Monday, 18 January 2016

Scarlet Cinta Bab 18

BEBERAPA hari hidup berlalu tanpa Shah. Tiada suaranya, tiada juga usikannya. Sunyi.
Aku tidak berani menghubungi lelaki itu, baik mendail atau menghantar SMS. Bimbang jika kesibukannya nanti akan menghalang dia dari menjawab panggilanku. Pastilah aku juga yang akan terasa dipinggirkan. Lantas, baik aku juga ikut menyepi sepertimana dia.
“Kenapakau tak tunggu midterm break nanti aje baru balik, Liza?” soalku pada Liza pagi itu, ketika dia sedang bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Melihat dirinya yang kembali disebulungi kesedihan itu, aku rasa seperti perlu untuk mengambil tahu.
“Lagi cepat benda ni settle, lagi elok. Minggu depan tak payah balik dah.” Datar nadanya.
Mendengar jawapannya itu, aku membisu tanda faham.Liza mengeluh, berat saja bunyinya.
“Jaga diri nanti, Rish.”
“Tak apa, jangan risaukan aku.”
“Jangan pergi terjun bangunan pulak kalau kau stress dengan study.”
Aku mengangguk lagi walau hati rasa kurang bersetuju dengan kata-kata itu.
“Tunggu aku balik, biar aku sendiri yang humbankan kau dari tingkat lima nun.”
Aku terdiam kali ini. Nak tergelak pula bila dengar.Tengah sedih pun sempat lagi dia melawak.
“Kau balik sana sampai hari apa?” soalku bila suasana sunyi semula.
“Tengoklah, Rabu ke Khamis. Jumaat ni aku ada submission. Lagipun malam tu nanti ada konsert.”Sudah bertukar sayu pula suaranya.
Aku senyap memandangnya.
“Harap-harap dengan konsert tu nanti, boleh jugak aku lupakan semua masalah ni. Sekejap aje pun jadilah.”
Liza memasukkan dompetnya ke dalam tas tangan. Senyap sunyi antara kami.
“Nak aku hantarkan ke terminal tak?” soalku lagibila dia mula bangun dari birai katil dan mencapai bagasinya.
“Aku bukannya nak balik Kelantanlah, Rish.”
“Habis tu?”
“Perak.”
Berkerut dahiku.Dia mengerlingku sekilas bila sedar reaksiku.
“Nenek aku yang beria sangat nak jodohkan aku dengan budak tu. Nenek aku tu orang Perak.”
Aku mengangguk-angguk, faham.
“Nanti bas aku tu tunggu kat depan uni aje. Aku tak payah pergi terminal pun tak apa.”
“Okey...”
“Pergi dulu, Rish,” ungkap Liza sesaat kemudian. Serentak itu dia menarik daun pintu.
“Liza,” panggilku.
Dia yang sedang menyarung kasut ke kaki itu menoleh.
“Senyum sikitlah.”
Dia diam, tak faham.Aku keluar setapak melepasi pintu, hampiri dirinya.
“Kalau aku stress, kau yang selalu pujuk aku. Kau kata muka tension aku selalu buatkan kau tak senang duduk. Sekarang ni bila kau stress, aku pulak yang tak senang duduk ni, kau tahu.” Lembut nadaku, cuba memujuknya dengan seloroh yang entah menjadi entah tidak.
Liza senyap cuma bersama wajah lesunya. Dia cuba untuk tersenyum, tapi tiba-tiba matanya pula yang berkaca.
Aku terdiam.
“Doakan aku, Rish?” Serentak itu air matanya berderai lantas dia memelukku. Drastik, menjadikan aku sedikit terkejut.
Tangisan Liza kedengaran galak. Nampak benar-benar tak rela dipertemukan dengan calon pilihan keluarganya itu.Sedikit-sebanyak aku turut ditarik simpati. Kuusap-usap bahunya, cuba menenangkan.
“Jumpa aje dulu, Liza. Bukan setuju terus...”
“Tapi kalau aku tolak pun, apa alasan yang aku nak bagi pada orang tua aku, Rish...” Teresak-esak.Aku jadi sedikit teragak-agak.
“Fariz tak ada contact kau dah?”
Liza menggeleng, buatkan aku terdiam kebingungan. Kenapa ini pula yang dilakukan lelaki itu?Dia putuskan hubungan seolah-olah bukan disebabkan paksaan keluarga. Semacam dia cuba lari dari Liza saja sebenarnya.
Ataupun dia sebenarnya malu untuk menghubungi Liza semula? Enggan dilihat seperti menjulat ludah sendiri. Begitu?
“Cuba kau contact dia balik, Liza. Manatau kalau...”
“Takkan perigi nak cari timba, Rish...” pintas Liza, makin sayu.
Aku terdiam semula, tidak berani bersuara lagi. Bimbang Liza mengesyaki yang tidak-tidak. Masalah pula nanti.

KETIADAAN Liza membuat duniaku bertambah bosan. Shah pula terus-terusan menyepi. Tidak langsung menghubungi apatah lagi bertanya khabar. Kaku saja telefon bimbitku di atas meja, seolah tidak bernyawa.
Malas melayan rasa sunyi, setiap malam aku terus saja masuk tidur sebaik selesai tugasan.
            “Oi.”Serentak lengan terasa disiku.Berderai lamunankulalu menoleh pada Zara di sebelah. Dia sedang memandangku tajam, menyoal dengan isyarat mata.
Aku menggeleng kecil. Dengan lagak selamba, aku lontarkan pandangan pada Prof Syikin di hadapan dewan. Kononnya khusyuk, sedangkan hati masih lagi berlegar-legarpada bangku kosong yang terletak di belakang dewan.
“Kau teringat kat Shah, ke?”
Hangat wajahku dengan serkap jarang Zara.Tapi segera kukawal dan pura-pura tidak mendengar. Terus juga memandang Prof yang sedang melakar gambarajah pada papan putih. Entah apa yang dilukisnya, aku tak tahu. Dari tadi lagi aku susah tumpukan perhatian pada kelas.
“Weh, dengar tak ni?” soal Zara lagi. Kali ini disikunya lebih kuat lenganku, memaksa akumenoleh juga ke arahnya.
“Dengar apa?”
“Kau tengok apa dari tadi ni? Macam orang sasau aje aku tengok.”
“Tak ada apalah.”
“Habis tu apasal pelik semacam kau dua tiga hari ni? Buang tabiat ke apa, hah?” Disentuh-sentuh dahiku dengan belakang tangan. Nampak risau.Terlepas keluhan dari bibirku, rimas dengan perlakuannya. Kutolak tangannya.
“Aku okeylah.”
Dia kerut dahi, pamer reaksi tak puas hati.
“Kau...” Terhenti, sebelum riak curiga terpampang jelas di wajahnya.
“Kau jangan cakap...” Terhenti lagi, bagai tak percaya.Makin rimas aku dibuatnya.
“Cakap apa?”
“Kau dahtangkap cintan dengan Shah, eh!” Agak kuat suaranya.
“Zara!” Pantas kutampar lengannya.Dia tutup mulut yang hampir tertawa besar itu dengan telapak tangan. Makin hangat wajahku bila perhatian beberapa pelajar teralih ke arah kami.
“Dah banyak hari dia tak datang.Kau dah rindu dialah ni, ya?”
“Mana adalah!”
“Habis tu?”
Aku ketap gigi, bengang dengan sikapnya. Tapi tak berani pula kulepaskannya dalam waktu-waktu ini.Tertangkap dengan Prof Syikin nanti, naya aje!
Lantas kubetulkan duduk, kembali pandang buku di atas meja bersama hati yang mendongkol.
“Mengaku ajelah, Rish...”Zara ketawa nakal.
Aku senyap, tahan perasaan. Ikutkan hati, dah kucili-cili mulut kau tu, Zara!
“Normal la kalau kau pun boleh...”
“Hah, awak. Yang tengah seronok sangatbersembang tu.”
Serta-merta Zara terdiam, serentakkami menala pandangan kehadapan dewan. Prof Syikin dan kebanyakan pelajar lain sedang memandang kami. Tajam pandangan Prof.Aku rasa seperti sedang berbahang seluruh dewan ini.Kutelan liur yang pahit.Ah... kantoi...
“Kalau tergelak-gelak tu mesti sebab dah tahu banyak benda, kan?”Sinis suara Prof Syikin.
“Boleh tolong selesaikan soalan ni?” Dihalakan tangan pada papan putih.
Zara terdiam.Aku makin tak senang duduk.
“Yang tudung hijau duduk sebelah Farisya tu.”
Zara terdiam lagi, sementara aku hampir saja melepaskan nafas lega.
“Err...” Di bawah meja, Zara mencuit-cuit lenganku.Tapi aku senyap saja, tak langsung memberi reaksi.Bahkan rasa puashati dengan ‘balasan’ yang diterimanya.Sakat aku lagi!
Zara teragak-agak bangun dari kerusi. Perlahan melangkahke depan dewan. Dia capai marker pen, buka penutupnya, kemudian pandang soalan di papan putih. Seakan berfikir. Tapi selepas itu dia tidak bergerak-gerak lagi. Tercegat saja di situ, kaku.
Prof Syikin mula berpeluk tubuh, memandang Zara dengan raut wajah tegang. Seolah-olah akan ‘kiamat’ kelas ini sekejap lagi.Aku yang memerhati pula yang rasa tak sedap hati.
“Okay, maknanya awak tak bolehlah ni?” Pecah lengang kelas.
Zara kaku tak berkutik.Prof Syikin mengeratkan lagi tangan yang memeluk tubuh. Dihela nafas dalam sebelum melepaskan dengusan kasar.
“Kalau setakat nak jadi rubbish, jangan masuk kelas saya ni! Faham!” Bergema seluruh dewan.
Meremang bulu tengkukku. Langsung hilangkeberanian untukmengangkat pandangan dari buku di atas meja.Suasana kelas pula jadi semakin lengang. Tiada yang berani berbisik apalagi mengeluarkan suara.
“Dah tak ada mulut nak bercakap? Hah?Faham tak?” Meledak lagi tengkingan Prof.
“Fa... faham...” Sayup-sayup suara Zara. Bergetar,sepertimenahan tangis.
Kedengaran bunyi marker pen dihempas ke meja.
Last warning.”Perlahan sedikit suara Prof kali ini, tapi masih ketara riak tegang di dalamnya.
I don’t need rubbish in my class!Get out!”Meninggi semula.
Senyap. Tidak lama kemudian, kedengaran pintu hadapan dewan dihempas kasar. Serentak suara-suara terkejut pelajar hinggap di ruang dengar. Kuberanikan diri mengangkat pandangan.
Prof Syikin sudah tiada lagi dalam dewan kuliah ini. Sudah keluar, sedangkan kelas masih berbaki lebih tiga puluh minit. Hanya kelihatan Zara yang sedang melangkah ke tempat duduknya.
Makin terdiam aku di situ. Merenik peluh di dahi. Baru sekarang aku tahu bagaimana keadaannya bila Prof mengamuk.

TERKIAL-kial aku dan Ika di situ bila Zara terus juga menangis walau kelas sudah hampir sejam berakhir.
“Dia kata aku rubbish, weh... malu aku...” esaknya.
“Dahlah tu...” keluhku.
“Lagipun kelas hari nikan kelas last kita dengan dia minggu ni.Minggu depan dah cuti. Relaks la, weh...tak ada apa pun, nanti eloklah balik mood dia tu.” Ika menambah. Lembut diusap-usapnya bahu Zara.
Tapi Zara cuma senyap. Terus juga melayan perasaannya.
“Macam hari tu. Dia bengangkan Rish sampai berkecai phone Rish dia kerjakan. Tapi lepas tu elok aje dia, tak ada apa-apa masalah pun.”Ika menambah lagi. Dia pandang aku.
“Kan?”
“Haah.” Aku segera mengangguk.
Zara tidak juga membalas, cuma esakannya saja yang kedengaran. Tidak langsung berkurang, membuat aku dan Ika mula resah. Dia pandang jam tangannya sebelum kemudiannya memegang semula bahu Zara.
“Aku ada kelas pukul sebelas nanti, weh. Tak boleh nak lama-lama kat sini.”
“Kau pergilah...” Barulah Zara menyahut.
Ika diam sesaat, mengeluh kemudiannya sambil menggeleng-geleng kecil dan bangun dari bangku. Dipandangnya aku, hantar pesan dengan isyarat mata. ‘Jaga dia.’
Aku senyap. Mengangguk sedikit, sedangkan hati di dalam semakin resah.Aku bukannya tahu sangat memujuk orang. Macam mana ni?
Beberapa ketika, aku menanti. Tapi Zara tetap juga begitu. Akhirnya kupelawa saja dia pulang.
“Tapi aku malu...”
Aku yang baru saja bangun dari kerusi segera memandangnya. Berkerut dahi.
“Kenapa pulak?”
“Mata aku ni...”Dia sentuh matanya yang bengkak.Mengeluh kecil aku dibuatnya, mula malas melayan.
“Alah, benda kecik aje tu...bukannya orang ambik tahu!”
Dia senyap.
“Jomlah?” pelawaku lagi.
Senyap juga dia. Aku terdiam semula, mati akal.Selalunya Ika yang pandai bab-bab memujuk. Habis tu apa patut aku buatsekarang?
“Tak apalah, jomlah balik.” Tiba-tiba dia bersuara sambil bangun. Terus berlalu dari situ tanpa menantiku.
Aku terdiam, makin keliru dengan dirinya. Tapi bila melihat dia bersungguh, akhirnyaaku ekori saja langkahnya.
Dalam diam, aku lega.Dia seperti faham,tiada siapa lagi yang mahu memujuknya. Nak tak nak, dia kena jugapujukdiri sendiri. Lagipun tadi salah dia sendiri sebab malukan aku pada budak-budakkelas. Memang bertambah-tambah tak retilah aku nak buat-buat baik memujuk dia.
Keluarsaja dari bangunan kuliah, tidaksemena-mena Zara menarik tanganku. Laju menghala ke satu arah. Aku kaget.
“Eh, apasal ni?”
Dia tidak menjawab bahkan tambah meluaskan langkah. Risau aku dibuatnya.Biar betah dia ni!
“Shah!” laungnya tiba-tiba. Aku makin kaget.
“Eh, apa kena dengan kau ni?”
Tapi dia makin lajumenapak, mengheretku sebelum mematikan langkah benar-benar di hadapan bangunan fakulti.
“Kau jangan nak buang tabiatlah, weh!” bentakku.
“Turun kejap, Shah! Ada orang nak jumpa awak ni!” laung Zara lagi, tidak langsung menjawab soalan.
“Eh, Zara...”
“Siapa?” Satu suara tiba-tiba kedengaran.
Terbantut ayatku spontan menoleh ke arah tangga. Berderau darah sebaik bertembung pandangan dengan Shah yang sedang menuruni bilah-bilah tangga. Dia juga ikut terdiam, nampak sedikit berkerut dahi.
“Awak sibuk ke?” soal Zara pantas, sedikit tercungap-cungap.
Aku di situ makin tak keruan. Cuba kulepaskan pergelangan tangan dari Zara, tapi makin kejap pula dia menggenggam. Aduh... tolonglah jangan buat aku malu lagi!
“Tak adalah sibuk sangat.” Shah menjawab. Perlahan suara, makin ketara dengan maksud bingung. Dipandangnya lagi aku sekilas.
“Tapi sekarang saya tengah tunggu supervisor saya, bila-bila masa aje dia boleh sampai. Ada hal penting ke?”
“Ada! Penting sangat-sangat!” Laju Zara menjawab. Serentak dia makin mengejapkan genggaman pada pergelangan tanganku.
Sakitlah, woi! Kau nak lepas geram ke apa ni!
“Hal apa?” soal Shah. Ekor mataku melihat dia sekali lagi mengerlingku yang dah jadi macam ikan tak cukup air ni! Ergh!
“Awak tahu, disebabkan awak dah lama tak join kelas Prof Syikin, Farisya asyik pandang-pandangaje tempat duduk awak yang dah kosong tu. Awak tahu tak apa maknanya tu?”Hai la Zara, apa bendalah yang kau buat ni!
“Maksudnya apa?” Shah buat-buat tak tahu.Dalam diam dia mengerlingku lagi, tapi kali ini aku perasan ada sesuatu yang tersirat di situ.
“Dia suka kat awak!”Kuat gila suara Zara!
Kurentap tangan, tapi masih tak terlepas bahkan rasa sakit pula dibuatnya.Segera kuliarkan pandangan, cuba lihat kalau ada sesiapa yang lain di sini. Tapi kosong saja. Mujur.
“Betul, Isya?”
Aku telan liur yang kelat. Tak tahu mana nak campak pandangan, lebih-lebih lagi bila faham maksud renungan Shah.Aku tahu pandangan dia tu bermaksud menyakat. ‘Rindukan saya, Isya?’ Itu kira okey lagi. Buatnya dia pergi tanya, ‘rindu, sayang?’
Aduh! Mahu bergolek-golek aku kat sini dibuatnya.
“Hah, jawablah? Tadi beria sangat angaunya?” tempelak Zara, membengkakkan hati.
Aku pandang Shah, tapi cuma di bahunya yang setara dengan mataku. Tak berani pandang terus ke mata. Rasa lain macam tiba-tiba. Dah lama tak jumpa agaknya... ah!
Aku tersengih sumbing, cuba tutup perasaan.
“Err... memanglah saya ada pandang kat tempat duduk awak...”
Zara tersenyum kemenangan dengan pengakuan itu.
“Tapi awak jangan salah faham, Shah!”Cepat-cepat aku menambah.
Berkerut dahi Zara kali ini. Menoleh pada aku, tak puas hati.
“Kan kita pernah kerja sama-sama dulu? Bila dah banyak hari awak tak pergi kelas, mestilah saya tertanya-tanya. Manatau kalau-kalau awak sakit ke...”
“Hah, tengok! Nak cover-cover lagi tu!”
Aku jeling Zara. Hei... sabar aje aku dengan minah ni!
Pecah tawa Shah tiba-tiba, menarik perhatian kami. Aku makin gelisah.
“Apa salahnya kalau dia rasa macam tu?” Penuh erti tuturnya.
Zara tercengang. Aku pula makin hilang arah. Shah, awak dah janji tak nak bagitau siapa-siapa pasal kita, kan!
“Perasaan dia, takkan saya nak halang?” tutur Shah lagi, buatkan kami sama-sama terdiam.
Aku tajamkan anak mata pada Shah. Berdebar. Namun dia tetap tenang memandang Zara.
“Kalau saya nak suka pada mana-mana perempuan, tak ada orang boleh halang, kan?”
Zara terdiam lagi, kali ini jelas terpampang riak kecewa di wajahnya.
“Tt... tak ada.”
Okay, settle.”Ringkas Shah tersenyum, buatkan Zara terdiam lagi. Hati aku di dalam dah berbaur dengan perasaan yang entah apa-apa.
“Okk... okey...” Lambat-lambat Zara menjawab.
Shah senyum nipis.
Sorry, Shah. Kitorang curi masa awak.” Perlahan suara kali ini, bagaitermalu sendiri.
“Pergi dulu.” SejurusShah berpusing dan mendaki tangga.
Zara segera pergi dari situ tanpa mempelawaku langsung. Seolah-olah hampa kerana hasratnya membalas dendam tidak kesampaian.Aku yang masih tercegat di situ pulamengeluh kelegaan.Fuh, selamat...
Tapi sebelum sempat kaki berganjak dari situ, tiba-tiba ekor mataku melihat Shah menghentikan langkahnya mendaki tangga dan berpusing memandangku.
“Isya.”
Aku menoleh, menyoal dengan pandangan.Dia tidak bersuara, tidak juga mengukir senyuman di bibir. Tapi tanpa dijangka, dia tiba-tiba mengenyit matanya padaku.
Aku terdiam, berderau darah.
“Rindu, sayang?”Terukir senyuman di bibirnya, menggetar hati. Meruap bahang hangat ke wajahku tapi segera kukawal denganmengukir senyuman.
“Erkk... tt... tak apalah, Shah. Saya pergi dulu.”

Bertambah mekar senyuman di bibirnya, tanda dia tahu betapa kalutnya aku.Tak betah aku tunggu lagi di situ. Cepat-cepat pergi!

17 861 komen:

baby mio said...

best lama x update rindu shah.

Siti Hanisah said...

Haha. Cerita ni akan disambung balik macam biasa, insya-Allah. :)

Am_Mir said...

yeay! finally ada juga sambungannya :D suka suka !

Siti Hanisah said...

Hehe. Terima kasih sebab sabar menunggu!

SYA said...

akak bila nak smbng lg cete nie....

Siti Hanisah said...

Tunggu, tunggu. :)

Audra Sazreena said...

Bila novel pertama terbit? Saya dah nak pegi beli dah ni...

yas hxn said...
This comment has been removed by the author.
yas hxn said...

da lme tungggu akhirnya......... Best sgt rindu sya n shah really miss it.........

yas hxn said...

da lme tungggu akhirnya......... Best sgt rindu sya n shah really miss it.........

yas hxn said...

da lme tungggu akhirnya......... Best sgt rindu sya n shah really miss it.........

Siti Hanisah said...

Hehe...

Hari tu saya ada bagitau yang saya tengah cuba selesaikan masalah HYKS. Jadi disebabkan masalah tu, HYKS terpaksa ditangguhkan penerbitan.

Setakat ni cuma boleh pre order, tapi untuk confirm kan bila betul-betul novel akan ada kat pasaran, saya tak berani.

Maaf sangat-sangat untuk semua tu.

Siti Hanisah said...

Hehe...
Terima kasih banyak2. :)

Audra Sazreena said...

Sorry .. baru baca your reply. Okay. Kalau dah dapat date, war-warkan lah.. :)

Siti Hanisah said...

Insya-Allah akan diwar-warkan. Sorry jugaklah sebab buat tertunggu-tunggu. :)

IMe said...

tak sabar tunggu time konsert n doran kawin...hehehe

Siti Hanisah said...

Takpe, sikit je lagi. Hehe...

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.