Monday, 25 January 2016

Scarlet Cinta (Bab 22)

TURUN saja dari bas petang itu, kuhantarSMS pada Shah. Sekadar memberitahu yang aku selamat tiba. Tidak jauh berjalan, telefon bimbit di genggamanberdering.Terhenti langkahku, pandang skrin. Melihatkan nama Shah, aku segera pilih butang jawab.
“Helo, assalamualaikum.” Ringkas sapaanku sambil melangkah semula.
“Waalaikumussalam. Sampai dah?” Ada nada ragu-ragu di situ.
“Haah.”
“Cepatnya?”
Aku tersenyum sendiri, sudah mengagak soalan itu.
“Saya turun kat Ipoh aje, tak terus ke George Town.”
“Kenapa?”
“Entah. Dalam bas tadi angah call, kata nak jemput kat sini.Saya ikut ajelah.”
Terlepas terus keluhan dari bibirnya.
“Kalau tahu macam tu, baik balik dengan saya aje, Isya. Saya pun balik Perak jugak.”
“Abah takkan kasi la, Shah.” Tenang pintasku.
Dia terdiam.
“Bahaya kalau kita berdua aje dalam satu kereta.”
Dia terdiam lagi. Tapi dapat kurasa, dia sedang tersenyum penuh erti.
“Sekarang tak kasi, tapi tengoklah sikit lagi.Akan kasi sangat-sangat.”
“Mengada-ngada.”Hangat wajahku.
Dia tertawa, membuai perasaanku. Membuakkan rasa rindu terhadapnya.Terukir senyuman di bibirku. Tapi dalam masa yang sama, akumerasakan sedikit kelainan pada dirinya. Dia nampak tenang hari ini, tidak seperti malam tadi yang ketara benar runsingnya. Entah apa yang menjadikan dia begini.
Tapi sebelum sempat bertanyakan hal itu, perhatianku sudahterlebih dahulu teralih pada angah di kawasan parkir.Kakakku itu sedang bersandar di pintu kereta sambil memeluk tubuh. Orang yang lalu-lalang berhampiran dirinya dipandang kosong. Bila lengang tempat itu, dia jatuhkan kepala sambil mengeluh. Pandang kasut, kebosanan.
Aku luaskan langkah ke arahnya, enggan membiar dia menunggu lebih lama.
“Isya.” Kedengaran suara Shah di hujung talian.Terlerai perhatianku terhadap angah.
“Mmm?”
“Nanti kirim salam pada mak ayah awak.”
Aku terdiam bila merasakan kelainan dalam suaranya kali ini. Dia seperti cuba memperkatakan sesuatu tapi tertahan.
“Insya-Allah.” Perlahan jawapanku.
“Awak ada nak cakap apa-apa ke, Shah?”
Dia senyap, tidak segera menjawab. Aku menanti. Bila dia perlahan-lahan melepaskan dengusan lemah, entah mengapa tiba-tiba aku rasakan ada sesuatuyang sedang dia lindungi. Boleh jadi kenakalan dan tawanya tadi cuma bertujuan melindungi hati. Berdebar jantungku.
“Kenapa ni?”Berhati-hati menyoal, cuba mengagak maksud diamnya itu.
“Liza cari saya, Isya.” Lebih perlahan dan bernada runsing nadanya. Tepat jangkaanku. Sememangnya dia sedang dibebani sesuatu.
“Tadi saya terserempakdia kat cafe.Alang-alang dah berjumpa, dia terus ajak berbincang.”
“Pasal hal malam tadi?”
“Mmm...” Dia mengiyakan.
Akudiam.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, Isya. Dia macam dah give up sampai saya pun jadi tak tentu arah tadi.”
“Bila dia menangis mengadu pada awak, awak jawab apa?”
“Mana awak tahu dia menangis?” Ada nada terkejut di situ, menjadikan aku tersenyum pahit.
“Dia kawan sayalah, Shah.”
Diam dia dengan jawapan itu, hanya bersuara perlahan kemudiannya.
“Tak jawab apa.”
“Bagi sini luggage tu, Isya.”
Teralih perhatianku, baru sedar diriku sudah berada hampir dengan kereta. Angah yang baru bangkit dari sandaran pantas mengambil alih bagasi tanpa sempat aku menjawab. Terus dimasukkannya ke dalam boot kereta, kemudian dia menapak ke bahagian pemandu. Penuh dengan riak malas di wajahnya, membuat aku terdiam.
Terangkat keningku, agak bingung dengan dirinya. Tapi bila melihat dia seakan serius, aku tidak berani bertanya banyak.
“Dia dah banyak kali frust ke?” Soalan Shah kedengaran sewaktu aku melabuhkan duduk di dalam kereta.
“Banyak jugaklah.Dengan...” Terbantut kata-kataku di situ. Aku berkira-kira.
Seboleh mungkin, aku enggan menyebut nama Fariz di hadapan angah. Bimbang perhatiannya tertarik pada apa yang sedang kami bualkan. Dan aku fikir, jika angah tahu apa status Shah kini, tak mustahil angah akan berkeras mahu aku patuh pada kehendaknya. Aku akan dipaksa kembali untuk bertunang dengan Fariz. Ah, tolonglah...
“Dengan?”soal Shah.
Aku diam sesaat. Tersepit.
“Mmm... dengan orang yang sama.”
“Fariz?” Laju dia memintas, terkejut.
“Haah. Dalam lima enam kali jugaklah.”
Gilirannya terdiam.
“Diorang berkawan sejak sekolah sebenarnya...” Terhenti kata-kataku bila sedar angah menoleh sekilas ke arahku.Aduh... mati aku kalau dia syak apa-apa.
Aku pura-pura selamba. Betulkan duduk, lontar pandangan ke luar kereta. Bila angah mula memandu, aku menambah.
“Dari dulu lagi saya tahu budak lelaki tu player.Berkali-kali saya cuba terangkan hal sebenar pada budak perempuan tu.”
Shah terdiamlagi. Pelik agaknya mendengar cara aku menggelar Fariz dan Liza.Aku mengangguk, cuba meyakinkannya.
“Hah, macam tulah.”
“Tapi lepas tu dia boleh berkawan balik dengan Fariz?”
“Kalau hati dah suka...” Terhenti lagi bila angah menjeling.
“Habis tu sekarang kenapa dia bersungguh tak nak lepaskan saya? Padahal dia sendiri tak boleh terima bila saya keluar dengan perempuan lain.”
“Perempuan lain?” Laju terpacul dari bibir, serentak aku bangkit dari sandaran. Bila angah menoleh bersama bermaksud curiga, aku cepat-cepat betulkan duduk. Menghadap pintu, tampar-tampar bibir yang terlanjur.Kantoi!
“Kenapa?” soal Shah, bagai bingung.
“Siapaperempuan tu?”
Pecah tawa halus dari lelaki itu.
“Siapa lagi, sayang...”
Hangat wajahku bila tersedar betapa bengongnya diri. Ergh!
Aku menggeleng, kembali semula pada topik asal.
“Kalau yang tu, saya sendiri pun tak tahu. Mungkin dia dah letih kut, sebab tu dia jadi macam tu.”
Dia terdiam semula.
“Agaknya sebab tu tadi dia beria-ia mintak saya jujur dengan dia. Dia tak boleh terima saya main-mainkan dia.” Senyap sesaat, bagai dalam dunianya yang keliru.
“Dia tak nak berbaik balik dengan Fariz ke?”
“Tak tahulah.” Aku senyap sesaat, cuba cari ayat yang hanya difahami kami berdua.
“Pensyarah yang dah banyak kali ditikam dari belakang... akan selalu cari salah studentyang dia tak suka.”
“Mmm?” Penuh dengan nada bingung.
Aku senyap, jenuh kerah akalmencari kiasan yang sesuai. Aku mahu beritahu dia, Liza sudah banyak kali kecewa dengan Fariz. Sayang macam mana pun, tetap akan ada batas sabarnya. Lebih-lebih lagi, hubungan mereka tidak direstui keluarga.
Tapi macam mana aku nak cariperumpamaan yang sesuai? Takkan nak guna istilah budak perempuan dengan budak lelaki lagi. Dah tentuShah akan makin pelik. Buatnya dia pergi tanya kenapa aku guna gelaran semacam itu, aku nak jawab apa?
Tiba-tiba mata terpandang gunung yang terletak di tepi lebuhraya. Okey, rasanya objek tu sesuai.
“Gunung kalau ditarah-tarah, lama-lama akan datar jugak jadinya.”
Dia terdiam. Aku tahu dia semakin bingung. Makin tak senang duduk aku dibuatnya bila merasakan angah sedang memberi perhatian terhadapperbualanku.
“Hah, air lautlah senang sikit!” Sedikit terjerit sebaik terpandang kolam ikan.
“Air sungai yang tawar, bila turun ke muara, lepas tu bercampur dengan air laut... akan jadi masin jugak sudahnya. Betul tak?”
Shah terdiam lagi. Sah, tak faham juga.Aku tersandar akhirnya di bangku.Picit dahi. Aduh... macam mana ni ya.
Kulepas nafas dalam, mula hilang arah. Lebih-lebih lagi bila angah makin kerap menoleh.Terpandang saja rantai tasbih yang beralun-alun lembut di cermin pandang belakang, aku pantas bersuara.
“Angin kalau lembut, boleh sejukkan badan. Tapi kalau ribut, manusia takkan suka.”
“Apa benda jugaklah yang Isya duk merepek-repek ni?” pintas angah tiba-tiba.
Aku terdiam. Terbantut hasrat untuk terus menerangkan pada Shah. Aku menoleh.Angah sedang tajam menjelingku.Kutelan liur yang kesat.
“Gununglah, lautlah, ribut taufanlah.Baik sebut aje bulan, bintang, Planet Namet tu semua!”
Aku teragak-agak.
“Tengah bersembang dengansiapa tu? Ada kawan pregnant luar nikah ke?”
“Mana ada!” Kalut.
“Habis tu yang tadi kata dah lima enam kali dengan orang yang sama, lelaki tu player, gunung ditarah-tarah? Apa benda tu!”
Aku terdiam semula. Mati akal.
“Bagi sini phone tu, biar angah yang bercakap.” Tidak semena-mena tangan kirinya merampas telefon bimbit dariku.
Aku terkejut. Pantas tekan butang merah. Bila telefon terlepas ke tangan angah, aku senyap memerhati. Mengalir peluh di dahi. Kutelan liur yang pahit.Angah pandang skrin sebelum terzahir kerut di dahi. Dia pandang jalan semula.
“Shah aje pun. Yang sampai melalut-lalut tu apa kena?”
Aku terdiam. Bila angah menoleh sekilas, aku hanya mampu tersengih sumbing. Angah hulurkan semula telefon bimbit padaku.
“Memang macam tu cara kitorang bersembang.” Perlahan suaraku.
“Lucah macam tu?”
Aku terbungkam. Rasa tertampar!
“Isya jangan nak melebih-lebih, ya. Korang tu bertunang pun belum lagi.”
Aku terdiam.
“Kalau angah bagitau kat abah benda ni, silap-silap mahu kena tempeleng Shah tu nanti. Pandai-pandai ajar Isya bercakap benda bukan-bukan.”
“Alah, janganlah...” Penuh resah aku merayu.
“Agaknya yang kelam-kabut sangat nak nikah pun sebab benda tulah? Hah?”
Aku terdiam.
“Jangan nak buat hal, Isya.”
Aku terdiam juga. Senyap sesudah itu antara kami.Dengan fikiran berserabut, aku campak pandang ke luar.Kecurigaan dan ugutan angah membuatkan aku cukup tersepit.
Tapi jika aku ceritakan, takut bertambah buruk keadaannya nanti. Jika aku beritahu siapa Fariz yang sebenarnya pun angah bukannya mahu percaya. Silap-silap nanti Fariz juga yang akan dipilihnya untuk dijodohkan denganku.
Selama ini bagi angah, Farizlah lelaki terbaik untuk dijadikan pasangan. Sedangkan dia cuma pandang luaran lelaki itu. Aku satu sekolah dengan Fariz dulu, aku tahu betapa berbelangnya dia.Sebab itulah dulu aku beria-ia menolak bila angah mahu menyatukan kami.Tapi selagi aku tak ceritakan, selagi itu angah akan bersangka-sangka. Susah macam ni.
Aku raup wajah, cuba cari jalan.Sesaat kemudian, kualih semula tumpuan pada angah. Berkira-kira. Mungkin kalau aku rahsiakan nama Fariz dan Liza, angah boleh terima.
Ya, betul juga.Lantas kulepaskan nafas dalam, cuba cari ketenangan.Kubetulkan duduk, menghadap angah.
“Sebenarnya ada sorang kawan Isya tengahfrust sebab boyfriend dia tinggalkan dia.” Perlahan suaraku memecah sunyi.
Angah menjeling.Aku mengangguk, cuba meyakinkannya.
“Diorang berkawan sejak sekolah. Dah banyak kali clash sebab budak lelaki tu player. Sebelum-sebelum ni bila bergaduh,takkan lama. Diorang akan berbaik balik lepas tu. Tapi kali ni bila putus, tiba-tiba dia pergi kacau Shah. Tu yang Shah call Isya tadi, nak tahu kenapa kawan Isya tu boleh jadi macam tu. Shah dah rimas sekarang ni.”
“Shah tu jenis yang layan perempuan ke?”
Aku menggeleng.
“Dah tu, apa nak risau?”
Aku terdiam.Angah seriuskan wajah, tumpukan semula perhatian pada pemanduan. Seolah masalah Shah tidaklayak langsung dijadikan isu.
“Lelaki kalau dah betul-betul sayang, susah macam mana sekalipun dia takkan give up dengan kita. Nak-nak lagi kalau kita ni perempuan pertama dalam hidup dia.”
Aku terdiam.
“Kita yang perempuan nilah yang kena pandai buat dia lekat dengan kita.”
Aku senyap juga, tak tahu apa yang patut kujawab.Yang pasti, saat ini kata-kata angah mula membuatkan aku rasa tergugat.
Aku tak tahu siapa wanita pertama dalam hidup Shah. Selama ini aku tidak pernah terfikir untuk bertanyakan hal itu. Bagiku, semua itu cuma masa silam yang tidak perlu diungkit-ungkit.Diriku sendiri punya masa silam dan Shah tidak pernah peduli langsungsoal Abang Mi. Lantas aku fikir, aku juga tidak perlu tahu kisah silam Shah.
Tapi rupa-rupanya lelaki dan perempuan tak sama. Dan bila memikirkan yang lelaki lebih menghargai cinta pertamanya...
Aku telan liur yang pahit. Skrin telefon kupandang. Nama Shah tertera pada bahagian senarai panggilan. Aku berkira-kira sejenak, memikirkan sama ada Shah berjauh hati bila aku memutuskan talian tadi.
Sungguh, kata-kata angah tadi sememangnya benar belaka. Aku perlu pastikan hati Shah sentiasa terjaga jika enggan dia beralih pada mana-mana wanita lain. Lebih-lebih lagi dalam situasi kami sekarang, di mana dia sudah separuh terikat dengan Liza.
Aku tidak menanti lagi. Segera kuhantar SMS padanya.
Sayakat dalam keretani, Shah. Angah saya ada sama. Mati saya kalau dia tahu kita tengah bersembang pasal Fariz dengan Liza. Sorry...
Tidak lama menanti, dia membalas. Menggigil sedikit jariku sewaktu menekan butang baca. Tidak mampu menjangka jawapan darinya.
It’s okay, sayang... tadi dah dengar kakak dengan adik berebut phone.
Tersungging senyuman di bibirku dengan SMS bernada nakal itu. Lega kerana dia memahami. Lantas kubalas.
Nanti kita bincangkan balik, insya-Allah. Tapi biar saya yang SMS awak dulu. Waktu-waktu lain,takut saya tak free. Nanti lain pulak keluarga saya fikir.
Beberapa saat kemudian, masuk balasan darinya.
Noted. Take care, sayang.
Aku tersenyum lagi, lapang hati membacanya.
“Sah, angau.”
Berderai tumpuan terhadap Shah. Aku menoleh. Angah sedang memusatkan perhatian pada pemanduan.Riak serius masih jelas pada wajahnya.Dia menjelingku sekilas.
“Tahu tak kenapa angah suruh Isya turun kat Ipoh ni?”
“Tak.” Menggeleng.
Angah tersenyum sinis.
“Tak tahu, tapi tak bertanya pun. Duk bersembang jugak dengan Abang Shah dia tu.”
Okey, aku tahu dia jealous sebab aku tersenyum sorang-sorang baca SMS Shah.Terzahir senyuman sumbing di bibirku.
“Kenapa Isya kena turun kat Ipoh?”Aku kembali pada perkara pokok.
“Sekarang ni semua orang dah ada kat Kuala Kangsar.”
“Rumah arwah nenek?”
“Hmm...” Mengangguk sedikit.
“Nak buat apa kat sana? Kunci rumah tu kan tak ada pada kita?”
“Peduli apa pada kunci?” pintasnya tegang.
Entah mengapa lain benar emosinya hari ini. Seolah-olah dia terlalu benci untuk pulang ke rumah pusaka itu.
“Redah ajelah rumah tu.”
“Kenapa kita nak pergi sana?”
Dia menoleh sekilas, kerut dahi.
“Dah lupa?” soalnya.
“Lupa apa?”
“Abang Mi dah nak kahwin.”
Aku terdiam.
“Sekarang ni satu keluarga dia dah balik Malaysia.”
“Oh?”
“Hah.” Mengangguk.
“Sebab tu mama dengan abah beria sangat nak balik sini. Sebab anak buah kesayangan diorang dah nak ada keluarga sendiri.”
Aku terdiam kembali. Tiba-tiba rasa berdebar pula bila mengingati lelaki itu. Setelah hampir lapan tahun tidak bertemu, entah bagaimanalah rupanya sekarang.Tak sabar pula untuk aku tahu keadaannya.
“Along dengan angah ni sebab dah jenuh kena basuh dengan mama aje.”
Berderai lamunanku dengan keluhan bosan angah. Kupandang gadis itu.
“Kalau tak, tak teringin kitorang balik sini.”
Aku senyap. Sudah sedia maklum dengan perselisihan faham antara kakak-abangku dengan adik-beradik Abang Mi.Selama ini aku enggan masuk campur. Mama, abah dan orang tua Abang Mi sendiri mati akal memikirkan mereka.Sanggup mereka bermusuhan kerana harta.
“Diorang pun sebenarnya sengaja aje buat kenduri kat sini.” Angah bersuara lagi.
Aku menoleh semula. Riak menyampah memenuhi wajah angah.
“Nak tunjukkan kat kita yang diorang akan dapat harta tu...” Tercebik-cebik bibirnya mengejek. Bila tiada reaksi dariku, angah menyambung.
“Heh, diorang tak tahu. Isya pun dah kahwin jugak apa!”
Aku senyap.
“Nanti Isya cepat-cepat pregnant, tau? Cari tarikh subur, mintak Shah...”
“Hisy, apa pulak ke situ!”
“Habis tu nak ke mana lagi?” Tajam jelingannya.
Aku mendengus geram. Peluk tubuh, pandang ke luar tingkap bersama wajah yang menghangat.
“Nanti pandai-pandailah Isya bincang dengan dia.”
“Ye la...” keluhnya, penuh dengan maksud menyindir.
Aku senyap. Menggeleng-geleng kecil memikirkan sikap tidak sabar yang terpamer dalam diri kakak tunggalku itu.Ada waktu, aku rasa seolah diriku ini dipergunakan pula. Sekarang, bersungguh benar keluarga kamimenumpukan perhatian pada aku dan Abang Mi. Kerana cita-cita membolot harta itu cuma akan tercapai bila zuriat bongsu dalam keluarga kami beroleh cahaya mata.Ya, aku dan Abang Mi perlu bersaing.

Nanti bila sudah bolot harta itu, tak tahulah apa akan jadi padaaku dan Shah.Jika harta itu akhirnya jatuh ke tangan Abang Mi? Apa pula yang akan berlaku?

8 861 komen:

*~ Jiwa Bulan~* said...

Huh...mkin mncbr jiwa...kahkah

Siti Hanisah said...

Haha... tunggu nxt n3

Safiah Ahmad said...

Aduh..... Lizzzzzaaaaa.... Jgn la caras kawan awak tu yer..... Sokong Isya n Shah....... Pe lg, dah balik Perak tu trus nikah jer arrrr. Pliiissss plisssss @_@

Audra Sazreena said...

Kenapa eh tetiba saya terfikir Shah tu ada kaitan dengan abang Mi?

Siti Hanisah said...

Hehehe... xpe2. Nxt n3 akan mnyusul. Kita tngok apa jd lpas ni. ^ ^

Siti Hanisah said...

Ye ke? Hoho...

Yang pasal HYKS hari tu.
sy dah tnya balik betul2 pd publisher. Rupa2nya diorg slh bg info.
HYKS bru masuk bookstore yg lain. Mph mnggu dpan, insyaAllah.
Tp disebabkan x nk jd lgi mcm hr tu- cr bku x jmpa, rsanya utk smntara ni baik tggu dulu.
Dah btul cmfirm n dpt bkti brgmbar dari diorg nnt, insyaAllah sy akan umumkan.
Maaf, ya.

Audra Sazreena said...

Yayy!!! Saya dah dapat beli buku HKYS!! Tadi beli kat Minerva.. :)

Siti Hanisah said...

Whoa... ye ke? Ok, tahniah, tahniah!

Selamat membaca. Semoga kesungguhan mendapatkan HYKS berbaloi. Hehehe. :)

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.