Friday, 13 November 2015

Speed Metal Romantic Bab 2



SUASANA kelas terus lengang-bangang. Masing-masing pandang keliling, masing-masing berbisik. Mencari-cari muka yang dirasakan baru pertama kali wujud dalam kelas ni. Sesekali ada mata yang hinggap pada aku, tapi tak lama. Dibawak pergi pandangan, cari pulak kat tempat lain. Kira okeylah tu.
Yang jadi masalahnya, mamat kat sebelah aku ni macam dah confirm gila dengan status sebenar aku. Cara dia jeling tu macam nak bagitau aku yang sekarang ni giliran dia balas dendam.
Sekali lagi aku telan liur. Buat-buat tak perasan jelingan dia, aku buka buku atas meja aku. Disebabkan subjek Geotechnical Engineering ni rentetan dari subjek Soil Mechanics aku tu, jadinya kitorang guna buku rujukan yang sama. Sekurang-kurangnya taklah ketara sangat yang aku ni pendatang haram dalam kelas ni.
“Tak ada yang nak mengaku diri tu alien?” Pensyarah tu bersuara. Dah, alien pulak dah dipanggilnya aku.
Seluruh kelas senyap sunyi.
“Okey, tak apa.” Sinis nada pensyarah tu.
Aku baru aje nak tarik nafas lega. Tapi bila tengok aje dia ambik balik attendence list dari tangan student, aku tahu memang pensyarah ni jenis yang tak cukup akal punya orang.
Apahal la dia ni kecoh sangat? Aku tersalah masuk kelas aje pun, itupun sebab hari ni hari pertama kuliah bagi aku. Adatlah kalau silap sikit-sikit. Tapi gaya dia tu, macam aku ni baru hantar ugutan bunuh ke dia aje. Tak boleh ke dia mengajar aje macam biasa?
“Saya tak suka student berkongsi tempat sebab meja awak tu bukannya besar mana.” Sambil menghala ke whiteboard pensyarah tu bersuara.
“Nanti awak nak kena letak reference book kat atas tu... kalkulator... pencil case... bla... bla... bla...” Berhenti kat situ sambil mencapai marker pen.
Dia lukis rajah satu petak besar. Dalam petak tu ada pulak petak-petak lebih kecil yang disusun berdua-dua. Aku tahu, tu pelan kelas ni. Yang petak-petak kat dalam petak besar tu meja. Maknanya dia memang serius nak tahu, alien tu duduk kat meja mana.
“Nanti barulah semua benda nak terjatuh. Bising dan sangat-sangat menyakitkan hati. Lama-lama saya pun tak boleh concentrate mengajar.” Dengan ayat tu, dia selesai melukis. Sekali tengok, sebijik aje gambar tu dengan sawah padi kat kampung aku.
Macam ni ke civil engineer yang berPhD lukis pelan kelas?
Heh, buat malu keturunan betul.
“Adira Abdul Jamil?” panggil pensyarah tu sambil berpusing menghadap pelajar. Mata pandang senarai nama di tangan.
“Saya.” Satu tangan naik ke udara.
Pensyarah tu menoleh, pastikan kedudukan meja student tu lepas tu pangkah petak meja yang terlukis di papan putih.
Aku jadi tak senang duduk balik.
“Ahmad Syazwan?”
“Saya.” Satu lagi tangan naik.
Dia pangkah pulak satu petak lain. Sah, memang aku takkan boleh lari lagi dah.
Sudahnya aku menoleh pada mamat sebelah. Tak tahu nak buat apa lagi dah.
Sedar kelakuan aku, mamat tu ikut jeling aku. Tajam, dan dia macam dah faham maksud aku. Makin teragak-agak aku dibuatnya, terpaksa sengih untuk kawal.
“Tt... tolong saya?”
Dia diam.
“Saya nak keluar dari sini tapi tak tahu macam mana.”
Diam.
“Saya ingatkan ini kelas Soil Mechanics, sebab sem lepas kelas tu kat sini...” Tertahan ayat bila dia tiba-tiba alih mata dia dari aku.
Dia pandang tulisan dalam buku dia, selak ke muka surat seterusnya. Ada riak-riak senyuman pada bibir yang dia cuba sorokkan. Senyuman nakal yang cukup buat aku tak senang duduk.
“Kenapa?” soalku.
Dia cuba seriuskan muka dia tapi sudahnya tersenyum jugak, tak boleh tahan lagi. Dan ada lekuk terbentuk di pipi kiri dia. Dia tolak sikit kaca mata dia, kemaskan letaknya.
“Keluar ajelah kalau nak.” Selamba nada dia sambil mata terus berpusat pada buku.
Aku telan liur.
“Tak ada orang larang.”
“Tapi saya seganlah... mesti semua orang pandang.”
Dia diam.
Aku tebar pandangan ke seluruh kelas. Pensyarah terus memanggil nama-nama, dan tangan-tangan pelajar terus bergilir naik ke udara. Petak-petak meja di papan putih dah dekat separuh dipangkah.
“Merangkak.”
Aku terdiam, kembali pandang mamat tu.
Dia toleh ke pintu belakang dewan.
“Merangkak keluar ikut situ, tak ada orang akan nampak.”
Aku terdiam lagi, telan liur. Mesti buat macam tu ke?
“Kenapa?” soalnya.
Aku pandang balik mamat tu. Dia angkat kening, dan senyuman nakal di bibir dia nampak makin ketara.
Aku tahu, dia sebenarnya tengah menjalankan misi balas dendam dia tu. Tapi dengan cara halus. Masa aku tengah merangkak keluar nanti, entah-entah dia akan rakam. Pastu upload video tu merata-rata. Bila aku persoalkan, dia akan kata yang dia cuma nak tolong famouskan aku.
Ye la, memanglah besar kemungkinan yang ‘strategi’ tu menjadi. Seluruh negara akan kenal aku lepas ni. Tapi serius cakap, aku lebih rela tak dikenali dowh kalau dah itu caranya.
“Dah empat puluh meja dia pangkah tu.” Suara mamat tu kedengaran, mengingatkan.
Aku mengeluh, makin lemah mendengarnya. Aku pandang lagi mamat tu, cuba mintak dia carikan idea lain.
Dia jeling lagi aku tapi tak setajam tadi. Berpandangan kitorang sesaat dua, dan dia terus menanti kata putus aku. Tapi aku tetap tak berani nak bereaksi apa-apa. Dalam kepala, terus jugak terbayang-bayang video aku terhendap-hendap merangkak yang akan jadi viral tak lama lagi.
Tergelak mamat tu tiba-tiba.
Aku terdiam pandang dia, terpinga-pinga.
Dia menggeleng-geleng. Pandang balik buku dia sambil menyelak lagi helaian muka surat. Sesaat, dia tergelak lagi. Lebih galak, dan dia menggeleng-geleng lagi.
“Apasal ni?” Tak senang hati aku dibuatnya. Tak tahu apa sebenarnya yang dia fikir.
Dia kerling aku. Aku tajamkan renungan, hantar amaran mata supaya dia berhenti. Semacam faham, dia mengeluh untuk sudahkan gelak. Tapi senyuman terus jugak bermain-main di bibir dia.
“Nak keluar tu keluar ajelah... tak adanya saya nak rakam buat video...”
Aku terdiam.
Dia menggeleng-geleng lagi. Makin tersenyum.
“Senang je la nak baca fikiran orang-orang macam awak.”
Orang-orang macam aku? Aku ni jenis orang yang macam mana pada mata dia?
Typical girl yang suka fikir negatif pasal lelaki.” Selamba dia jawab soalan benak aku, tapi jelas benar nada mengejek kat situ.
Hangat hati aku.
“Macam lecturer yang kat depan tu, tak cukup kromosom. Macam tu la awak.”
Bertuah punya mamat!
Aku campak buku rujukan aku pada dia. Dia terkejut, cuba elak tapi tak sempat. Buku hempap kuat bahu dia dan dia tergelak mengaduh. Entah apalah yang dia seronok sangat!
Makin sakit hati aku dibuatnya. Malas melayan lagi, aku tunduk. Kutip buku yang tersadai di lantai.
Nampak gayanya, kena jugak aku merangkak keluar dari sini. Takde jalan lain lagi. Lagipun kalau lebih lama aku duduk sini, lebih teruk mamat tu kenakan aku. Silap-silap nanti terperangkap pulak aku dalam kelas ni. Tak pasal-pasal tambah malu aku nanti.
“Okey, ni nama terakhir dalam list ni. Zulkhairul Fikri?”
Serta-merta mati gelak mamat tu, pandang pensyarah lepas tu angkat tangan. “Saya.”
Hah, itulah pulak namanya pun! Patutlah akal dia panjang gila mengenakan aku!
Zulkhairul Fikri. Yang mempunyai sebaik-baik fikiran. Kalau dia jadi perisik pun takkan ada siapa boleh tahu. Hergh!
“Eh, yang kat sebelah awak tu siapa duduk?”
Soalan tu buatkan aku yang masih tunduk tu terus terjun ke lantai.
Gedegang! Kepala terhantuk kerusi mamat tu tapi aku tak peduli. Menyusup masuk bawah meja dan terus kecilkan diri. Aku gosok-gosok kepala yang berdenyut. Waduh... sakitnya!
“Bunyi apa tu?” Pensyarah tu bertanya lagi.
Mamat tu jeling aku yang di bawah meja. Aku geleng kepala. Buat isyarat tangan, isyarat merayu.
“Saya tersepak meja.” Perlahan suara dia. Teragak-agak pandang balik pensyarah tu.
“Bukan tadi semua meja dah penuh ke?”
Dia teragak-agak, kerah akal cari helah. “Err... tak adalah, mana ada.”
“Habis tu tadi siapa duduk situ?”
Dia terdiam, mula nampak mati akal.
“Siapa? I’m asking you, Khairul!
“Bunian!” Terpacul sudahnya.
“Hah?” Dengan pensyarah, dengan students, semua terkejut. Bergegar satu dewan.
“Betul, betul. Mana ada siapa duduk sini. Bunian la tu. Tak pun jin. Jin Ifrit.”
Haila... tadi diorang panggil aku ni pendatang haram. Pastu alien. Ni dah jadi jin bunian segala tok nenek. Kesian mak bapak aku, letih-letih cari nama untuk aku tapi sudahnya ini jugak yang diorang gelar.
“Habis tu tadi kenapa tak bagitau yang meja tu kosong?” Suara pensyarah tu kedengaran mendekat. Dia tengah menghala ke sini, nampak sangat yang dia curiga.
Aku cemas. Cepat-cepat tarik jeans mamat tu. “Awak!”
Faham maksud aku, mamat tu bangun dari tempat dia. Beralih kat kerusi aku. Buku-buku dari meja sebelah dia tarik, penuhkan tempat dia yang sekarang.
“Tadi saya pun tak tahu yang dia tu sebenarnya jin. Jadi saya biarkan.”
Then?
“Bila sir panggil nama saya, tiba-tiba jin tu hilang. Macam sekarang ni la.”
Pensyarah tu diam. Aku boleh nampak kaki dia yang berhenti betul-betul dekat dengan meja kitorang.
Seriously? Ada jin dalam kelas ni?” Bengong aje bunyi soalan tu. Sah, mati katak aje dia kena temberang.
“Ada, sir. Besar, warna hitam, muka ngeri. Kat belakang sir tu pun sebenarnya ada yang tengah bergayut sekarang ni.”
Pensyarah tu terdiam.
“Ye la, benda-benda macam tu memang tak suka kalau orang kacau tempat dia. Apatah lagi kalau cuba halau dia. Berdendam dia nanti, haru-biru hidup manusia dikerjakannya.”
Pensyarah tu terdiam lagi.
Mamat tu mula kemas-kemas barang atas meja.
“Kalau sir tak kisah, saya boleh seru jin tu tunjukkan diri dia depan sir.”
Okay, never mind.” Dengan ayat tu, terus pensyarah tu pergi.
Aku terdiam. Dah, itu aje?
Mamat tu ikut terhenti dari memasukkan buku dalam beg. Pandang pensyarah tu yang makin jauh ke depan dewan.
Okay, class. Kita sambung topik minggu lepas.” Lain sikit suara pensyarah tu aku dengar. Macam cuba kawal dari menggigil.
Mamat tu diam jugak, macam fikir sesuatu.
“Pasal meja tu, nanti saya mintak technician tambahkan satu lagi meja baru. Kita tak payah kacau tempat jin tu, bahaya.”
Tiba-tiba ada senyuman jahat bermain-main di bibir mamat tu.
Aku terdiam. Dapat rasa ada yang tak kena.
Mamat tu koyak sehelai kertas. Keronyok, gumpal, lepas tu baling ke arah pensyarah.
“Hantuuu!!!” Bergegar dewan dengan pekikan pensyarah tu. Waktu tu juga aku terdengar bunyi orang berlari ke pintu.
Seluruh kelas tercengang termasuk aku.
“Hantu! Hantu! Hantu!” Makin sayup-sayup suara pensyarah tu memekik.
Entah ke mana-mana dah ditujunya.
“Hantuuu!!!”
Tergelak mamat tu sudahnya, tersandar kat bangku.
Makin tercengang aku yang kat bawah meja tu.

Berani gila dia bahan pensyarah dia sendiri?

14 861 komen:

Anonymous said...

hadoi smput sy gelak kak.mmg terrrbaikkkk.. - anis

Mika M said...

woosh.. 1st time dtg cni n trus jtuh cinta. cpat update writer! xsbar nih..hehe<3 <3 <3

Anonymous said...

Besttt hahahah sengal je. Tapi tak puas bacaaa rasa cam pendeknya T___T haha nak lgii panjang2 hehe

Ryia Sakura said...

Adoi...gelak sakan baca.

Ain [Yeyen] said...

Huhuhu..Kak..Nk baca Kahwin dengan dia?..Huhuhu

Shaze Alma said...

Hokeyh.. bru skrg smpat dtg sni. Sbuk giler kut mggu ni. Sorry lmbt reply huhu
Ok, pe pun trm ksh bnyak tau? ^ ^

Shaze Alma said...

So slmat dtg! Jmput la dtg lg. Hehe.. ;)

Shaze Alma said...

haha. Xprasan plak, skit rupenye..
Ok xpe. Nnt sy try panjangkan skit entry. Tqvm! ^ ^

Shaze Alma said...

xpe2. Mamat tu mmg gitu. Sabo je la hahaha

Shaze Alma said...

Ok akak da agak, follower ashriq akn tuntut hak punye. Haha..
Ok2 tp xpe. Akk usahakan sambung citer tu. Tp akk kena bersemangat luar biasa sikit la sbb ashriq tu sengal tahap mintak side kick. Ceh!
P/s: trm ksh tlg igtkan akk. ;)

Shaze Alma said...

InsyaAllah kalau ada rezeki, sy update setiap jumaat. So.. jgn lupe booking tarikh tu!
Haha
Xde la gurau je ;)

cayla iman said...

Haha hadoiii sakit perut gelak..updat cepat kak shaze😘😘

cayla iman said...

Haha hadoiii sakit perut gelak..updat cepat kak shaze😘😘

Shaze Alma said...

Haha... wokeyh akk usahakan tulis laju2, insya-Allah

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.