Tuesday, 19 January 2016

Scarlet Cinta Bab 19 & 20

~BAB 19~

SEPANJANG perjalanan pulang ke bilik, hampir setiap pelajar yang kulewati kelihatan sibuk berbincang mengenai konsert yang bakal berlangsung lusa. Makin hangat demam Kairuru menyelubungi warga kampus. Aku yang ketika itu masih tenggelam dalam ingatan terhadap Shah, serta-merta keluar dari duniaku. Mula bertanya-tanya sendiri.
Apa yang bagus sangat dengan gitaris tu?Kacak? Romantik? Atau kaya?
Padahal setahu aku, mana ada sesiapa pun kenal siapa sebenarnya dia. Bahkan identiti kesemua ahli Diamond pun masih jadi rahsia.Setiap kali persembahan, mereka bertopeng menutup separuh muka.Habis, apa yang semua orang minat sangat dengan Kairuru?
Berkali-kali soalan sama bermain dalam kepala. Berkali-kali juga kukerah akal memikirkan. Tapi hampa.Akhirnya aku hanya mampu menjongket bahu.Tak tahu.
Tibadi hadapan bilik, sepasang kasut milik Liza kelihatan sudah tersusun di rak.Bererti dia sudah pulang dari kampung.Bererti juga, masalah yang dihadapinya sudah selesai.
Membuaktiba-tiba rasa ingin tahu keputusannya.Lima hari pulang ke kampung, senyap saja dia tanpa khabar.Lantas kutolak daun pintu.
“Assalam...” Tapi terhenti sebaik terpandang keadaan dalam bilik.Berselerak! Macam baru lepas perang!
Berkerut dahiku spontan menoleh ke arah Liza yang sedang kalut menyelongkar almari.
“Dah lama balik?” soalku. Dia menoleh sekilas.
“Hah, Rish...baru aje...” Acuh tak acuh. Aku senyap, melangkah semula dan duduk di birai katil menghadapnya. Kelihatan benar-benar cemas gadis itu.
“Cari apa?”
“Tiket konsert!” Serentak dia keluarkan sebuah kotak dari almari. Diletakkan atas meja belajar, agak kasar. Diselongkarnya.
“Dalam wallet tak ada?”
“Tak ada!” Makin tegang.
Aku terdiam, tak berani mengganggu lagi. Lantas aku bingkas dari birai katil, menapak ke meja belajarku. Duduk di situ dan mula menghidupkan komputer.
“Kau ada tak nampak tiket aku tu, Rish?” soal Liza tidak lama kemudian.
“Tak.”
“Mana pulak perginya...” Perlahan keluhnya, seakan untuk diri sendiri saja. Aku cuma membisu. Di ruangan carian Google, aku taip perkataan Kairuru Diamond.
Sungguh, bila melihat seluruh warga kampus seolah-olah ‘dirasuk’ semangat Kairuru, dan kini bila Liza pula kelam-kabut mencari bagaikan tiket itu nyawanya pula, aku jadi makin tertanya-tanya. Makin kuat rasa ingin tahu terhadap diri sebenar lelaki itu.
Err... lelaki?Betul ke lelaki?Macam mana kalau dia sebenarnya perempuan?
“Heii... mana pergi!” pekik Liza tiba-tiba.
Berderai lamunanku lalu menoleh.Liza sudah terjelepok di tepi meja bersama wajah yang dibasahi air mata. Menangis!Bingung aku melihatnya.
“Kau letak kat mana hari tu?”
“Dalam wallet...” Teresak-esak.
“Kalau dalam wallet, mestilah ada kat situ...”
“Masalahnya sekarang ni dah tak ada!” Makin tinggi bentakannya.
Aku terdiam semula, mengeluh akhirnya lalu bangun dari kerusi dan menuju ke arahnya.
“Mana wallet kau?”
“Tak payah carilah!Aku selongkar berpuluh-puluh kali dah tapi tak jumpa pun!” pintasnya kasar.
“Kau cari macam mana?” soalku semula dan dia segera mendongak. Tajam merenungku.
“Kau ingat aku ni teruk macam kau ke?” tempelaknya.
Aku mendengus, geram dengan kerenahnya. Terus aku menghala ke arah almari pakaiannya yang dah jadi serupa tongkang pecah itu.
“Dalam tu pun aku dah cari, Rish.”
Aku senyap, terus juga menyelongkar.
“Kau tak ada curi ke, weh?” soalnya sesaat kemudian.
“Nak buat apa aku curi pulak?”
“Manalah tahu...”
Hangat hati aku dengan jawapan itu. Dia yang cuai, aku pulak yang dituduh macam-macam. Aku nak tolong cari ni kira okeylah!
Tiba-tiba anak mataku terpandang tiket konsert. Elok saja terselit di celah-celah cardholder. Hah, kan dah cakap! Dia yang cuai!
“Liza,” panggilku.
Dia menoleh.Kutunjuk tiket konsert padanya.
“Ni kad kredit ke?” Sinis.
“Hah???” pekiknya nyaring. Serta-merta dia bingkas. Pantas meluru ke arahku dan terus merampas tiket. Dicium-cium tiket itu sebelum memeluknya erat.
“Oh... I miss you, sayang...” Menangis semula, teresak-esak.
Jengkel pula kulihat kegedikan itu, lantas aku berganjak untuk segera pergi. Tapi terbantut langkahku bila dia tiba-tiba menarikku dan dalam sekelip mata aku sudah dipeluknya erat.
“Terima kasih banyak-banyak, Rish!” jeritnya sambil melompat-lompat.Rimas aku lantas menolak tubuhnya, tapi dia terus juga memeluk bahkan semakin ketat. Aku mula sesak nafas lantas kutolak lebih kuat tubuhnya.
“Weh, lemaslah!”
Barulah dia leraikan pelukan. Seka air mata di pipi sambil tersenyum. Aku membisu bersama hati yang mendongkol.
“Mana kau dapat ni?”soalnya sambil memandang semula tiket di tangannya.
“Dalam card holder.”
Dia senyap, terus juga menatap tiket. Sesaat kemudian, dia memandangku. Kali ini ada sengihan sumbing terukir di bibir. Aku yang memandang hanya mampu senyap. Makin hangat hati dengan muka tak bersalahnya tu.
“Aku takut tiket ni hilang, jadi aku letaklah kat tempat yang orang susah nak jumpa...”
“Lepas tu diri sendiri pun lupasama!” pintasku.
Dia tersengih lagi.
“Lepas tu sesuka hati pulak salahkan orang lain.”
Sorry la...”
Aku mendengus kasar.Bosan dengan jawapan itu. Terus aku beredar semula ke meja belajar dan duduk di situ.
“Weh, Rish...”
“Kemas balik barang-barang kau tu. Kalau tak biar aku aje yang humban ke luar!” pintasku yang sudah mula rimas dengan kerenahnya.
Dia terdiam. Tidak bersuara lagi sesudah itu.Aku enggan ambil tahu lagi. Pantas kukembalikan perhatian pada kerja yang terbengkalai tadi. Mahu kuselongkar sungguh-sungguh, apa yang bagus sangat dengan lelaki itu.
Berlari laju anak mata pada skrin. Agak banyak senarai blog yang berkaitan Kairuru, menjadikan aku lupa terus terhadap Liza. Satu per satu tajuk di situ kubaca, cuba memilih tajuk yang kurasakan menarik perhatian.
Demam Kairuru Part 7: Shah VsKairuru.
Terhenti tangan yang menggerakkan tetikus. Berkerut dahi, benar-benar tertarik dengan tajuk itu. Pantas aku klik pautan yang tertera.
Terpampang gambar-gambar Shah di skrin. Gambar dari pelbagai sudut kehidupan lelaki itu dan semuanya diambil secara curi. Hampir terhenti semula tanganku yang menggerakkan tetikus.Benar-benar sukar percaya dengan apa yang sedang kulihat ini.
Daripada nama-nama yang tertera di bahagian atas laman, aku tahu blog ini dikendalikan oleh sekumpulan gadis di unversiti ini. Kebanyakan catatan mereka berkisarkan dunia kampus dan daripada beratus-ratus catatan, lebih separuh menggunakan nama Shah sebagai tajuk utama. Seakan-akan memang itu tujuan utama mereka menubuhkan blog ini.
Untuk catatan yang sedang terpampang di hadapan mataku ini pun, ayat-ayat yang dicatatkan di situ kesemuanya bermaksudkan... cinta?
Aku telan liur.Peminat Shah ke ni? Sampai macam ni sekali?
Berderau darahku. Pantas kuperhati semua gambar di situ.
Gambar Shah sewaktu sedang membuat uji kaji di makmal... ketika lelaki itu menerangkan sesuatu hadapan di kelas... sewaktu sedang mengelecek bola di padang... di kafe... di perpustakaan...
Terhenti anak mata pada sebaris ayat yang tertulis di bawah sekeping gambar. Gambar Shah sedang berbual dengan pensyarah.

Never forget this smile. He is so hot!(Untung betul kalau boleh dapat bibir dia tu)

Walaweh...biar betul budak-budak ni!
“Hahhh!” sergah seseorang, serentak komputer hilang dari pandangan.Berderai duniakulantas mendongak.
Zara sedang memegang komputer sambil memandang skrinnya.Entah bila dia masuk ke sini. Kelihatan ada senyuman nakal yang perlahan-lahan meleret di bibir. Makin lama makin lebar senyumannya. Dia mengerlingku.
“Ohh... Shah rupanya...”
Hangat serta-merta wajahku.
“Eh, apa ni!” Kelam-kabut aku bingkas, berusaha merampas komputer darinya.Dia mengelak, menjauh dariku dan mula ketawa nakal.
“Dalam diam rupanya, ya...”
“Siapa bagi izin kau masuk sini, hah!”
Roommate kau.” Selamba, sambil terus menjauhkan komputer dariku.
Aku terhenti melangkah, pandang sekitar. Liza sudah tiada, entah ke mana. Ergh!Pantas kupandang Zara semula.
“Weh, bagilah balik!”
“Tak nak!”
“Zara!!!”
Berderai tawanya. Besar, sambil menggeleng-geleng kepala.
“Tadi aku bawak jumpa dia, tak nak pulak kau mengaku. Padahal tadi tu kira dah besar sangat peluang terbentang untuk kau, tahu?”
“Bagilah balik laptop aku tu!” bentakku sambil cuba merampas semula.
Dia tidak langsung mempedulikan. Terus juga menjauhkan diri malah kembali memandang skrin komputer yang sedang besar memaparkan gambar-gambar Shah. Mekar semula senyuman nakal di bibirnya, mengangguk-angguk penuh erti.
“Patutlah kat kelas pun kau duk pandang-pandang kerusi dia.Termenung jauh bila dia tak ada... rupa-rupanya dalam hati ada taman...”
“Aku bukan sengaja bukak blog tulah!”
“Habis tu?” Masih nakal.
“Aku cari pasal Kairuru!”
“Dahlah... tak payahlah nak mengelat...”
“Betullah!”
Dia tertawa semula.
“Kairuru dengan Shah tu kan orang yang sama aje...”
“Hah?” Mati pergerakanku merampas komputer.Dia ikut terhenti.
“Apasal?”
“Shah tu Kairuru?”
“Ye la, takkan itu pun kau tak tahu?”
Aku menggeleng laju. Zara terdiam, tak percaya.Tajam pandanganku ke wajahnya.
“Shah tu Kairuru?” soalku lagi, kali ini kutekan sedikitsuara.
“Yela!” Dia mengangguk pasti.
Aku terdiam lagi.
“Semua orang dah tahu kut. Cuma ahli Diamond aje yang tak nak mengaku.”
Aku terdiam juga, benar-benar sukar percaya.Shah gitaris? Betul ke ni?
“Kau ni biar betul, Rish?”
Aku pandang semula gadis itu.
“Bukan kau rapat dengan Shahke?” soalnya dengan dahi berkerut. Ketara benar yang dia musykil, buatkan aku mengeluh berat.
“Rapat apanya... aku kenal dia pun sejak buat assignment tu aje.” Perlahan suaraku.
Dia terdiam semula.
“Shah tu Kairuru?” gumamku lagi, lebih perlahan. Itukah sebabnya beria benar Shah mahu aku pergi ke konsert itu?
“Kau memang tak tahu langsung pasal dia?”
Berderai lamunanku, pandang Zara semula dan menggeleng. Dia terdiam.
“Boleh percaya ke kau ni?” Berbaur curiga nadanya.Memandangku seolah berfikir-fikir, sebelum kemudiannya mula ada senyuman nakal bermain-main kembali di bibir.
“Ataupun...”
“Eh, mana adalah!” bentakku.Berderai semula tawanya.
“Ye ke kau bukan secret admire dia...”
Aku mendengus kasar, mendongkol hati dengan sikapnya. Pantas aku melangkah ke meja belajar. Duduk di situ tanpa tahu apa yang harus kulakukan lagi.
“Aku tengok semua orang sibuk bercakap pasal Kairuru. Bilik kitorang bersepah ni pun pasal dialah, kau tau!” Cuba kuluah rasa tidak puas hati, dalam masa yang sama berusaha membela diri.
Roommate aku tu hilang tiket konsert. Menangis-nangis bagai, macam apa aje.”
Zara senyap.
“Tu yang aku Google pasal Kairuru, nak tahu apa yang bagus sangat pasal dia sampai orang semua jadi teruk minatkan dia. Tengok-tengok ada blog yang cerita pasal Shah. Lagilah aku rasa nak tahu. Sebab aku tengok Shah tu nampak lain sikit. Itu aje.”
Zara senyap juga. Tidak kutahu apa di benaknya saat ini.Aku menoleh.
“Memang Shah tu betul-betul Kairuruke, Ra?”Mula mendesak, tak tertahan lagi rasa ingin tahu. Tapi gadis itu tetap juga senyap, tajam merenungku.
“Aku pun dengar orang cakap aje...” ungkapnya setelah beberapa ketika. Terzahir senyuman kelat di bibirku. Mengeluh lemah.
“Ingatkan fakta...” Perlahan, lebih kepada diri sendiri.
Sungguh, aku benar-benar sukar percaya. Setahu aku, Kairuru bukan calang-calang pemain gitar. Biasalah, rakyat Jepun. Buat kerja semua bersungguh.
“Tapi aku rasa memang betul pun, sebab peminat dia sendiri yang cakap macam tu.” Kedengaran semula suara gadis itu, memecah kesunyian bilik.
Aku menoleh kembali.Mula kelihatan serius gadis itu.
“Cuba tengok ni.” Serentak dia letakkan komputer di atas meja, menghadapku. Tetikus digerak-gerakkan, membolehkanku melihat gambar-gambar lain hingga ke hujungcatatan.
Aku senyap, menanti apa yang mahu ditunjukkan Zara.Tiba pada satu bahagian catatan, dia berhenti menggerakkan tetikus. Jari telunjuknya menghala ke sekeping gambar.
“Ni... gambar Diamond waktu konsert diorang tahun lepas.”
Kuteliti gambar yang dimaksudkan. Jelas kelihatan anggota kumpulan itu sedang beraksi di pentas bersama topeng di wajah masing-masing.
“Ni pulak, close up picture Kairuru.”
Aku pandang juga gambar yang dimaksudkan.
“Tinggi, susuk tubuh... semuanya lebih kurang Shah. Lagipun dalam nama penuh Shah ada perkataan Khairul. Kalau kat Jepun, nama Khairul memang akan ditukar jadi Kairuru sebab orang Jepun biasanya tak reti sebut huruf L,” jelasnya.
“Shah dari Jepun ke?” pintasku.
Parents dia ada business kat sana.”
Aku terdiam semula, telan liur.Keluarga dia ada business kat sana. Maknanya? Dia memang bukan lelaki biasa yang aku kenal selama ni?Tapi aku?Mak ayah aku cuma kakitangan kerajaan. Itupun dah pencen.
Zara tertawa kecil tiba-tiba, menarikku untuk memandangnya. Dia tergeleng-geleng.
“Pelik aku dengan kau ni. Kau memang tak tahu apa-apa pasal dia ke, hah?”
Aku senyap juga, cuba menilai sama ada benar semua yang diberitahu Zara. Tapi bila cuba mengaitkan satu demi satu perilaku Shah sepanjang aku mengenalinya dan apa yang baru saja dikhabarkan temanku itu, aku tidak mampu langsung merasakan logiknya.
Selama ini Shah nampak sederhana saja dalam setiap perkara. Belajar pun... dua tiga kali mengulang subjek yang sama.
Kupandang Zara.
“Siapa Shah sebenarnya?”
“Kau tak tahu?” Terkejut.
Aku menggeleng.
“Lah... patutlah...”Terlepas nafas lemah dari bibirnya.
Aku senyap, menanti dia meneruskan.Tapi dia tidak terus menjawab, sebaliknya mula bertinggung di sebelahku.
“Patutlah kau berani ajak dia jadi partner.”
“Kenapa?”
Dia menjelingku.
“Dia bukan student kelas tulah!”
“Hah?” Serta-merta bangkit tubuh dari sandaran.
“Hah!” tekannya.
“Habis apa dia buat dalam kelas tu?”
“Dia R.A Prof!”
Aku terdiam. Research Assistant?
“Dia masuk kelas tu sebab biasanya lepas habis kelas, diorang akan berbincang.” Zara menambah.
“Dia buat kerja sambilan ajelah, weh...tolong Prof buat research.”
Terdiam juga. Betul ke ni...
Berderai lamunanku bila terdengar Zara ketawa penuh erti. Tergeleng-geleng kepalanya.
“Kau ni mesti banyak lagi tak tahu pasal Shah, kan? Sebab tulahtahap gaban punya blur muka kau sekarang ni.”
Makin dalam anak mata merenung Zara, ternanti-nanti penjelasan seterusnya.
Pecah lagi tawa gadis itu.
“Dah agak dah, mesti kau tak tahu punya.” Sedikit sinis kali ini.
Dia gerakkan semula tetikus dan berhenti pada gambar-gambar Shah sewaktu lelaki itu berada di makmal dan padang bola.
“Ini apa yang aku pernah dengarlah...” Senyap sesaat. Dihalakan jari telunjuk pada gambar di padang.
“Ini gambar waktu dia jadi kapten dua tahun lepas, wakil Malaysia...” Beralih pula jari pada gambar-gambar sewaktu di makmal.
“Yang ini gambar waktu dia ikut Prof pergi Taiwan, ada pertandingan. Ni masa kat London, yang ni pulak masa pergi U.S. Menang semua tu taklah... tapi kira okey apa. Bukan senang tau nak sampai ke tahap macam ni.”
“Bukan ke dia jenis student yang repeat paper?”
“Siapa kata?” pintasnya lantas memandangku, berkerut dahi.
Aku terdiam. Menggeleng bila tiada jawapan mampu kucari. Zara kembali memusatkan perhatian pada skrin komputer.
“Dia antara student kesayangan pensyarah kat sinilah, weh.”
Aku makin terdiam.Bila dia terus menerangkan setiap perkara mengenai Shah, aku tak mampu lagi memberikan tumpuan. Cuba kunilai satu demi satu perkara yang baru kuterima ini, kemudian berusaha pula mengaitkannya dengan apa yang kulalui bersama-sama Shah selama ini.
“Dia masuk dalam kelas tu sebab biasanya lepas habis kelas, diorang akan berbincang...” Terngiang-ngiang penjelasan Zara tadi.
Aku makin keliru, makin sukar untuk percaya. Berlegar-legar ingatan pada peristiwa yang membawaku mengenali lelaki itu.Peristiwa yang menimbulkan sangkaan dalam benakku- Shah pelajar mengulang.

SEDANG anak mata liar mencari sesiapa yang nampak seperti masih belum berpasangan, tiba-tiba terhenti pandanganku di satu sudut kelas.
Kelihatan seorang pelajar lelaki sedang termenung ke luar tingkap.Santai berpeluk tubuh. Ada earphone menyumbat telinganya.
Sah, dialah orangnya yang masih single itu. Sebab dia saja yang tak nampak sibuk, sedangkan satu kelas dah mula berbincang tentang assignment.Pantas aku menghala ke arah lelaki itu dan terus duduk di kerusi di hadapannya. Dia seakan tersedar dari lamunan. Menoleh.
“Dah ada partner?” Mesra aku menyoal.Dia segera tanggalkan earphone.
“Apa dia tadi?”
“Dah ada partner ke?” Lebih jelas suaraku.
Dia terdiam, nampak bingung memandangku. Aku tersenyum lagi.
“Tak dengar ya Prof cakap tadi?”
Dia menggeleng sedikit, benar-benar nampak keliru.Rasa macam nak tergelak pulak aku dibuatnya, tapi kutahan saja.
“Prof baru aje bagi assignment, lagi dua minggu kena hantar. Saya belum ada partner, jadi kita buat berdua ajelah, ya?”
“Err...”
“Saya Farisya,” tambahku laju. Serentak tangan capai pen dan kertas A4 kosong di atas meja lelaki itu.
“Fa... ri... sya...” Sambil mencatat satu demi satu huruf, berserta nombor telefon bimbit. Tunjukkan padanya sesudah itu. Aku pandang dia semula.
“Awak?”
“Shah.” Perlahan.Pecah terus tawaku mendengarnya.
“Okey, okey. Nama kita dah nak dekat sama. Kalau macam tu, kira setuju ajelah, ya?”
Dia terdiam juga, seperti cuba memperkatakan sesuatu.
“Mmm?”Aku angkat kening.
Dia memandangku dalam, tapi tidak langsung bersuara. Pelik pula aku rasa.
“Awak nampak matang. Dah tahun berapa?”
“Empat.”
Final year?” Terkejut.
Dia masih nampak teragak-agak.
“Tapi kenapa masuk kelas ni? Repeat, eh?”
Barulah ada senyuman nipis tersungging di bibirnya. Tapi nampak teragak-agak, dan dia tidak langsung menjawab soalanku. Angguk tidak, geleng pun tidak.Ah, mana ada orang nak mengaku repeat.
“Berapa kali dah masuk kelas Prof?” soalku lagi.
“Err... tiga.”
“Oh...” Mengangguk-angguk faham.
“Tak apalah. Malam nanti awak contact saya, kita bahagi-bahagikan soalan. Okey?”
“Okey...” Dia tersenyum nipis lagi.
“Okey, terima kasih!” Semakin lebar senyumanku. Sejurus itu aku bangun dan terus beredar. Lega!

ADUH...kenapalah aku tak terfikir langsung semua tu!
Shah kata dah tiga kali dia duduk dalam kelas tu, tapi bukanbermaksud dia mengulang! Dia cuma duduk dan dengar! Ergh!
Kalaulah nanti dia pergi ungkit-ungkithal tu... mana aku nak letak muka!
“Oi.”Berderai lamunankuspontan menoleh. Zara sedang memandangku bersama kerut di dahi.
“Apahal kau ni?”
“Tak ada apa.”Aku menggeleng laju.
“Dengar tak apa aku cakap tadi ni?”
Aku terdiam. Cuba mengingatikata-kata yang dia maksudkan, tapi gagal. Tumpuanku masih bersisa pada peristiwa yang sudah lebih sebulan berlalu itu.
“Sah, tak dengarlah tu. Jauh sangat berangan.”Zara mengomel. Aku hanya mampu tersengih.
Sorry...” Perlahan suaraku. Zara mengeluh lagi, kembali pusatkan mata pada skrin.
“Aku cuma nak ingatkan kau aje...” Serius nadanya kali ini.
“Diorang kata masa konsert tu nanti, Kairuru nak bagi satu kejutan. Aku dengar, dia dah nak kahwin. Agaknya itulah kejutan yang orang duk kata tu.”
Aku diam, cuba memahami tujuan dia memperkatakan hal itu.
“Jadi kau tak payahlah mengharap sangat Shah tu, Rish. Dah berpunya, pun...”Tergantung di situ. Dia mengeluh lagi, kali ini seakan-akan punya maksud tersendiri. Dan dia bagaikan berat untuk bersuara.
“Kenapa?” Perlahan suaraku menyoal, mula rasa ada yang tak kena.Dia mengerlingku sekilas, kemudian mengeluh lagi.
“Aku ni sebab kawan kau, tau... jadi aku rasa tak sedaplah kalau orang duk kutuk-kutuk kawan aku sendiri.”
Aku terdiam.Zara mengeluh lagi, jongket bahu. Disuakan jari telunjuknya pada hujung catatan blog.
“Baca ni.”
Aku diam kali ini. Teragak-agak, mula rasa ada yang tak kena. Tapi kugagahkan juga diri untuk akur pada arahannya.

Sekarang ni dia salah sorang daripada 6 students yang tersenarai sebagai wishlist boyfriend oleh girls kat U ni. Dia mungkin dah masuk kategori top three, sebab tak lama lagi dah nak graduate. Aku tengok, ramai gila budak perempuan yang cuba tackle dia.Well... yang menggedik, menggedik jugak. Yang kaya, dengan style kayalah.
Tapi tu kira okey lagi. Paling aku menyampah bila ada sorang minah ni main kotor.
Whoa... konon strategi ar. Ajak jadi partner, padahal mamat tu tak join pun kelas Prof Syikin. Shah R.A Prof, masuk kelas tu pun sebab ada hal penting nak discuss. Semua orang tahu kut benda tu!
Yang si minah ni, tergedik-gedik datang dekat dia. Werkk!
Aku pandang dia dah rasa macam apa aje.Sedar diri tu sikitlah, weh!

“Ni pulak respons orang-orang yang baca entry ni.” Berderai duniaku dengan kata-kata itu, tapi tidak langsung beralih pandangan dari skrin. Gadis itu menyorot lagi laman hingga tiba di bawah catatan.
Terpampang caci-maki yang kebanyakannya menyokongpendapat penulis blog itu. Aku makin terdiam.Wajahmula rasapijarbagaiditampar.
Baru sekarangaku tahuhal sebenar.Rupa-rupanya selama ini aku dijadikan bahan kutukan warga kampus. Patutlah akhir-akhir ini aku rasa seolah-olah ada saja pandangan tajam yang memerhati setiap perlakuanku.Rupa-rupanya ini puncanya.
“Ini blog yang paling famous bagi kebanyakan student kat sini. Sebab penulis blog ni memang semuanya ‘wartawan’ kat U ni.”
Berderai semula lamunanku, pandang Zara semula.Diabalas pandanganku tapi sekilas cuma. Mengeluhdia lalu bingkas dan mula beredar ke pintu.
“Sebenarnya aku datang ni pun sebab nak bagitau kau pasal benda ni... aku call banyak kalitadi tapi kau tak angkat pun.” Senyap sesaat sebaik tiba di pintu. Dia pulas tombol sebelum berpusing memandangku, serius.
“Lepas cuti nanti kau akan buat eksperimen sama-sama dengan Shah. Sama ada diabetul-betul Kairuru atau tak, pandai-pandailah kau bawak diri.”
Senyap.
“Kau pun aku tengok macam dah mula mengharapkandia. Aku tak halang... tapi takkan kau nak orang kutuk kau lagi?Aku takutlama-lama nanti ada yang berdendam, Rish. Sekarang ni pun aku dah takut-takut nak berjalan dengan kau. Takut terkena tempias.”
“Dah lama ke orang bercakap pasal aku?” Terpacul jua soalan, tapi perlahan cuma.
“Sejak kau ajak dia jadi partner.”Zara mengangguk sedikit.
Aku terdiam semula.Dan Zara mengeluh berat dengan reaksiku.
“Hati-hati sikitlah lepas ni, Rish. Dulu aku ingat kau tahu siapa Shah tu. Ingatkan kau memang sengaja nak dekat dengan dia, sebab tu aku senyap aje. Tapi rupa-rupanya kau memang tak tahu apa-apa.”
Aku senyap.
“Aku rasa kau kena jugak ambik tahu perkembangan semasa, Rish. Walaupun mungkin...” Tergantung sesaat dan dia tersenyum kelat.
“Ye la, benda tu mungkintak ada kaitan dengan dunia belajar kau... tapi sekurang-kurangnya kau tahu dengan siapa kau berkawan.” Kedengaran berat nadanya kali ini, seolah dia cuba menegur tanpa menyinggung perasaan.
“Cuba ubah sikit cara kau tu.”
Aku senyap juga, tidak pasti apa yang harus kujawab.
“Tak apalah. Tu aje yang aku nak cakap,” keluh Zara lagi sambil menarik semula tombol pintu.
“Pergi dulu.” Sejurus itu, menghilang tubuhnya di sebalik daun pintu.
Aku senyap juga. Lengangruang bilik selepas pemergian gadis itu, menjadikan aku mula tertekan memikirkan apa yang berlaku di belakangku selama ini.
Kupandang semula satu demi satu gambar yang terpampang di skrin, sebelum kemudiannya beralih perhatian pada komen-komen di bawah catatan blog.Berlegar-legar di ingatanku pesanan yang baru saja dilontarkan Zara. Terbayang-bayang pula renung-renungan tajam warga kampus.
Rupa-rupanya manusia di kiri dan kanan memandang aku sebagai perempuan murahan, perempuan jalanan. Menjadikan aku bahan gelak dan caci-maki mereka. Tapi aku... tetap tak tahu apa-apa. Terus juga membiarkan diri jadi bahan bualan.
Orang yang dilihat bodoh dan diketawakan, tapi tidak pernah sedar pun kebodohan diri sendiri.Bahkan dengan bangga mengulang salah yang sama. Seakan-akan itulah aku selama ini.
Mengalir peluh di dahi.Bila jadi begini, tiba-tiba aku jadihilang keberanian untuk berada lagi di hadapan mereka. Dalam masa yang sama, mula berlegar-legar satusoalan dalam benakku.
Tegarkah aku ke konsert nanti?




 *******


~BAB 20~

BERKALI-kali anak mata jatuh pada tiket di tangan. Makin lama, rasa makin resah bila memikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku. Dan aku makin rasa tidak betah untuk bertemu lelaki itu setelah tahu siapa sebenarnya dia.
“Adasurprise untuk awak...” Terngiang-ngiang lafaznya minggu lalu. Sedikit-sebanyak, tatapan dan suaranya yang dalam itu membuatkan aku berdebar-debar saat ini. Semakin tidak tahu bagaimana untuk bertentang mata dengannya nanti.
Kenapalah selama ni aku tak pernah tahu siapa dia...
Dia pula... sebulan yang lepas, dia senyap saja bila aku mengajak jadi rakan kerja. Bila jadi begini, malu benar aku rasa. Entah apalah agaknya yang dia fikir setiap kali aku marahkan dia dulu.
Aduhai...

MAHU tak mahu, akukerah juga diri untuk ke konsert. Tidak kuendahkan pandangan-pandangan tajam yang memerhati langkahku sepanjang perjalanan ke dewan. Cuba juga kukuatkan diri, berusaha untuk tidak langsung melayan degup jantung yang semakin celaru rentaknya.
Sorry, dik.”
Berderai lamunanku spontan menoleh. Lelaki yang berdiri di tepi pintu dewan itu tersenyum.
“Ini laluan lelaki.”
Aku terdiam. Laluan diasingkan rupa-rupanya.
“Perempuan lalu kat mana, ya?” Terkial-kial, bersama wajah yang sudah hangat.
“Sebelah kanan dewan.”
“Oh... terima kasih.” Tunduk sedikit dan tanpa menanti lagi, aku terus berlalu. Malu!
Masuk melalui pintu yang dikhaskan, aku lihat tempat duduk penonton lelaki dan wanita juga diasingkan.Makin hangat wajahku, makin tak tentu arah. Lagi-lagi bila menyedari pandangan beberapa penonton wanita yang tajam berpusat padaku. Mungkin masing-masing sedang mempersoalkan kewujudanku di tempat ini.
Mujur saja AJK wanita yang menjaga pintu sudi menunjukkan tempat duduk untukku. Jika tidak, mungkin aku akan semakin jadi bahan ejekan selepas ini.
Selepas berterima kasih pada AJK wanita itu, aku duduk di bangku. Tapi tiba-tibasemua lamputerpadam. Terdiam aku dalam gelap-gelita itu sebaliknya seluruh dewan automatik bergema dengan sorakan. Makin lama makin gamat, dan sorakan bertukar luar biasa bila pentas mula diterangi cahaya malap kebiruan.
Sedikit demi sedikit,kelihatanempat susuk tubuh berdiri di setiap posisi pentas. Anggota kelima muncul dari belakang pentas dan mengambil tempat di set drum.Santai dan bersahaja geraknya, namunseluruh dewan bergempita bagai kerasukan.
Selesai setiap anggota band diperkenalkan, pentas kembali malap. Sekali lagi penonton bersorakgalak. Dan bilaterang saja pentas serentak dengan dentuman muzik Diamond, seluruh dewan bagaikan histeria.Bingit menggegar suasana, bahkan gegendang telingaku rasa hampir pecah dengan pekikan dan laungan penonton wanita di belakangku.
Kutelan liur, tak percaya sehebat ini penangan Diamond.
“Merindumuu!!!” Sorakan penonton membuat aku semakin memberi tumpuan pada Diamond di pentas. Setahuku, inilah lagu yang akhir-akhir ini begitu digilai Liza.
“Eh, ini lagu Farsyah yang kat Youtube tu, kan? Memang lagu Diamond jugak ke ni?” Kedengaran lagi suara tenggelam-timbul itu di belakangku.
“Entah. Tapi kat Youtube, Farsyah tu main sorang aje gitar kapan dia.”
“Hei... musykil aku. Farsyah tu macam ada link dengan Diamond aje. Kebanyakan lagu dia diorang ambik. Perasan tak?”
“Kawan baik kut.”
“Eh, tapi sedap jugak apa bila Diamond bawak ikut muzik diorang sendiri. Kan?”
“Itulah pasal. Memang lagu diorang sendiri gamaknya.”
“Ah, apa-apa pun Farsyah tu usaha sendiri, weh. Naik guna cara yang betul walaupun tak sefamous Diamond. Kira okey la, daripada terhegeh-hegeh tumpang populariti orang lain. Ajak jadi partner bagai...” Sinis.
Terdiam aku yang berada di tempat duduk paling hadapan ini. Tak menyangka mereka sedar aku mendengar perbualan mereka. Tak menyangka juga mereka akan menyindir begitu.
“Biasa ar! Mana ada orang nak susah. Lebih-lebih lagi perempuan low class.” Satu suara lain menyambut. Ada yang menyambut dengan tawa menyindir.
“Tak boleh blah betul aku dengan orang macam tu. Bagi free pun aku tak nak, weh!”
“Ye ke?”
“Ye ar!”
“Meh sini aku test.”
“Hah, testar. Test.”
“Okey, okey. Weh, aku ada low class girltau? Freeaje. Kau nak?”
“Uwerkk!!!”Meledak tawa mereka.
Jatuh pandanganku. Jari-jemari menggenggam beg di pangkuan, cuba tahan hati yang tersiat-siat.
Sesaat, Kairuru di atas pentas kembali kupandang. Bersoal-soal sendiri, sama ada dia benar-benar Shah seperti yang disangka kebanyakan orang. Dalam masa yang sama aku mula geram dengan lelaki itu kerana terlalu berahsia.
Jika benar dia Kairuru, dia akan menyebabkan laluan hidupku selepas inisemakin sukar. Kerana aku bakal bersuamikan seseorangyang setiap masa diperhatikan.Tapi jika dia bukan Kairuru, dia tetap akan menyebabkan kesukaran dalam perjalanan hidupku. Kerana lelaki bernama Shah itu sememangnya jadi kegilaan para gadis.
Memang Kairurukah dia? Bukan? Habis? Takkan pokok bergoyang kalau tak ada anginnya!
Makin rosak ketenanganku.Membuak-buak kemahuan untuk segera meleraikan persoalan-persoalan dalam benak.Ikutkan hati, mahu saja aku berlari ke pentas dan merentap topeng yang menutup muka lelaki itu. Biar jelas segalanya.
Tapi aku tahu, cari nahas namanya jika itu yang kulakukan.

SELEPAS dari itu, aku tak lagi mampu memberi tumpuan pada acara yang berlangsung. Fikiran terus hanyut, terus berteka-teki sendiri.
Bila tiba-tiba seluruh dewan bingit dengan sorakan penonton, dalam hati yang tawar saja aku kembalikan perhatian pada pentas.Kelihatan Kairuru keluar dari belakang pentas bersama gitar akustik di tangan. Duduk dia di sebuah bangku. Santai,sambil mula meletakkan gitar di pangkuannya.
“Kairuruuu!!!” jerit penonton wanita.
Aku telan liur. Makin sakit telinga dengan pekikan-pekikan itu. Tapi terus juga kupusatkan anak mata pada gitaris yang berada di atas pentas. Kelihatannya dia sudah bersedia untuk memulakan persembahan solonya.
Ya, inilah kejutan yang dimaksudkan mereka. Inilah kali pertama Kairuru memperdengarkan bakat nyanyiannya.
“Selamat malam, semua,” lafaz gitaris itu mesra.
“Selamat malamm!!!” sambut penonton di bawah, benar-benar teruja.
Tapi aku jadi semakin terdiam sebaik mendengar suara gitaris itu.Kerut dahi, curiga. Tiba-tiba saja hati di dalam menafikan sangkaan-sangkaan mereka.
Tak... itu bukan suara Shah. Suara Shah dalam dan tenang, sedangkan lelaki di pentas itu serak-serak basah. Dan jika didengari penuh teliti, tutur katanya itu sebenarnya terselit sejenis slanga.Slanga Jepun mungkin. Kerana caranya memberi ucapan aluan itu kedengaran sedikit aneh. Dia tidak mampu menyebut abjad L, bahkan perkataan ‘selamat malam’ sudah kedengaran seperti ‘seramat maram’.
Lantas jika Kairuru bukan Shah, di mana lelaki itu waktu ini? Sejak tadi aku tak terlihat langsung kelibatnya di dewan ini. Dia datang atau tak ke konsert ni sebenarnya?
Entah mengapa, tiba-tiba aku rasa tersiat-siat dengan semua ini. Rasadipermainkan!
Aku ke sini sebab mahu berjumpa dia. Semua yang terjadipadakudua tiga hari yang lepas mahu kubincangkan dengannya. Aku mahu bersemuka dengannya!Tapi yang jadi, aku semakin dihadapkan dengan soalan-soalan yang makin tidak tentu hujung pangkalnya ini. Soalan yang aku sendiri tak mampu menjawabnya!
Jikaini saja bayaran caci-maki orang yang kuredah untuk ke konsert ini, lebih baik aku duduk saja di bilik. Kemas pakaian untuk pulang ke kampung esok! Itu lebih baik!
Kukeluarkan telefon bimbit dari beg. Dail nombor Shah tapi tidak berangkat. Kudail lagi, mula tertekan. Dalam masa yang sama semakin geram.Dia yang beria-ia minta aku datang.Tapi dia sendiri entah ke mana. Jangan-jangandia memang tak datang langsung.Apa dah jadi ni, Shah!
The person you’re calling...”Tenggelam-timbul suara operator.Pantas kutekan butang merah, hempas telefon pada beg di pangkuan bersama dengusan geram. Genggam ketat telefon di tangan.
“Shah!” bentakku, tapi tenggelam dalam kebingitan konsert. Makin sakit hati aku.
Tanpa menanti lagi, aku bingkas dari situ. Keluar dan terus menghala ke tandas yang terletak di belakang dewan. Dalam masa yang sama terus juga berusaha menghubungi Shah.Kuketap gigi bila panggilan tidak juga bersambut. Jawablah, Shah...jawablah!
“Helo, Isya.” Tiba-tiba kedengaran satu suara di hujung talian.Pantas kuperhati skrin. Benar!Sudah bersambut! Lantas kutekap semula telefon di telinga.
“Helo, awak kat mana ni?” soalku tajam.
“Kat dewanlah. Kenapa?”
“Saya tak nampak awak pun?”
Dia terdiam sesaat.
“Kan ramai...”
“Awak kat mana ni Shah, cubalah cakap betul-betul!” bentakku hilang sabar.
“Kat dewanlah...”
“Kalau kat dewan, kenapa saya tak dengar bunyi bising pun kat belakang awak tu!”
Dia terdiam. Membuatkan aku pasti telahanku benar.
“Shah!” bentakku lagi, semakin geram.
“Iya...” Lembut suaranya.
Aku senyap. Rasa nak menangis dengan sikapnya.
“Saya datang sini sebab nak jumpa awak, awak tahu tak Shah?” Mula gagal kukawal perasaan.
“Awak kat mana sebenarnyani? Hah?”
Dia diam.
“Shah...” Berderai akhirnya air mataku tanpa mampu lagi dilawan.Cuba beritahu sakit yang sedang kutanggung.
“Kenapa buat macam ni...” Tertahan sesaat.
“Dahlah seminggu ni awak menghilang. Langsung tak teringat pun nak tanya khabar saya. Sekarang ni awak buat saya tertunggu-tunggu pulak kat dalam dewan tu...” Tertahan lagi dengan esakan.
“Saya nak jumpa awak, Shah... awak kat mana...”
Dia senyap.Makin sukar kukawal tangisan, benar-benar rasa diperbodohkan. Enggan membiarkan sesiapa melihat keadaanku, semakin pantas kuatur langkah ke tandas. Terus membelok sebaik tiba di hujung bangunan.
Tiba-tiba terkuak pintu tandas lelaki. Keluar seseorang darinya.Aku cemas lantas terjerit kecil. Lelaki itu menoleh.Tersentak, cuba mengelak, tapi aku sudah terlebih dahulu melanggarnya. Terpelanting segala apa yang ada di tanganku, begitu juga dia.
Sorry, sorry!” Kelam-kabut kuungkap, lagi-lagi bila melihat dia sendiri terdorong ke belakang dan hampir terjatuh.
Sorry...” Rasa bersalah makin kuat menekanku. Tanpa memikirkan apa lagi, aku bertinggung mengutipbahagian-bahagian telefon bimbit yang sudah berkecai.Bila merasakan diriku direnung tajam, aku tak dapat lagi mengawal jari-jariku dari menggigil. Ya Allah... apa dah jadi ni!
Dan mati serta merta pergerakanku ketika tanganku hampir menyentuh topeng. Tidak jauh darinya, ada sebuah telefon bimbit lain dan sepasang drumstick dan.
Tersangkut nafasku sesaat, baru tersedar siapa sebenarnya yang telah kulanggar.
Dia... dia pemain drum Diamond.
Kutelan liur, makin menggigil jari tanpa mampu dikawal. Kukutip barang-barang milik lelaki itu.Ekor mata menyedari huluran tangannya, meminta.Aku tahu daripada caranya itu, dia marah denganku.Teragak-agak aku bangun dan menyuakannya.
Sorry...” Perlahan, tidak langsung berani mengangkat kepala.
It’s okay.” Tenang suaranya.Huluranku disambut.
Dalam takut-takut, aku kembali mengutip bahagian-bahagian telefon bimbitku yang berkecai tadi. Ingatan terus pada Shah.Dia tidak juga muncul di hadapanku. Bahkan aku terpaksa pula berdepan situasi ini. Rasa nak menangis dibuatnya.
Kenapa buat macam ni, Shah...
Anggota Diamond itu bertinggung di hadapanku. Membantuku mengutip kepingan-kepingan telefon bimbit dan kemudiannya menghulurkan padaku.
Aku diam sesaat, curiga dengan maksud sebenar perlakuannya. Ketara menggeletar tanganku sewaktu menyambut huluran itu.
Aku tarik kepingan penutup belakang telefon bimbit itudari tangannya, tapi dia tidak pula melepaskan. Aku terdiam. Kuberanikan dirimengangkat kepala untuk cuba faham maksud tindakannya, tapi tika itu juga aku terbungkam.Terleraiserta-merta jari dari hulurannya spontan bingkas.
“Saya ada kat dewan, Isya.”Tenang lafaznya sambil ikut berdiri.
Aku tak mampu membalas. Masih sukar percaya dengan semua yang berlaku.
“Sejak tadi lagi.”
Terus juga kurenung wajahnya. Tapi entah mengapa, emosiku terus runtuh bertimpa-timpa.Tidak semena-mena berhamburan semula air mataku. Pecah esakan.
“Shah...”
Diaterdiam.
“Kenapa buat saya macam ni!”bentakku.
Dia terdiam lagi. Bagaimeminta penjelasan sedangkan dia yang menyebabkan aku jadi begini.Lantas aku rampas topeng dan drumstick dari tangannya, campak ke arahnya.
“Apa ni!” Pecah lagi esakan. Drumstickmendarat tepat di dadanyasebelum jatuh ke lantai. Dia diam. Kembali memandangku, bagaikan mula faham maksudku.
“Isya...”Penuh dengan nada serba salah.
“Kenapa biarkan saya tak tahu apa-apa tentang diri sebenar awak, Shah...”
Dia diam semula.
“Kenapa biarkan saya berperangai macam orang bodoh depan semua orang selama ni... kenapa, Shah...” Mula bernada mendesak.Memang, aku makin tak mampu faham fikirannya.
Dia diam juga. Kali ini dia lempar pandangan ke arah lain. Pandangan yang tidak mampu kutafsir. Sesaat kemudian, dia tautkan kembali anak mata denganku. Ada keluhan halus terzahir dari bibirnya. Dia menggeleng kecil.
“Saya tak tahu nak terangkan macam mana.”Itu saja jawapannya?
“Sekarang ni saya pulakyang dah tak tahu macam mananak berdepan awak, Shah...”
Dia diam semula.
“Saya tak pernah tahu apa-apa, lepas tu bersangka-sangka, sesuka hatiberperangai ikut kepala sendiri... padahal orang kiri kanan pandang, sampaikan saya jadi bahan gelak, bahan umpat keji orang. Tapi saya terus juga tak tahu apa-apa, terus juga bodohkan diri depan semua orang...” Terhenti sesaat, sebak semula.
“Awak boleh faham tak apa yang saya tanggung, Shah...hah?”
Sungguh, bila mengingati semula apa yang tercatat di blog itu, aku akan terasa betapa teruknya aku. Teruk!Entah bagaimanalah caranya untuk aku teruskan hidup jika begini caranya.
“Teruk perangai saya depan awak selama ni, Shah...”
“Saya tak pernah kisah pun semua tu, Isya.Awak buat semua tu sebab itu yang awak fikir sesuai waktu tu.” Perlahan dia memintas, seakan memujuk.
“Tapi orang lain takkan faham semua tu, Shah...” pintasku semula, benar-benar cuba memahamkannya.
“Sejak saya ajak awak siapkan assignment tu lagi. Sepatutnya waktu tu lagi awak berterus-terang dengan saya. Supaya saya tak sesuka hati anggap awak student mengulang, supaya saya tak tuduh awak sengaja malas siapkan kerja... supaya saya tak berperangai macam orang tak ada akal. Itu pun susah ke?”
Dia diam semula.
“Bila sekarang ni saya dahtahu diri sebenar awak... awak tahu tak yang saya dah malu sangat nak jumpa awak? Cara saya layan awak dengan cara awak terima saya selama ni jauh sangat berbeza.”
Dia diam juga, menyakitkan hati.
“Awak faham tak, Shah?” desakku.Berhamburan semula air mata, terlalu sakit menanggung hati yang pedih tersiat-siat.
“Saya dah tak tahu macam mana lagi nak hadap semua orang, Shah.”
Tapi dia tetap juga membisu.Jatuh akhirnya pandanganku, hampa dengan diamnya itu. Kuseka pipi yang basah danair hangat terus juga mengalir.
“Yang awak pulak... awak biarkan saya terkapai-kapai macam ni.Seminggu awak menghilang, awak tinggalkan saya macam tu aje.Langsung tak fikir betapa terkapai-kapainya saya.” Terputus sesaat.Aku balas semula pandangannya, cuba tagih penjelasan.
“Kenapa macam ni, Shah?”
Dia terus juga membisu. Seolah tidak ingin langsung menjawab.Seolah aku ini badut yang gagal membuat lawak saja di hadapan matanya.
Aku tunduk semula. Kesat air mata di pipi, pasrah.
“Terpulanglah, Shah. Saya tahu memang ini yang saya akan dapat malam ni.”
“Isya...” Barulah terdengar dia mengeluh resah.
“Awak fikirlah baik-baik.” Kupintas, sudah bersedia untuk beredar dari situ.
“Awak minta saya percayakan awak. Tapi kalau inilah cara awak, saya tak yakin kita boleh bertahan.”
“Saya tahu sayasalah, Isya.” Giliran dia memintas, buatkan aku kembali mengangkat wajah. Balas pandangannya, cuba mengharap.
Dia diam sesaat. Teragak-agak dan kelihatan tidak kuat membalas pandanganku. Perlahan dia lepaskan satu lagi keluhan dari bibirnya.
“Saya tahu salah saya,tak terangkanhal sebenar dari awal.”
Aku senyap, menanti.
“Tapi kalau saya berterus-terang waktu tu...” Terhenti. Senyap sesaat,bagai keberatan. Dia hela nafas dalam dan meluahkan dalam satu keluhan.
“Saya takut saya akan hilangawak, Isya.”
“Kenapa pulak...” Lemah jawabku.
Dia diam. Nampak seperti berusaha menyusun kata. Beralih lagi anak matanya dariku, bagaikan ada sesuatu yang dia selindungkan selama ini. Membuatkan aku makin mahu tahu.Sesaat kemudian, dia tautkan semula anak matanya denganku. Dalam.
“Kalau awak tahu siapa saya, awak akan jauhkan diri dari saya.”
“Tapi disebabkan saya tak tahu siapa awak, saya buat awak macam tu, Shah...” Hangat semula tubir mataku.
“Saya tahu tu, Isya. Tapi sekurang-kurangnya awak jadi diri sendiri.”
Tersiat-siat hatiku mendengarnya, merasakan betapa teruknya aku.
“Saya terikat hati dengan awak pun sebab awak jadi diri sendiri.”
“Saya pandang serong pada awak, marah awak bila awak tak siapkan assignment padahal itu bukan kerja awak pun... itu yang buat awak terikat hati?”pintasku, semakin rasa tersindir. Dan dia mengangguk kecil.
“Awak tak macam perempuan lain yang saya kenal selama ni.”
Pecah gelakku, sinis. Serentak mengalir semula air mata, terluka.
“Shah... awak cakap apa ni...”rayuku.
Dia mengeluh halus. Tunduk sesaat sebelum memandangku semula.
“Memang teruk cara awak layan saya tapi tak semua yang awak buat tu salah, Isya.”
“Tapi saya melampau, Shah. Awak pulak terus jugak baik dengan saya.Awak jaga saya,macam apa yang saya buat masa tu betul... banyak salah saya, Shah...”
“Semua yang awak buat dulu tu cuma sebab awak tak tahu.” Tenang dia membalas.
Aku senyap, menagih penjelasan.
“Awak buat apa yang awak fikir betul.”
Senyap lagi.
“Semua tu tak jadi masalah pun pada saya.”
“Kata-kata orang?”
“Kenapa mesti fikirkan orang lain?”pintasnya tanpa diduga. Jelas pertikaian di situ, menggantikannadateragak-agak dalam dirinya. Menjadikan aku teragak-agak sesaat.
“Tiap-tiap masa saya kena jumpa orang, Shah.”
Dia diam. Tajam merenungku.
“Nak tak nak, saya kena jugak jaga pandangan semua orang.Diorang tak salah.”
“Awak pun tak salah.”
“Tapi diorang takkan faham.”
“Tak payah fahamkan.”
“Semua orang...”
“Penting sangat ke semua orang tu pada awak, Isya!” Tegang nada dia akhirnya.
Aku terdiam.Makin tajam renungannya ke mataku, buatkan aku makin terdiam.Bergenang semula air hangat di tubir mata. Dia bagai sudah berubah perwatakan kini. Bukan lagi Shah yang boleh sesuka hati dimarahi.Aku sudah hilangShah itu.
Dia bukan Shah aku...
Dia lelaki hebat, lelaki yang setiap masa disanjung dan dikagumi.
Dia bukan Shah...
“Isya...” panggilannyakedengaransetelah beberapa ketika lengang antara kami. Lembut suara memecah keheningan malam.
Aku tunduk. Jatuh air mata tanpa mampu kukawal.
Dia bukan Shah aku...
“Jangan macam ni, sayang...”Kelunya halus. Dihampirkan diri setapak denganku.
Mengalir lagi air mataku. Lebih galak. Aku cuba selindungkantangisan dengan telapak tangan, tapi esakan pecah juga. Aku menggeleng lemah.
Dia bukan Shah aku...
“Rasa malu awak cuma dengan saya, Isya.” Lembut nada yang kedengaran darinya. Tiada lagi suara tegang tadi.
“Awak rasa bersalah dengan saya... orang lain tu tak tahu apa-apa, Isya...”
Aku membisu.
“Kenapa mesti awak risau pandangan orang tu semua...”
Aku membisu juga.
“Kenapa, Isya?” Semakin lembut suaranya memujuk. Benar-benar mengharap aku bersuara.Berhamburan lagi air mataku lantas menggeleng.
“Saya tak tahu patut buatapa...”
“Selama ni pun tak ada sesiapa tolong awak waktu awak susah.Semua orang tu tak pernah ada dalam hidup awak pun selama ni,” pintasnya.
“Awak tak faham, Shah...” Mengalir semula air mataku.
Dia diam, menanti aku meneruskan.Aku mahu menerangkan, tapi tidak tahu bagaimana. Kerana aku tahu, dia tetap takkan faham keadaanku.Lalu sudahnyabisu antara kami, dan aku hanya mampu pasrah.Tak dapat lakukan apa pun lagi.
Beberapa ketika membisu, akhirnya dialepaskan nafas dalam. Menggeleng-gelengsambil tersenyum sinis.
“Dengar, Isya. Orang lain tak ada hak nak tentukan jalan hidup awak.” Ah, sekali lagi dia menekan soal itu.
“Dengan siapa awak rapat, dengan siapa awak berkawan... semua tu hak awak, bukan orang lain. Saya sayang awak pun sebab diri awak sendiri, Isya.” Sedikit menekan di hujungnya.
Aku membisu.
“Bila awak jujur jadi diri sendiri, saya jugak jujur sayangkan awak, Isya...” Lebih perlahan suaranya, benar-benar sebuah bisikan kini.Tangannya terangkat sedikit. Mara ke arahku, seperti mahu menarikku ke dalam pelukan.
Aku terdiam, berderau darah.Dia hampirkan lagi diri padaku, mahu memegang bahuku. Tapi terhenti. Jari-jarinya menggenggam buku lima. Teragak-agak.
Aku makin tak keruan tapi entahmengapa aku tak mampu menggerakkan kakiku agar pergi dari situ.
Akhirnya diahempaskan keluhan berat. Berpaling dan menjauhiku.Diusap-usap belakang tengkuknya kegelisahan. Dia berpeluk tubuh sesudah itu.Berdiri menghadap kegelapan malam, menghadaphutan yang terletak di luar pagar universiti.
Bisu semula antara kami.Aku seka air mata di pipi.Dapat kurasakan, diriku masih berada dalam pandangannya. Dia sedang memerhatiku dengan ekor matanya. Cuma dia enggan menunjukkan perasaannya.
“Saya memang tak ada kaitan dengan kelas tu.” Perlahan tuturnya.
Aku daratkan anak mata ke wajahnya.Dia terus kaku di situ, tidak langsung menoleh apalagi memandangku. Tetap serius wajahnya.
“Tapi saya pun salah jugak sebab tak terangkan apa-apa pada awak. Saya yang salah sebab tak siapkan assignment, padahal kita sama-sama dah janji nak siapkan bahagian masing-masing.”
“Tapi saya marah awak...”
“Awak marah sebabawak tak nak saya ulang lagi salah yang sama, Isya,” tekannya.
Aku diam.Dia menoleh ke arahku.
“Awak fikir saya banyak mengulang subjek yang sama sebab salah saya sendiri. Awak marah sebab waktu tu awak tahu, itu yang terbaik untuk saya.”
Aku diam lagi.Dia lepaskan keluhan dalam. Menggeleng.
“Saya tak ada niat nak rosakkan pandangan orang pada awak. Tak ada langsung, Isya.”
“Habis tu kenapa awak rahsiakan diri sebenar awak?”
Dia tidak segera menjawab kali ini. Didaratkan pandangannya ke anak mataku. Menatapku dalam, seolah cuba menyampaikan isi hatinya. Beberapa ketika begitu, baru dia bersuara.
“Saya dah letihdengan perangai hipokrit manusia, Isya.”
Aku terdiam. Balas tatapannya, tak faham.Dia hela nafas dalam dan kemudian melepaskannya. Mengangguk, kembalikan pandangan pada hutan tebal di luar pagar.
“Saya nak hidup macam orang lain, nak hidup macam orang biasa. Tapi tak ada orang yang pernah buat macam tu pada saya selain awak.”
Makin berkerut dahiku. Makin tak faham.
“Cuma awak, Isya.” Perlahan suaranya kali ini, hampir tak kedengaran. Bagai untuk dirinya saja.
Aku diam.Sepi semula antara kami sebelum dia berkalih akhirnya.Leraikan tangan dari memeluk tubuh, kini berdiri menghadapku.Menatapku dalam.
“Selama ni tak ada orang yang berani tegur saya bila saya buat silap. Tak ada orang berani dekat dengan saya, cuma sebab saya ni lebih sikit dari orang lain. Kalau rapat dengan saya pun, cuma sebab ada kepentingan.”
Aku diam.
“Sebab tu semua orang fikir Kairuru tu saya, sebab skill gitar Kairuru luar biasa. Tak pernah ada yang fikir saya ni Amy Diamond, sebab drummer Diamond cuma biasa-biasa.”
Aku diam lagi.Dia berpeluk tubuh semula, berpaling semula ke arah lain. Entah mengapa, dia seperti tidak selesa untuk terus memandangku.
“Semua tu persepsi, Isya. Orang tengok saya bagus dalam satu dua bidang, terus orang anggap saya bagus juga dalam bidang-bidang lain.” Diam sesaat di situ.
“Cuba kalau semua orang tahu yang saya bukan Kairuru?”
Aku senyap. Dan dia menggeleng sendiri, tersenyum sinis memandang lampu jalan yang terletak tidak jauh dari kami.
“Orang akan beralih pada Amy Diamond bila dapat tahu hal sebenar.” Perlahan suaranya kali ini, tapi jelas keyakinan di situ.
Senyap juga.Bisu semula antara kami.
“Tapi awak, Isya...” Dia seperti berbual dengan diri sendiri lagi.Namun sesaat kemudian dia mengeluh lagi. Menoleh semula ke arahku, temukan semula anak mata denganku.
“Awak rapat dengan saya walaupun depan mata awak selama ni, saya penuh dengan kekurangan.”
Aku terdiam dan dia semakin dalam menatapku.
“Awak terima semuanya tentang diri saya... cuma sebab saya mengaku sayangkan awak, bersungguh nak hidup dengan awak, nak jaga awak...”
Aku terdiam lagi.
“Sebab tu dulu saya tak tahu macam mana nak terangkan hal sebenar pada awak, Isya. Sebab bila awak dah tahu semuanya...” Terhenti sesaat.
“Akan kekal sama tak cara awak pandang saya, Isya? Atau awak akan jauhkan diri dari saya?”
Terdiam.
“Mmm?”
Terdiam juga, tapi perlahan-lahan akhirnya kuzahirkan gelengan. Tak tahu.
Dia tersenyum nipis. Pandang di kejauhan langit yang berbintang pula. Jauh dan sayu.
“Awak jujur terima kekurangan saya, Isya.” Bersuara untuk dirinya semula.Bagai hatinya sedang berbicara pada langit, mengharap supaya aku mengerti.Dan ketulusannya dalam kata-kata itu cukup jelas kedengaran. Halus menyelinap ke dalam diriku.
Dia kembalikan anak mata padaku. Kembali menatapku, kali ini jauh lebih dalam. Seolah dia tenggelam ke dalam diriku.
“Itu yang saya perlukan dalam diri teman hidup saya, Isya.” Perlahan suaranya, hampir berbisik.
Aku terdiam. Berderau darah.
“Itu.” Berbisik akhirnya. Semakin jauh tatapannya tembus ke dalam diriku. Benar-benar terpamer keikhlasan di situ. Mengharap aku masih sudi menerima dirinya, walhal selama ini aku yang bersalah.
Hangat semula tubir mataku. Tak mampu membayangkan betapa tulusnya dia terhadapku.
“Awak terima saya sampai macam ni sekali, Shah...”
Dia senyap. Sayu menatapku.
“Awak yang jauh lebih jujur terima diri saya selama ni, Shah...” Pecah esakan di akhir lafaz. Aku segera jatuhkan wajah, gagal menahan sebak.
“Sebab awak yang lebih dulu jujur dengan saya, Isya.” Dia berbisik lagi.
Mengalir lagi air mataku.Sungguh, aku taktahu bagaimana Allah boleh sudi mengurniakan lelaki sehebat ini ke dalam hidupku. Sedangkan diriku ini hanya dipenuhi kepincangan selama ini.
“Isya...” Lelaki itu menyeru namaku, lembut meniti di bibirnya. Nada yang selama ini dia gunakan untukku, walau ketika itu aku buta menilai dirinya.Aku jadi semakin malu dengan diri sendiri waktu ini.
“Jangan fikir apa yang orang akan kata tentang awak.”
Makin mengalir air mataku.Dapat kurasakan dia menghampiriku, berdiri benar-benar di hadapanku.
“Saya yang lebih tahu siapa awak. Saya yang lebih tahu siapa yang hati saya pilih. Orang lain tak ada hak pertikaikan keputusan saya.”
Ya Allah... mendalamnya erti semua ini...
“Kita akan berkongsi hidup tak lama lagi, Isya. Susah senang, kita yang tanggung. Bukan orang lain tu semua.”
Makin galak air mataku mengalir.
“Orang akan terus bercakap.Tapi kalau awak layan, orang akan semakin bercakap.”
Aku diam.Dia ikut membisu.Aku seka pipi dan air mata mengalir lagi, tak mampu juga bersuara.
“Kuatlah, Isya... saya perlukan awak...”Lembut pujukannya.
Aku mengangguk dan air mata mengalir galak semula. Pecah esakan akhirnya. Segera kuselindung dengan telapak tangan.
Tidak langsungkusangka ini yang akan kuterima darinya malam ini. Tidak juga menyangka, ini yang akan kudengar darinya untuk pertemuan kali ini. Nyata dia membuatkan aku semakin kagum terhadapnya, semakin malu dengannya.Dia terlalu merendah diri selama ini hingga aku tidak langsung mengesyaki kelainan pada dirinya.
“Ketepikan semua kata-kata orang, Isya. Teruskan hidup macam biasa.”Semakin lembut intonasinya.
Aku senyap.
“Mmm?” Lebih rendah nadanya dan kali ini kedengaran seperti berbisik semula.
Aku senyap juga. Bila dia seakan-akan menanti jawapan, akhirnya aku mengangguk dalam rasa terharu.Dan dia segera melepaskan sebuah keluhan, bagaikan lega.
“Jangan runsingkan lagi cakap-cakap orang. Kita ada hidup kita sendiri, sayang.”
Berderau darahku mendengar ungkapan terakhir itu. Lembut dan tulus bunyinya, meresap jauh ke dasar hatiku.Aku mengangguk lagi dan terus menjatuhkan pandangan.
Senyap semula antara kami. Pandanganku terlempar pada rumput yang samar-samar terkena biasan cahaya lampujalan. Agak lama aku membisu begitu, berkira-kira dengan perasaan sendiri. Melalui ekor mata, aku lihat dia terus memerhati diriku. Menatapku seolah-olah sudah terlalu lama tidak bertemu.
“Shah...” panggilku perlahan.
“Mmm...” sahutnya, perlahan juga.
Aku diam sesaat, cuba beranikan diri meluahkan walau tahu aku bakal memalukan diri sendiri. Kuseka pipi yang basah. Angkat wajah, balas tatapannya.
“Saya rindu awak...”
Dia terdiam.
“Bila awak tak ada,saya jadi tak kuat, Shah...”Mengalir semula air mata, sudah tidak berdaya lagi menyimpan segalanya.Tak mampu kubayangkan betapa teruknya keadaanku selepas terbaca apa yang tertulis di blog kelmarin. Pincang, lagi-lagi bila merasakan aku bersendirian menanggungnya.
Shah terdiam juga, merenungkudalam.Tetapi sesaat kemudian ada senyuman nipis yang penuh erti terukir di bibirnya.
“Saya tahu.”
Hangat wajahku.
“Sebab sekarang ni awak nampak lain.”
Aku senyap, menanti dia meneruskan.
“Awak nampak...” Terhenti sesaat, semakin bererti menatapku.
“Manja dengan saya.”
Makin hangat wajahku.
“Betul, sayang?” Romantis.Gagal kutahan senyuman malu lantas menggeleng.
“Saya tak tahu...”
“Tapi saya tahu.” Penuh erti senyuman di bibirnya, hingga aku jadi tidak tahu ke mana mahu kularikan anak mata. Bila kedengaran ada tawa halus yang bernada nakal darinya, aku makin hilang arah.
“Shah...” Perlahan suaraku membentak. Cuba menghalangnya dari terus menyakat.
“Betullah...” Dia cuba pertahankan pendapatnya.
“Dulu awak tak kisah pun saya ada ke tak dengan awak. Kalau saya kata sayang pun awak tak pernah balas. Tapi kali ni, saya cuma terlambat dua tiga minit jumpa awak, Isya. Awak dah hilang arah, mengaku tak boleh jauh dari saya.”
Argh! Tak tahu mana mahu kuhadap wajah!
Sedaya upaya kukawal perasaan lalu menjelingnya.
“Awak yang mungkir janji, Shah. Kata nak jumpa kat konsert, tapi tak ada pun. Mana orang tak sakit hati.”
Dia tersenyum, tapi terlalu nakal riaknya.
“Tapi sekurang-kurangnya sekarang ni saya tahu... ada orang sayang saya...”
“Shah!” Geram aku membentak. Tapi dia sebaliknya tertawa. Tawa menyakat. Ah, hangatnya wajahku!
Aku seka lagi air hangat yang berbaki di pipi. Hela nafas dalam, ambil kepingan penutup telefon bimbitku dari genggamannya dansegera berkalih.Tak betah aku tunggu lagi di sini!
“Nak pergi mana?” soalnya, masih bersisa nada nakal di situ.
“Balik.” Tanpa menoleh.
“Cepatnya?” Ada riak hampa kali ini, mematikan langkahku. Kujeling semula dirinya.
“Awak nyaris nak peluk saya tadi, Shah. Lagi nak suruh saya tunggu lama kat sini?”
Dia terdiam. Merah padam wajahnya, pertama kali kulihat begitu.
“Awak...”
“Awak apa?” Aku mencabar.Dia teragak-agak. Sesaat dua begitu, akhirnya dia menggeleng. Berpaling ke arah lain.Aku tidak menanti lagi, segera beredar.
“Isya.”
Terhenti lagi langkahku lantas berpusing, jeling dia yang sudah memandangku semula. Kusoal dia dengan pandangan. Dia tidak terus menjawab, sebaliknya waktu yang berbaki ini seakan mahu dia gunakan sepenuhnya. Redupdia menatapku.
Miss you, sayang.” Dalam suaranya.
Terdiam. Berderau darahku.
Really miss you,” lafaznya lagi, kali ini hampir kepada bisikan.
“Saya cuba tahan diri dari call awak, sebab saya memang sengaja tunggu hari ni. Nak jumpa sendiri.”
Aku makin terdiam.
“Memang betul-betul susah saya nak kawal diri bila dengan awak, Isya. I’m sorry.”
Bergetar perasaanku mendengarnya, faham apa yang dia maksudkan.Dia rasa bersalah lantaran tindakannya yang nyaris memelukku tadi.
“Pergi dulu, Shah.” Perlahan suaraku, hampir tak kedengaran.
“Pagi esoksaya hantar awak, Isya?” Dia melengahkan lagi hasratku, kali ini dengan permintaan itu. Aku diam sesaat, teragak-agak.
“Tak menyusahkan awak?”
Dia menggeleng, tersenyum lagi.
“Lepas ni kita tak jumpa lagi dua tiga hari. Lama sangatlah.”
“Lama?” Berkerut dahiku. Dia mengangguk.
“Lama. Nak tunggu sehari habis pun susah.”
Terdiam aku sudahnya. Berderau darah bila faham maksud yang dia cuba sampaikan. Dia semakin menyayangi, semakin enggan berjauhan walau sesaat pun. Dan lebih bergetar perasaanku bila menyedari diriku juga sedang melalui perkara yang sama sepertinya.
“Bas saya pukul sembilan setengah.”Akur kuterima perhatian dan perasaannya. Dan dia semakin tersenyum dengan pengertianku.
“Kita keluar dari sini pukul sembilan,”ungkapnya. Aku angguk, balas senyumannya.
“Dah jauh malam ni, Shah. Saya kena pergi.”
“Jumpa lagi, sayang.” Lembut dia mengizinkan.Damai hatiku mendengarnya. Aku tersenyum lagi, mengangguk juga.

“Jumpa lagi.” Dengan kata-kata itu, aku berpaling.Segera beredar dari situ. Enggan kuturut hati yang meronta-ronta mahu dia terus berada di sampingku.

25 861 komen:

baby mio said...

best.

Audra Sazreena said...

Hmmm.. what a nice surprise!!! Really really good...

yas hxn said...

Tak sangka... Terpesong semua andaian yg saye buat... Haha really best good job writer thumbs up!

yas hxn said...
This comment has been removed by the author.
yas hxn said...

Tak sangka... Terpesong semua andaian yg saye buat... Haha really best good job writer thumbs up!

yas hxn said...

Tak sangka... Terpesong semua andaian yg saye buat... Haha really best good job writer thumbs up!

*~ Jiwa Bulan~* said...

Hahaha... Sngat best!!!!!

Safiah Ahmad said...

Aduh Sayang......... Walaupun sedey..... Sy tetap rasa akan sweetnya n3 nih.....

Siti Hanisah said...

Terima kasih, baby mio :)

Siti Hanisah said...

Hehe. Terima kasih. Shah memang betul-betul buat kejutan.

Siti Hanisah said...

Hahaa...

Terima kasih.

Kejutan untuk Sya, kejutan untuk semua! :D

Siti Hanisah said...

Terima kasih banyak-banyak! ;)

Siti Hanisah said...

Hehe...

Terima kasih. :)

SYA said...

best sgt....

Siti Hanisah said...

Terima kasih, Sya. :)

Nurul Fatin Farhanah Anuwar said...

Alahaiiiiiiii..... sweernye kak!!!!!!! Good luck and do yo your best!!!! ^__^

Siti Hanisah said...

Terima kasih banyak, Fatin. :)

Anonymous said...

Best gila cite ni..tak sabar nak tunggu entri baru - ika

Siti Hanisah said...

Hehe... Tq2. Nanti saya up date, insya-Allah. Tunggu ye...

Nor Zulaikha Zulkifli said...

Akak, x update lg ye. X sbar la kak. Cite akk best. 2, 2 pon sye ske
Pndai akk describe sume watak n jln cite. Tahniah kak.. hrp akak lbh brjaye akn dtg.. :)

Siti Hanisah said...

Terima kasih menyokong, Zulaikha. InsyaAllah akak update. Dua tiga hari ni sbuk skit dgan promosi nvel lg satu tu.

Ana Sya said...

Serius best!!huhu...first time bace novel cam ni..huhhu

Siti Hanisah said...

Terima kasih banyak. :)

baby mio said...

best 3x.

Shaze Alma said...

Tq baby mio rajin datang sinii... ;)

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.