tapi tak sampai sesaat,bilik itu bingit semula.Memekik-mekik minta dilayan. Sakit telingaku lantas aku bingkas akhirnya.
Capai telefon. Kali ini nama Zara yang terpampang, menanti aku menjawab panggilan.
Dengan rasa terpaksa kutekan butang hijau.
“Helo!” Ceria suaranya.
“Helo.” Aku buat-buat ceria, sorok suara yang serak dengan tangisan. Sedangkan air hangat terus juga mengalir dari tubir mata.
“Selamat hari raya, sahabatku.” Tulus lafaznya.
Aku tergelak, tapi serentak itu juga mengalir makin galak air mataku. Segera kuseka. Mengalir lagi. “Selamat hari raya...” Bergetar suara, sebak.
Dia tergelak. “Tengok, dahsyat tak aku? Ucap selamat aje pun kau dah terharu.”
Aku tergelak lagi dan air mata mengalir makin galak. Entah mengapa, segalanya serba menghukum perasaanku waktu ini. Rasa seperti diserang dari semua arah.
Aku perlukan Shah, tapi Zara pula yang muncul memujuk. Malah dia gunakanpula istilah ‘sahabat’ untukku.
Ingatanku berpusat pada Liza. Dulu dia sering menggunakan kalimah itu. Hanya kerana seorang lelaki, segalanya musnah begitu saja. Bahkan kini,Shah menjauh dari aku juga disebabkan dirinya.
“Dahlah, Rish. Aku nak ucap tu aje.” Zara bersuara semula bila aku tidak membalas gurauannya. “Bercakap lama-lama nanti habis pulak kredit aku.”
Aku tergelak lagi, mengiyakan selorohnya. Talian terputus setelah kami saling berbalas salam. Tika itu juga pintu bilik terkuak. Aku tak sempat meletakkan semula telefon bimbit atas meja. Cepat-cepat aku berbaring, mengiring. Tutup muka dengan bantal, pura-pura tidur.
Terasa Shah berbaring di sebelahku. Tapi sesudah itu dia terus kaku, lena. Tidak langsung dia alihkan bantal peluk yang memisahkan tempat tidur kami.Berusaha memujukkuapatah lagi.
Dalam keadaan wajah yang terlindung di balik bantal itu, air mataku mengalir semula. Makin terasa jauh darinya.
Kupandang telefon bimbit di genggaman. Skrin memaparkan isyarat SMS dari angah yang masih belum dibuka. Memanggil-manggil hatiku yang sedang rapuh dahaga pujukan.
Aku tekan butangbaca.

So inilah Abang Mi yang disanjung-sanjung sangat selama ni? Mmm?

Panjang lagi tulisan di bawahnya tapi aku enggan teruskan pembacaan. Tak sanggup.
Aku fikir tadi, dia mahu nyatakan rasa simpatisekali gus memujuk. Bila aku tak membalas, dia risaukan keadaanku. Tapi rupa-rupanya meleset jauh.


Bertambah-tambah runtuh kekuatanku. Akhirnya dalam keadaan air mata yang terus mengalir, aku rapatkan semula kelopak mata. Teresak halus di bawah bantal.

7 861 komen:

yas hxn said...

dah lama tak komen kat sini.. rindu isya dgn shah benci dengan watak liza erghhh kacau daun betul lah liza ni huh.. kesian isya huhu gud luck writer try harder than.. kay! apepun best

Anonymous said...

takkan la end macamn ni. SE Raya biarla happy sikit. huhuhuhu. patah hati

Anonymous said...

Eiiiii geram betul. Shah ni pn mcm xsungguh2 plak ngn isya. Kite yg bc ni pn rs mcm nk nangis

Safiah Ahmad said...

Hadoii... La Shah..... Apa kes nih? Jgn la bwat pasal....

Anonymous said...

Cpt2 smbung plzzzzzz....

Ilman Nafia said...

Sambungggggg.haha

Siti Hanisah said...

Xmo patah hati. Blum habis citer ni hehe

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.