Saturday, 16 January 2016

Scarlet Cinta Bab 14 & 15

BAB 14
TAMAT kelas dengan Prof Syikin, bererti tamat jugalah kelasku untuk hari ini. Selesai membeli makanan di kafe, aku terus pulang ke bilik. Tapi belum sempat mengeluarkan kunci dari beg, daun pintu sudah terkuak dari dalam. Tercegat Liza di hadapanku. Tersenyum lebar, membingungkanku.
“Bila kau balik? Apasal tersenyum-senyum ni?”
“Cuba teka.”
“Mmm?” Makin bingung aku. Dia suruh aku jawab sendiri soalan aku, tapi soalan yang mana satu ni?
“Ye la, cubalah teka, kenapa aku tunggu kau balik ni.” Ceria.
Aku pandang wajahnya dengan dahi berkerut. Biar betul dia ni. Malam tadi beria sangat hujannya. Kenapa? Fariz nak ‘rujuk’ balik?
“Cubalah teka, weh.” Lenganku ditepuknya, membuatkanku tersedar.
“Manalah aku tahu.”
Makin lebar senyuman di bibirnya. Dia keluarkan tangan dari belakangnya.
“Tadaa!”
“Apa tu?”
“Tiket.”
“Hah?” Biar betah dia ni. Dapat tiket terus lupa Fariz?
“Alah, ketinggalan zamanlah kau ni!” Lantas ditariknya aku masuk ke bilik. Aku yang tidak mengerti apa-apa terpaksa akur saja pada kehendaknya.Hati di dalam sudah merungut-rungut. Tak faham dengan kerenahnya.
“Nah, tengok sendiri,” arahnya sebaik tiba di tengah-tengah bilik. Dihulur tiket.Aku menyambut, membaca sepintas lalu. Pandang semula wajahnya sesaat kemudian.
“Konsert? Jumaat depan?”
“Konsert amal, sebab Jepun baru lepas tsunami.”Dia tersenyum bangga.
“Sampai buat konsert segala?”
“Ye la, K.R kan dari Jepun!”
“Hah?” Serius, aku makin tak faham dengan dia ni. Apa benda dia duk merepek ni? Frust sangat ke dengan Fariz, sampai tercabut dah wayar dalam otak tu?
“Alah... K.R! Takkan tak kenal!”Liza membentak, mula nampak geram.
Aku diam, cuba mengingat.Liza berdecit, makin tidak sabar.
“Alah... Kairuru la! Gitaris yang famous kat U ni! Kenal?”
“Ohh... Band Diamond?”
“Hah! Diamond!”
“Lah... patutlah...”
“Apa yang patutlah?”
“Patutlah kau sengih macam apa aje!”
Dia tersengih lebih lebar.
“Tak sabar nak tengok dia main gitar, Rish.” Tiket yang sekeping itu dipeluk-peluknya.
“Kairuru...” Dicium-ciumnya pula tiket itu.
Aku yang memerhati hanya mampu senyap. Kuatur langkah ke meja belajar, letak beg di situ. Bila berpusing, aku lihat dia sudah mula menari ala-ala ballet dengan tiket di tangannya itu.Haih... kalau dah fanatik tu...
Memang logik pun dia boleh lupa pada Fariz bila tahu Kairuru akan adakan persembahan. Kiranya sayang dia pada Kairuru jauh lebih banyak daripada Fariz la?Ceh!
Tapi bagus juga. Senang sikit hati aku, tak payah aku hadap lagi muka monyok dia tu.

DEMAM Kairuru semakin hangat menyelubungi kampus. Dalam masa dua hari saja habis semua tiket terjual. Iklan pula sudah mula bergantungan di merata tempat. Ke mana saja aku pergi, hampir setiap bibir menyebut nama gitaris terkenal itu. Malam itu pula sebaik saja tiba di perpustakaan, soal Kairurulah yang mula-mula sekali disebutkan Zara dan Ika.
“Kau pergi tak konsert tu nanti, Rish?”
Aku menggeleng. Serta-merta raut muka mereka berubah.
“Lah, apasal?”
“Bas aku Sabtu pagi. Lagipun kalau nak pergi konsert tu, kena ada tiket. Tak kuasalah aku. Simpan duit untuk bayar hutang lagi baik.”
Mereka terdiam bersama keluhan. Saling berpandangan, kemudian angkat bahu. Tiada kata sesudah itu. Mereka tarik kerusi dan duduk.
“Aku dengar Kairuru nak buat kejutan kali ni.”Sambil menyelak-nyelak buku Zara bersuara.Mendengarnya, Ika yang sedang membetul-betulkan tudung itu segera menoleh.
“Kejutan apa?”
“Ada orang kata, dia nak balik Jepun bulan tujuh nanti. Nak kahwin.”
“Hisy, gerenti populariti dia jatuh lepas kahwin nanti!”
Zara mencemik.
“Tak tentu jugak... selama ni pun bukannya ada orang tahu siapa dia yang sebenar. Elok aje dia famous. Tak ada pun yang peduli dia dah kahwin ke belum, handsome ke tak.”
“Diorang tu minat sebab skill dia...”
“Habis, dah kahwin nanti skill dia merosotlah?” Serentak Zara pandang Ika.
Ika terdiam, tersengih kemudiannya. Zara mencemik. Tapi belum sempat dia menyambung kata, tiba-tiba dia menoleh ke arah lain. Mekar terus senyuman di bibirnya.
My boyfriend is here!” Bahagia saja nadanya.
Tertarik perhatian kami spontan menoleh. Di pintu utama perpustakaan, kelihatan Shah melangkah masuk. Ringkas berjeans dan T-shirt. Ringkas juga gerak lakunya. Tapi entah kenapa, di mataku dia tetap kacak. Sekali lagi hatiku seakan-akanditawan olehnya.
Bagaikan sedar dirinya dipandang, lelaki itu menoleh ke arahku. Atau mungkin sebenarnya dia memangtengah mencari tempat kami berkumpul ini. Biarlah, aku tak mahu peduli. Kerana bila bertaut pandangan kami, adasenyuman mesra yang lelaki ituhadiahkan buatku.Senyuman yang mengisyaratkan perasaannya buatku.
Aku rasa seperti mahu saja bangun dari kerusi dan bergegas mendapatkan lelaki itu. Tapi bila memikirkan di mana diriku kini, aku pendamkan saja kehendak hati.
“Awak pergi tak konsert Diamond nanti, Shah?” Zara menyoal sebaik saja Shah tiba.
Terhenti pergerakan lelaki itu,teragak-agak dia letakkan buku di atas meja. Jelas riak terkejut di wajah, tapi dia segera mengawalnya lalu tersengih.
“Kalau ada masa, pergilah kut.”
“Alaa...kenapa tak pergi, Shah? Semua orang minat dia, tau?” Ika kehampaan.
Shah terdiam. Tersengih lagi, mati akal dengan soalan itu. Dia tidak terus menjawab sebaliknya menarik kerusi dan duduk. Sempat dia mengerlingku, bertanya dengan pandangan.
Aku senyap saja menghantar isyarat mata padanya. ‘Peminat Kairuru!’
Dia seakan faham lalu menoleh semula pada Ika.
“Sibuk sikit.”
“Ohh...” Serentak Zara dan Ika mengangguk.
“Nanti kitorang pergi tau, Shah?” Zara menambah.
“Oh, ya?”
“Haah. Bukannya selalu pun Kairuru tu ada.”
“Betul, betul.” Ika menyambut, makin teruja.
“Dia dah ada ni, takkan nak lepaskan peluang pulak.”
Shah mengangguk saja sambil tersenyum sendiri. Buku di atas meja dibelek-beleknya.
“Nanti Kkk...”
“Kita nak start kat mana ni?” pintas Shah tiba-tiba. Tenang, buat Ika terbantut kata.
“Erkk... mmm... terpulanglah.” Bertukar perlahan suara gadis itu, tunduk dan mula membelek buku. Malu agaknya, kerana Shah enggan melayan lagi.
Aku sendiri sudah mula bosan sebenarnya. Tak habis-habis dengan Kairuru. Mujur Shah cepat kembali pada tujuan asal pertemuan ini. Kalau tak, agaknya sampai ke esok pun perbincangan ini takkan sudah. Padahal kami masing-masing sedang sibuk dengan kerja lain.

LAMA-kelamaan, aku hanya jadi pemerhati bila Zara dan Ika nampak semakin menggedik dengan Shah. Ada saja yang nak ditanya, sampai melalut-lalut entah ke mana.Ke laut!
Geram aku dengan kerenah budak berdua tu. Yang Shah pula, mula-mula memanglah dia tak melayan. Tapi bila berkali-kali diasak, mengalah juga dia. Dilayannya semua soalan. Budak-budak tu pun apa lagi? Makin galaklah! Aku ni dah jadi macam tunggul pulak kat situ.
Dua tiga kali aku perasan, Shah mengerling aku. Aku lempar senyuman sinis pada dia, tanda hati tengah sakit.Seronoklah tu, kan? Ramai peminat!Hergh!
Aku selak-selak buku di hadapanku, cuba bersabar. Mahu kukembalikan mereka pada perkara pokok.
“Rasanya kita...”
Tiba-tiba Zara dan Ika ketawa, membantutkan ayatku. Pantas kupusatkan tumpuan pada mereka.
“Patutlah Rish tak takut nak ajak awak kerja sama-sama dengan dia waktu assignment dulu, Shah. Awak ni low profile orangnya...” puji Zara dengan suara yang sengaja dilunak-lunakkan.
“Bertuahnya kalau dari dulu lagi saya yang satu kumpulan dengan awak, Shah. Boleh kita study sama-sama... kat cafe... library...” Manja!
Yang Shah pulak senyum! Lebar pulak tu! Ergh!
“Haah, kan? Bertuah betul!” tambah Ika. Tak semena-mena bahu Shah ditamparnya.
Aku tergamam.Tersirap darah ke kepala. Shah pula terdiam, bertembung pandangan denganku. Aku ketap gigi kegeraman.Berani korang sentuh dia? Aku yang dah nak jadi bini dia pun tak pernah buat macam tu, weh!
“Err...” Aku cuba mencelah tapi terbantut lagi bila tiba-tiba Zara pula membuat aksi ayu di hadapan Shah. Merenung Shah sambil menongkat dagu.
Berderau darah aku dibuatnya.
Kemudian Zara bersuara dengan tubuh meliuk-lentok macam tak ada tulang. Aku dah tak boleh tahan lagi. Hati dah menggelegak. Panas!
Cepat-cepat aku capai buku notaku, kuhempas di atas buku rujukan. Kuhempuk pula pencil box di atasnya. Dengan hati yang bengkak kususun semua benda itu.
“Isya...”
“Isya?” Serentak Zara dan Ika memintas, seakan pelik.Ekor mataku melihat Shah mengangguk sedikit. Sebuah buku dari tanganku ditariknya, membuatkan perlakuanku terhenti. Kujeling tajam wajahnya.
“Dah nak balik?” soalnya.
“Kalau dah tak ada apa-apa lagi, baik saya balik ajelah. Kat bilik tu ada banyak lagi kerja nak disiapkan.”
Shah terdiam.
“Eksperimen tu nanti awak kena tolong saya, Shah. Saya lemah sikit topik Manometer.” Serius suaraku, sekaligus memberi kata putus.
Memang kami masih belum membahagi-bahagikan kerja sebenarnya, sebab Zara dengan Ika tak habis-habis duk keluar topik. Jadi daripada dibiarkan budak berdua tu memilih untuk berkerja dengan Shah, baik aku ikat awal-awal bakal laki aku tu.
“Okey.” Perlahan suara Shah.
Buku di tangan Shah kuambil semula, agak kasar. Segera kususunnya sebelum bingkas. Jeling Shah sekilas, hantar isyarat mata padanya.
‘Bersembang la puas-puas!’ Sesudah itu, aku pantas melangkah pergi.
“Awak panggil Farisya tu... Isya, Shah?” Sayup-sayup kedengaran suara Zara.
“Haah.” Shah menjawab, sayup-sayup juga suaranya.
“Kenapa bukan Rish?” Seakan mempertikai.
“Nama dia sama dengan nama adik saya. Nak senang ingat, jadi saya panggil dia dengan nama tu aje.”
“Eh, nak ke mana ni?” Zara dan Ika memintas serentak.
“Balik.”
“Hah?”
“Saya pun tengah sibuk jugak sebenarnya ni. Lagipun rasanya, dah tak ada apa lagi yang kita nak bincang, kan?”
Dengar saja ayat tu, terus aku luaskan lagi langkah aku.Tiba di bilik locker, aku keluarkan beg. Sumbat buku-buku ke dalamnya, zip, sangkut beg ke bahu dan segera berlalu dari situ.
“Isya.” Panggilan Shah kedengaran sebaik saja kakiku melepasi pintu. Tak kupeduli sebaliknya makin meluaskan langkah.
Tak sampai sesaat, dia sudah memintas dan berhenti menghadapku. Terhenti langkahku, lempar jelingan tajam ke wajahnya.
“Dah? Habis dah sesi suai kenal?”
Melirik senyuman nakal di bibirnya.
“Cemburu, sayang?” Separuh berbisik suaranya. Waktu tu juga aku paling wajah darinya.
“Menyampah!” Terus pergi dari situ.
“Balik dengan saya, Isya.”
Aku buat tak tahu.
“Isya!” laungnya pula hingga tertarik seluruh perhatian ke arah kami.Dah kuagak, dia kalau bab-bab memaksa memang handal!
Mati jugak sudahnya langkah kaki aku. Dalam jelingan tajam, aku berpusing pandang dia. Tapi dia selamba cuma. Bahkan di bibir dia waktu ini, ada senyuman nakal yang bermain-main. Senyuman yang memberi maksud, kuasa veto ada di tangannya. Jadi aku jangan sesekali cuba membantah!
“Jom, balik dengan saya,” ungkapnya sebaik tiba hampir denganku.
Waktu itu juga aku perasan, mata-mata yang memandang kami mula nampak curiga.
“Kalau tak, sekarang jugak saya umumkan yang kita akan kahwin waktu midtermbreak nanti.”
“Shah!” bentakku, sakit hati diugut-ugut begini.Dia angkat sedikit sebelah kening.
“Awak belum sedia nak bagitau semua orang, kan? Tapi saya okey aje, lagi saya suka.”
Aku senyap, ketap gigi merenungnya.
“Jom, sebelum saya buat announcement.”
“Tahu pun diri tu dah nak kahwin, tapi layan jugak lagi perempuan tu semua!”
“Kita bercakap dalam kereta, Isya. Dekat sini semua orang tengok.” Tenang pintasnya.
Aku terdiam.
“Jom.” Masih tenang, tapi nada memerintah jelas kedengaran di situ. Tanpa menanti jawapanku, dia melangkah ke keretanya yang terparkir di hadapan perpustakaan.
Shah yang menyakitkan hati itu sudah muncul kembali. Ergh!
Ikutkan rasa, nak saja aku buat tak tahu pada arahan dia. Biar dia pulak yang sakit hati!Tapi bila memikirkan semakin banyak mata yang tajam menjelingku, aku jadi serba salah. Nak tak nak, terpaksa juga aku akur pada Shah.
*******


~BAB 15~

KERETA yang dipandu lelaki itu meluncur di atas jalan raya kampus pada kelajuan sederhana. Perpustakaan sudah semakin jauh ditinggalkan. Tapi suasana lengang terus juga menyelubungi kami. Aku sendiri enggan membuka mulut.
Biarkan. Kalau dia sedar diri, dia dulu yang akan mulakan. Bukan aku!
“Diorang yang kacau saya, Isya.” Tenang nada Shah memecah kebisuan. Seakan-akan dia dengar pula pekikan-pekikan provoke dalam hati aku.
Aku menoleh ke arahnya tapi sekilas cuma. Kulontar semula pandangan ke luar kereta. Berpeluk tubuh.
“Memanglah diorang yang kacau awak. Tapi kalau awak tak melayan, tak adanya diorang menjadi-jadi.”
“Awak tak percayakan saya?”
“Bukan masalah percaya ke tak, Shah!” pintasku tegang. Wajahnya kurenung tajam.
“Tapi awak tu. Nampak sangat awak seronok bila diorang menggedik macam tu.”
Dia tak menjawab sebaliknya tersenyum sendiri. Seakan tidak terkesan langsung dengan apa yang cuba kusampaikan. Hangat hati aku dibuatnya, lantas kuzahirkan dengusan kasar. Kembali pandang ke luar tingkap.
Ikutkan hati, nak saja kutumbuk-tumbuk bahunya. Biar dia tahu betapa sakitnya hati aku ni. Tapi terpaksa kutahan saja rasa marah. Tak berani aku nak beraksi dramatik dengan dia. Silap-silap nanti dipeluknya aku. Hah, naya!
“Cemburu, Isya?”
Aku jeling wajahnya, tak suka bila dia menyoal begitu.
“Kalau saya buat macam tu dengan lelaki lain, awak sukalah?” Tegang. Bila dia tidak menjawab, aku mendengus geram.
“Tak apa. Esok saya pergi cari mamat Bangla, buat kawan saya bersembang.”
Dia tidak juga menjawab, sebaliknya tersenyum sendiri. Makin hangat hatiku.
“Shah!”
Kian lebar senyuman di bibirnya. Dia menggeleng-geleng penuh erti.
My sweetheart dah mula cemburu...” Terlalu perlahan, seolah bisikan saja di ruang dengarku. Tangan kanannya yang direhatkan pada tingkap itu mengusap-usap sedikit rambutnya.
“Perasaan apa yang sedang aku rasa ini, ya Tuhan?”
“Jangan nak main-mainlah, Shah!”
“Mana pulak saya main-main?” Bersulam tawa sambil mengerlingku sekilas.
“Saya cuma terasa ada orang sayang saya...” Lembut dan kali ini sedikit dalam suaranya. Aku mengeluh. Berpeluk tubuh dan kembali memandang ke luar tingkap.
“Sakit hati saya bercakap dengan awak, Shah.”
Dia tertawa halus sebelum akhirnya menzahirkan sebuah dengusan halus.
“Okeylah... bagitau sekarang, sayang. Abang nak dengar.”
Orang tengah bengang ni, dia boleh lagi nak mengada-ngada macam tu. Boleh tak dia faham yang aku tengah sakit hati ni? Hah?
“Isya... kalau awak senyap macam ni, saya takkan tahu apa salah saya,” panggilnya setelah beberapa ketika.
Aku senyap lagi.
“Kalau awak tak suka saya layan kawan-kawan awak tu, memang saya tak layan diorang pun sebenarnya tadi. Lagipun kita jumpa diorang kan atas urusan kerja...”
“Pada awak memanglah atas urusan kerja, Shah. Pada diorang?” jelasku.
Shah senyap.
“Diorang tu bercakap manja-manja macam tu. Saya yang dah nak kahwin dengan awak pun tak pernah buat macam tu bila dengan awak. Diorang tu sengaja nakkan perhatian awaklah, itu pun awak tak nampak lagi ke?”
“Diorang yang nak mengada-ngada macam tu, Isya. Bukan salah saya.”
“Habis tu yang tadi awak pergi layan semua soalan diorang tu kenapa?”
Dia tidak terus menjawab, sebaliknya mengukirkan sebuah senyuman penuh erti. Hinggap kerlingannya di wajahku.
“Sengaja nak buat awak marah.”
Mencerlung renunganku.
“Sebab bila awak marah, awak akan pergi dari situ. Meeting akan habis. Saya pun boleh mintak diri, tak payah tunggu lagi kat situ.”
Aku terdiam. Sesaat begitu, dia lepaskan satu nafas dalam.
“Mula-mula tadi memang saya ingat nak buat derk aje bila diorang tanya macam-macam... tapi makin lama, saya tengok diorang makin melalut. Sampai saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Sudahnya terpaksalah saya jawab soalan-soalan tu semua. Sekurang-kurangnya awak ada dengan saya tadi. Boleh awak tolong saya habiskan meeting tu cepat.”
Aku terdiam lagi.Terukir senyuman di bibirnya, penuh erti. Dia memandangku sekilas.
“Isya...” Lembut suaranya memujuk, sebelum akhirnya dia mengeluh halus. Dia usap-usap sedikit belakang tengkuknya.
“Okeylah, macam ni. Jadi isteri saya cepat, Isya. Lepas tu kita umumkan pada semua orang yang kita ni masing-masing dah berpunya. Biar tak ada lagi dah perempuan yang kacau saya. Mmm?”
Aku senyap juga. Daripada nadanya itu, dapat kurasakan yang dia sememangnya sejak dulu lagi jadi tumpuan para gadis di kampus ini. Bererti apa yang aku rasa selama ini memang bukan khayalan. Memang gadis-gadis itu semua berbulu mata melihat aku mendampingi Shah.
Tiba-tiba aku terasa betapa goyahnya kedudukan aku di sisi lelaki itu. Aku ini biasa-biasa saja. Mana pernah jadi perhatian pelajar lelaki di kampus ini. Rapat dengan Shah pun cuma kebetulan- disebabkan assignment dulu.
“Isya...”
Berderai lamunan. Bertembung sesaat pandanganku dengan Shah sebelum dia kembali memandang hadapan.
“Kita dah nak kahwin pun...kalau awak ragu-ragu dengan saya, masalah nanti...”
Aku diam. Dia kerling lagi diriku.
“Percayakanlah saya... mmm?” Dalam suaranya, kali ini mula mampu menggetarkan hati. Aku senyap, segera larikan anak mata darinya. Kemudian berpeluk tubuh untuk mengawal perasaan.
“Kalau betul awak tak nak layan, awak boleh berterus-terang aje tadi, Shah. Biar diorang faham.”
“Okey, lain kali saya buat macam tu.”
Senyap.
“Isya...” Sedikit nada rayuan di situ, menggoncang perasaan. Sesak hati aku mendengarnya. Aku mengeluh, pandang dirinya semula.
“Okey, tapi janji jangan ulang lagi macam tadi.”
“Iya, sayang...”
Aku terdiam. Bila dia mengalah walau nyata bukan salahnya, timbul pula rasa kesal dalam hati. Aku sedar dia memang tidak melayan Zara dan Ika tadi. Dia juga nampak berusaha untuk mengelak dari menjawab soalan-soalan mereka sewaktu di awal-awal perbincangan.
Tapi cara dua gadis itu yang buatkan aku geram. Kulepaskan pada Shah kerana aku mahu dia menjauhkan diri dari perempuan-perempuan itu semua. Atas dasar kerja pun dia perlu ringkaskan urusan. Tak boleh mesra-mesra, tak boleh bergelak-gelak melampau.
Teruk sangat ke cemburu aku ni? Tak profesional?
Ah! Memang aku cemburu, tapi aku masih dikira profesional. Kalau gadis-gadis itu semua tahu bagaimana cara berurusan atas dasar kerja, takkan jadi macam tadi. Hati aku pun takkan jadi sesakit ini!
Baru aku tahu, rupa-rupanya lelaki yang sedang aku dampingi ini bukanlah lelaki biasa yang aku kenal selama ini. Penerimaan terhadap lamarannya tempoh hari seolah jadi tanda kesediaan aku untuk jadi lebih penyabar. Selepas ini, entah apa lagi berkenaan diri sebenarnya yang perlu aku hadap.
Sungguh, terlalu mencabar semua ini. Aku sendiri tak pasti, boleh atau tak aku bertahan.
“Isya.”
Berderai lamunan. Aku pandang wajahnya.
“Awak ada nak bagitau apa-apa lagi ke?”
Aku terbungkam. Dalam diam, aku bertanya-tanya sendiri. Kenapa terlalu mudah dia membaca hatiku? Hinggakan setiap apa yang terkandung dalam benakku dapat dibacanya.
Kulepaskan keluhan, jatuhkan anak mata pada pangkuan. Kuleraikan tangan yang memeluk tubuh.
“Susah rupanya berkawan dengan awak, Shah. Selama ni saya tak tahu pun awak ada ramai peminat walaupun awak jenis yang repeat paper.” Perlahan suaraku.
“Jangan fikir macam tu, Isya.”
Aku senyap.
“Saya dah ada awak, kan.”
Kata-kata itu hanya kusambut dengan senyuman kelat.
“Kalau saya nak layan, dari dulu lagi saya dah boleh buat macam tu.”
“Habis, selama ni awak tak layanlah?” Sedikit sinis. Aku pandang wajahnya.
Dia tersenyum nipis sebagai jawapan. Aku senyap, tak pasti mahu percaya atau tidak.
“Saya tunggu orang yang betul-betul jujur,” keluhnya halus.
“Orang lain tu tak jujur?” Sinis juga.
Dia angkat bahu, tanda mengiyakan.
“Awak terima saya walaupun awak tahu banyak kekurangan saya. Tak macam yang lain-lain.”
Aku tersenyum bersama gelengan sinis. Entah apa tujuan Shah memuji hingga sebegitu. Hanya mahu mengambil hati mungkin. Huh, manis juga mulut dia rupanya.
Tapi tadi bila dia maksudkan gadis-gadis lain itu mahukannya kerana kelebihan yang ada padanya, bererti ada lagi perkara yang belum aku tahu tentang dirinya. Entahlah, memang lain betullah Shah ni. Berbolak-balik hati aku ni kadang-kadang. Betul ke aku nak hidup dengan dia? Tak takut?
“Kita boleh berkenalan lepas ni, Isya.” Kata-kata Shah mematikan lamunan. Sekali lagi. Dia bagaikan tahu apa yang sedang mengganggu benakku.
Dia mengerlingku lagi. Tersenyum nipis.
“Cuma sekarang ni saya nak awak percayakan saya. Insya-Allah, semuanya akan jadi lebih mudah bila macam tu.” Tulus kedengaran permintaan itu, mengusik tangkai hatiku.
“Boleh, Isya?”
Tatapannya kubalas.
“Bila kita dah ada ikatan nanti, entah-entah lebih mencabar dugaan untuk kita. Jadi bermula sekarang, kita kena saling percaya.” Senyap sesaat. Dia mengeluh halus dan dengan satu nafas meluahkan.
“Awak untuk saya, saya untuk awak. Bukan orang lain, sayang.” Bergetar suaranya, romantis.
Berderau darahku.
“Percayakan saya. Mmm?”
Aku senyap juga. Dia ikut membisu, seolah menanti jawapanku. Beberapa ketika begitu, akhirnya aku zahirkan anggukan.
“Saya percaya awak, Shah.” Perlahan suara.
Dia tersenyum, penuh erti.
“Nampaknya sekarang saya dah kena mula belajar memujuk.”
Hangat wajahku tapi segera kuselindung.
“Mengada-ngada.”
Dia tertawa, halus meresap ke dasar perasaan. Menjentik tangkai hati. Aduhai...
Memang. Memang aku makin lama makin tidak betah untuk duduk lagi dengan dia di dalam kereta ini. Lantas aku pandang wajahnya yang terus tenang memandu itu.
“Shah.”
“Iya, sayang?”Dia mengerlingku bersama senyuman lembut.
Hisy... kenapa mudah sangat cair bila dengar dia bersuara macam tu? Tak boleh jadi ni! Fokus, Farisya! Fokus!
“Tolong hantar saya ke library balik.”
“Kenapa?” Berkerut sedikit dahinya, buatkan aku teragak-agak.
“Sebenarnya malam ni saya bertugas. Ganti orang lain sebab dia ada test.”
“Habis tu tadi kenapa cepat sangat nak balik?”
Aku terdiam, tertunduk sedikit.
“Saya tak suka tengok awak dengan perempuan lain, Shah...” Perlahan. Hangat wajahku. Nyata, aku semakin gagal membendung perasaan sayang terhadapnya.
Untuk seketika, senyap antara kami. Tapi aku dapat rasakan dia sedang tersenyum. Makin malu kurasakan.
“Kalau macam tu, saya temankan awak bertugas malam ni, Isya,”
Pantas kuangkat wajah. Bagai faham maksudku, dia tersenyum lagi.
“Kita belum berbincang dengan keluarga, kan?” Selamba.
Aku terdiam semula, baru mengingati perkara itu.
“Esok saya dah mula sibuk, sampai Jumaat depan. Kalau bertangguh lagi, takut nanti keluarga awak tak nak terima.”
Aku senyap juga. Bila ingatan tertumpu pada keluarga di kampung, berdebar tiba-tiba jantungku. Takut pula rasanya untuk berterus-terang dan meminta mereka membatalkan majlis pertunangan itu. Tidak sanggup kubayangkan apa yang akan berlaku jika mereka enggan menerima Shah.

Jauh di dalam hati, rasa tak sanggup berjauhan dari Shah itu semakin kuat menyelubungiku.

21 861 komen:

Nurul Fatin Farhanah Anuwar said...

Akk cpt sambung!! Saya peminat setia nmbr 1 akk!! Hehehe... harap harap keluarga farisya terima shah... . Akk mmg terbaiklah!!!!! ^____^

Siti Hanisah said...

Wahahaa...

Terima kasih banyak2. ;)

Okey2. Insya-Allah akak akan usahakan supaya boleh cepat siap.

Anonymous said...

ah!!! bila diorang nk kawin mesti sweet...
hope kluarga sya dapat terima.. nk lagi!!! ^_^
»yasmin«

Siti Hanisah said...

Hehe.

Okey, insya-Allah nanti saya update... ;)

Anonymous said...

tak sabar nk tnggu novel ni di bukukan
cepat siapkn manuskrip.. wish u luck!!
«yasmin»

Siti Hanisah said...

Hehe..

InsyaAllah..
tengah usahakan.
Terima kasih menyokong. ;)

Audra Sazreena said...

Saya dapat tau Shah di kampus saya tu sekarang ni senior manager di sebuah syarikat oil and gas. Dah berkahwin, anak 3. ;) Kalau ada reunion hopefully ada rezeki jumpa dia.. tapi tak tau bila.

Siti Hanisah said...

Ooo...

Oil and gas?
Hmm..
shah dalam ni stdnt chemical engine.

Safiah Ahmad said...

Hailaaa Zara...... Jgn la gediks cm sotong....x de tulang. Ooohhooo..... Sya...u punya jeles memang x leh control.......tahap gaban tuh..... Tunang trus kawen la... cenggitu.Ha ha ha

Siti Hanisah said...

Haha...
nasebla Shah
dpt Sya yg cmburu mcm tu

baby mio said...

Best nak lagi.

Siti Hanisah said...

Okey. InsyaAllah nnt sy update ;)

Audra Sazreena said...

Shah ni dulu kalau tak silap saya budak business. Dah lama sangat, payah nak ingat kalau tak sama sekolah.. hehehe..

Siti Hanisah said...

Oo...
Hehe. Tapi seriously, sbnarnya sy tkjut sbb blh ad kbtulan yg mcm ni.

Audra Sazreena said...

Nama pun kebetulan. Takde kena mengena dengan yang hidup atau dengan yang mati kan. It's interesting to find out such coincidence kan. Buatkan saya terimbau-imbau zaman di kampus.
Kat kampus saya, semua fakulti dipanggil sekolah. So ada kalanya bila kita ambik subjek elektif, kita kena pegi ke sekolah di mana subjek tu ditawarkan. Contohnya, saya budak computer science, tapi ada ambik business law as elective, so kena pegi kat schoool of business admin untuk lecture. Tapi kadang-kadang aje sebab ada masanya lecturer yang akan pegi ke sekolah Comp Sci. Macam tu jugak dengan subjek lain. Dan ada sesetengah subjek tu ditawarkan pada semester yang tertentu aje. So kalau ada common subjects macam Calculus, Discrete Math, time tu la student dari sekolah/fakulti berbeza berkumpul dalam satu batch yang sama.

Memang best zaman tu sebab macam-macam perkara berlaku kan. Yang manis yang pahit, yang masam, yang kelat, yang indah... tapi memang Shah awak ni buatkan saya digamit memori dulu-dulu pada Shah di kampus saya tu lah!! hehehe..

Siti Hanisah said...

Hahaha...

Nostalgia betul. Sweet je saya 'dengar' hehe

SYA said...

sweet sangat...

normisyar abdul ghani said...

Pandai syah mmujuk. Awal2 nampak mcm beku je...

baby mio said...

best x tunggu bulan depan.

Shaze Alma said...

Haha macam ais ek? Biase la tuu..

Shaze Alma said...

Lg 4 ari. Hahaha...

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.