Friday, 20 November 2015

Kahwin Dengan Dia? (Bab 6)

Assalamualaikum. Hai! :D

Minggu ni kita rileks japp Speed Metal. Biarkan pensyarah tu terus berlari-lari dikejar hantu! Hoyeah! ;) 
Atas permintaan, minggu ni layan Kahwin Dengan Dia. 

Saya tengah berfikir-fikir, macam mana jalan yang sesuai untuk saya gilir-gilirkan citer yang ada ni. Sebab Speed Metal pun ramai gak yang request cepat update nih. Nak kena update dua kali seminggu ke? Ke seminggu sekali tapi gilir-gilir? Korang tak keliru ke baca dua citer serentak? Hmm... O_o

Boleh drop komen ar, bagi saya pendapat ato idea. Saya pun memang tengah tak berapa nak boleh pikir nih. Nak-nak lagi kalo bab-bab idea. Sibuk gila akhir-akhir ni, mengalahkan menteri tu ko.

Tak pun kalo malu nak tulis komen kat bawah ni, boleh PM kat fb. Wassap? Hehe, I belum bersedia... kuikuikui

Anyhow anyway...
Ni Chapter 6 Kahwin Dengan Dia?
Sorry giler weh pada yang lama sangat tunggu sambungan citer ni.
Enjoyyyy...

P/S: Semalam lecturer bagi saya award the best group leader n report, weh... (Saje nak kepoh. Setakat merelease tension lepas berhempas-pulas-guling-guling-tonggeng menyiapkan kerja. Selepas dua tiga kali saya mengamuk kat budak-budak group saya tu sebab buat kerja macam gaya orang tengah mintak pelempang. Teruk diorang kena smackdown, sampai saya rasa saya ni dah macam king kong je hah. Kahkahkah)

*******


“MAK, Ina nak keluar kejap,” sapa Salina sebaik saja tiba di dapur.
Siah yang sedang membelek-belek acuan kuih bahulu itu segera menoleh. Berkerut dahinya. “Nak keluar ke mana?”
Salina tidak terus menjawab, sebaliknya mendapatkan Siah dan bertinggung di hadapan ibunya itu. Dia hulurkan tangan, mahu bersalam. “Rumah Fiza. Dia kata nak ke bandar hari ni. Ina ingat nak kirim barang sikit pada dia.”
Baru Siah menyambut huluran anak gadisnya itu. Salina pantas tunduk menyalami Siah dan segera bingkas sesudah itu. “Ayah mana, mak?”
“Ada kat belakang, pergilah jumpa kat sana.”
Salina mengangguk. “Pergi dulu, assalamualaikum.” Serentak kakinya mula menapak ke arah pintu utama yang terbuka luas.
“Jalan baik-baik, Ina!” Sempat Siah melaung. Dalam hati, risau mahu melepaskan Salina ke mana-mana. Nak-nak lagi selepas apa yang berlaku awal dinihari tadi.
“Okey!” Ringkas gadis itu membalas. Tiba-tiba matanya terpandang kelibat Ashriq yang baru saja naik ke serambi rumah. Berdebar jantungnya sebaik bertembung anak mata mereka. Dia segera menjatuhkan pandangan, hanya kaki yang laju melangkah.
Belum sempat keluar ke serambi, dia nyaris terlanggar Ashriq di muka pintu. Terhenti langkah kedua-duanya serentak berganjak. Kedua-duanya ke kiri. Terbantut semula langkah mereka lantas berganjak lagi. Kalut. Kali ini kedua-duanya serentak ke kanan.
Dua tiga kali begitu, terhenti akhirnya langkah mereka. Masing-masing mengeluh.
“Siapa nak jalan dulu ni?” Suara bosan Ashriq kedengaran, cukup hampir di telinga Salina dan hanya mereka berdua saja yang mendengar.
Salina tidak menjawab. Pantas saja kakinya berganjak ke tepi dan terus menapak melepasi pintu. Sedikit menghentak kaki tanda protes, sambil wajahnya dimasamkan.
Ashriq yang masih tercegat di muka pintu, menoleh sesaat memandang gadis itu. Salina kelihatan masih mencuka, tanda masih marah dengannya. Tentunya disebabkan peristiwa malam tadi.
Tersungging senyuman sinis di bibir Ashriq sambil menggeleng-geleng kecil. Bila Salina hilang dari pandangan, barulah dia menapak masuk ke dalam rumah sebelum menghilang ke dalam bilik.

PULANG saja dari kebun, Salina pantas menuju ke bawah kolong. Tapi tiba-tiba langkahnya terhenti sebaik terpandang keadaan basikal yang sudah pun barai.
Tersirap darah ke kepala. Terketap giginya. ‘Tak guna!’
Tanpa menunggu lagi, dia pantas naik semula ke rumah.
“Makk... kenapa basikal Ina jadi macam tu!” bentaknya.
Siah yang terganggu, segera mengangkat kepala. Berkerut dahi. “Jadi macam mana?”
“Rosak!”
Siah terdiam.
“Tayar bengkok, rantai tak ada...” Tertahan, disebabkan hati yang terlalu sakit. Rasa macam mahu saja mengalir air matanya! “Hiee... sapa buat!” Dihempasnya beg ke lantai, sebelum dia sendiri duduk terjelepok di situ. “Ina dah janji dengan Fiza... lambat dah ni, mak...” rengeknya.
“Nak kirim apa pada Fiza tu...”
“Tudung... Dah berapa tahun Ina raya tak beli tudung baru...”
“Beli lain kali ajelah...”
Salina diam, memuncung. ‘Lain kali tu bila? Raya dah tinggal berapa hari je lagi ni.’ Hati mengomel-ngomel.
“Pakai tudung tahun lepas pun apa salahnya...”
“Ina nak yang baru, mak... Lama Ina simpan duit...”
Siah mengeluh akhirnya. Tapi belum sempat bersuara, telinganya menangkap gelak tawa yang menghampiri pintu dapur. Suara Mail dan Datuk Kamil. Entah apa yang dibincangkan, rancak sangat berbualnya.
Siah segera memandang Salina. “Duduk elok-elok, Na.” Sedikit tegas.
Salina yang masih mencuka, segera akur pada arahan tapi cuma membetulkan sedikit saja gaya duduknya. Daripada sedikit terkangkang kepada bersimpuh. Siah dipandangnya penuh harap. “Agak-agak, ayah tahu tak siapa yang buat basikal Ina jadi macam tu?”
Siah menggeleng, acuh tak acuh kerana tumpuannya lebih kepada Mail yang kelihatan mahu menaiki anak-anak tangga.
Salina yang berasa diabaikan, mengeluh dan berdecit. “Hiee...” Merengek lagi. Tersandar tubuhnya di dinding papan.
“Banyak dapat sayurnya, bang?”
“Bolehlah, sikit-sikit...” Sejurus itu, Mail berlalu ke singki.
Sesaat kemudian, kelibat Datin Rozie pula yang naik ke rumah. Nyaris terhenti langkahnya sebaik terpandang Salina yang berkelakuan macam budak kecik tak dapat gula-gula. Tercetus senyum di bibir. “Kenapa tu, Salina?”
Salina yang seakan berkhayal itu segera menoleh. “Basikal Ina...”
“Hah, lupa mak ngah nak cakap. Abang Ashriq pinjam basikal tu semalam. Kenapa?”
“Rosak!”
Datin Rozie terdiam. “Lah...”
Salina senyap, mendongkol hatinya. ‘Memang dasar beruk!’
“Habis tu, Ina melawa ni nak ke mana?”
Salina mengeluh, bangkit sedikit dari sandaran. “Ina nak pergi rumah kawan, nak mintak tolong dia belikan barang...”
“Jauh ke rumah kawan tu?”
“Sepuluh minit jugak la kalau naik basikal.” Perlahan.
“Kalau gitu, pergi dengan Ashriq ajelah. Dia pun nak ke bandar tadi, katanya.” Tiba-tiba Datuk Kamil mencelah.
Terkedu Salina mendengarnya. Tika itu juga pintu bilik tamu terkuak. Semua mata tertarik ke situ kecuali Salina. Kelihatan Ashriq keluar dari bilik sambil menyisip tali pinggang pada seluar.
“Nak keluar dah?”
Soalan Datuk Kamil membuatkan perhatian Ashriq tertarik. Tanpa menoleh, lelaki itu mengangguk saja.
“Hah, tolong hantarkan Salina ni. Nak ke rumah kawan katanya.”
Terhenti langkah Ashriq kali ini lalu menoleh. Memandang Salina yang masih duduk di tepi dinding. Berkerut dahinya. ‘Pergi dengan dia?’ Hati mempertikai.
 “Tak naklah Ina.” Pantas Salina menolak.
“Kenapa pulak?” Datin Rozie mencelah.
Salina tidak terus menjawab, sebaliknya memandang Mail yang sedang mencuci muka di singki. “Ayah tak kasi.” Sengaja dijualnya nama Mail. Dia tahu, Mail takkan sesekali melepaskannya keluar berdua dengan lelaki bukan mahram.
Lagipun, dia sendiri yang tak teringin!
Mintak budak tak senonoh tu hantarkan? Huh, lagi baik dia terperap saja dalam rumah. Tak adalah menyakitkan hati sangat!
“Kalau gitu, apa kata mak ngah pergi sekali. Kita pergi bandar terus. Tak lama lagi dah nak raya ni. Bolehlah kita beli barang-barang untuk raya. Kan?” Datin Rozie tiba-tiba memberi tawaran, enggan melepaskan peluang begitu saja.
Agendanya, mahu merapatkan Salina dengan Ashriq. Tak kiralah walau macam mana cara sekalipun!
“Tak mau la. Ina dah tak ada semangat lagi nak pergi.” Penuh malas jawapan Salina. Lantas gadis itu bingkas, menapak ke biliknya yang terletak di ruang tamu.
“Anak dara kami tu memang kuat merajuk, kak... tak boleh nak buat apalah...” Siah bersuara.
Salina mencemik, meluat. Tak ada sesiapa yang nak bela dia!
“Pergi dengan abang sekalilah.” Lembut suara Ashriq. “Boleh abang gantikan basikal tu.”
Salina yang baru tiba di ruang tamu itu segera melemparkan jelingan. ‘Hipokrit! Abang konon.’
“Haah. Lagipun Ina kan baru habis SPM. Boleh kita celebrate sama-sama. Tak nak?” celah Datin Rozie seraya menoleh pada Mail. “Apa kata kamu, Mail? Boleh akak pinjam anak dara kamu tu kejap?”
“Pinjamlah, kak...” jawab Mail.
Serta-merta terhenti langkah Salina, betul-betul di tengah ruang tamu.
“Kalau pergi dengan mak ngah, baru mak kasi, Na. Boleh mak kirim barang sekali. Nak buat kuih raya dah ni.”
Salina terdiam juga. Aduh... kalau dah mak sendiri yang bagi arahan... macam takkan boleh menolak aje gayanya...
“Dah, senyap pulak dah.” Datuk Kamil memecah kesunyian rumah itu, setelah agak lama Salina membisu.
Datin Rozie tergelak kecil. “Malu agaknya dengan Abang Ashriq dia.”
Berderai tawa mengusik orang tua kedua-duanya.
“Biasalah tu, kak...” Siah menambah, sedangkan wajah Salina semakin memerah.
“Tak apalah. Akak nak bersiap dulu. Nak temankan budak berdua ni ke bandar.” Sejurus mengucapkan, Datin Rozie segera berlalu ke ruang tamu. Melalui ruang di tengah-tengah antara Ashriq dan Salina yang sedang berdiri bertentangan, sebelum menghilang ke bilik.
Bila Datuk Kamil dan Mail keluar semula melalui pintu belakang rumah, suasana rumah lengang. Salina masih kaku di tengah-tengah ruang tamu. Ashriq yang tercegat di tepi pintu utama pula terus berlagak tenang memandang Salina, sedangkan hatinya dah merungut-rungut bosan.
‘Tak pasal-pasal kena keluar dengan budak perempuan ni!’
‘Ergh... habislah aku...’
Tergeleng-geleng kepalanya kerimasan.
“Dah, bersiaplah. Pergi cek, barang apa yang nak beli nanti. Hari ni abang belanja.” Lembut suaranya, sekadar mahu menyedapkan telinga Siah yang mendengar.

SENYAP sunyi antara kedua-duanya. Ashriq tenang memandu sambil jarinya mengetuk-ngetuk perlahan stereng kereta, mengikut rentak lagu yang terpasang. Salina di belakang pula membisu sambil melontar pandang ke luar tingkap. Beg di pangkuan dipeluknya.
Datin Rozie yang memerhati, mengeluh panjang akhirnya. Dari tadi, dia saja yang berceloteh. Ashriq hanya mengangguk atau menjawab, “mmm...” Salina pula, sepatah yang ditanya, sepatah balasannya. Nampak macam susah benar nak masuk budak berdua tu.
‘Tak boleh jadi ni.’ Hati wanita itu berdetik.
“Kat depan tu ada stesen minyak, berhenti kat situ kejaplah, Ash. Mummy nak pergi toilet kejap.”
Ashriq senyap. Tiba di simpang yang dimaksudkan, dia membelokkan kereta.

‘DAH lebih sepuluh minit ni.’
Ashriq mengeluh kebosanan. Lantas dikuatkan volume radio. Kepalanya mula terhingguk-hingguk. Jari-jari mula rancak mengetuk stereng, mengikut tempo muzik rock.
Salina mula tidak selesa. Dijelingnya Ashriq yang nampak taksub melayan lagu. Bibirnya mencebik. ‘Entah apa jenis lagulah yang dia ni duk layan. Patutlah perangai tak senonoh.’
Tiba-tiba Ashriq kuatkan lagi volume. Maksimum. Berdentam-dentum bunyi drum berlari kencang, ditambah lagi dengan kemantapan bass.
Terkejut Salina. Ditekup telinganya. Pekak. “Perlahan sikitlah!” pekiknya, tapi haram budak bandar tu mendengar. Bahkan bertambah galak kepalanya terhingguk-hingguk. Rambut yang panjang tu ikut sama menari.
Tiba pada part solo, Ashriq ikut sama beraksi menggaya-gayakan petikan gitar ilusinya. ‘Menggoreng!’ Hingga tersandar-sandar tubuhnya pada bangku. Menjiwai watak gitarisnya!
Salina yang duduk di belakang dah tak boleh tahan lagi. Mahu dibukanya pintu kereta, tapi tidak betah membiarkan telinganya terdedah pada kebingitan muzik Rock keras itu. Rasa macam mahu pecah gegendang telinga dibuatnya!
Argh!!!
Takut pula dia melihat ketaksuban Ashriq. Akhirnya dia pencilkan diri di hujung bangku. Hingga ke akhir lagu dia begitu. Ashriq memekik sedikit meniru laungan vokalis. Garau dan serak, memekakkan lagi telinga Salina. Meremang bulu tengkuk dibuatnya.
Habis lagu, Ashriq tergelak besar. Puas. Lantas dia tutup radio lalu berpusing menghadap Salina. “Weh, kat sini studio...” Terhenti, sebaik terpandang Salina yang nampak pelik. Sampai ternaik kedua-dua kaki, rapat ke dada. Tangan pula menekup telinga. Macam orang ketakutan aje gayanya.
Terangkat kening Ashriq. “Apasal tu?”
Salina tidak menjawab. Mencuka wajahnya.
Ashriq tergelak akhirnya. “Dahlah, aku dah offkan pun...”
Salina masih dalam keadaan begitu. Ashriq tergelak lagi. Kelakar dengan cara Salina!
Lantas ditariknya tangan yang menekup telinga itu. Salina pantas menepis. “Apa ni!”
“Habis tu, kalau kau duk sumbat jugak jari dalam telinga, macam mana kau nak dengar apa yang aku nak cakap ni?”
Salina senyap. Perlahan-lahan, dia leraikan telapak tangan dari telinga sambil menurunkan kakinya ke lantai kereta. Duduknya dibetulkan.
“Studio kat mana?” soal Ashriq.
Berkerut dahi Salina. Tak faham.
“Studio. Tempat orang jamm.”
“Hah?” Makin berkerut dahi.
Ashriq berdecit. “Alah...” Digaru-garunya kepala yang tak gatal. Berdecit lagi. “Tu... tempat yang ada alat-alat muzik tu. Drum, gitar... semua-semua tu la. Orang selalu berlatih muzik kat situ. Kat mana?”
Salina mengeluh. ‘Alah, benda tu ke?’
“Tahu tak?”
Salina menggeleng. “Tak.” ‘Tanya aku buat apa, bukan aku minat main muzik pun.’
Ashriq mengeluh. “Adoi... berkulatlah aku macam ni...” Diam sesaat, sebelum memandang Salina semula. “Kau tahu main alat muzik?”
Salina menggeleng. Tidak langsung memandang Ashriq. Hatinya sudah merungut-rungut. ‘Mana mak ngah ni... Lamanya pergi toilet!’
Trylah main. Baru kau tahu nikmat hidup ni.”
Salina senyap saja dengan saranan Ashriq.
“Weh, nama penuh kau apa, hah?”
Salina jeling Ashriq. “Kenapa?”
“Taklah. Aku tengah fikir, nama apa yang sesuai aku bagi kat kau bila kita dah kahwin nanti. Takkan Ina. Ina tu macam nama orang dulu-dulu je. Tak masuk dengan nama aku. Aku Ash... Kat Jerman orang panggil aku Van.”
“Van Jenazah?” tempelak Salina, makin geram dengan perangai Ashriq.
“Hah?” Ashriq tercengang. “Apa tu?”
“Tak ada apa.”
“Van apa weh, aku tak dengar tadi.” Mula serius nada Ashriq.
Salina membisu, tak berani menjawab kali ini. Hati di dalam menyumpah-seranah. Menyalahkan mulutnya yang lancang. Tak berfikir sebelum bersuara.
“Weh, Van apa yang kau sebut tadi, hah?” Nada Ashriq sudah sedikit keras kali ini. Dia dapat rasakan, tadi Salina mengutuk dirinya.
Tapi Salina senyap juga. Makin resah. Dia terus ternanti-nanti kepulangan Datin Rozie. ‘Ya Allah... cepatlah, mak ngah...’
“Weh, sebelum aku cium kau, baik kau jawab cepat!”
Menelan liur Salina sebaik mendengarnya. Meremang bulu tengkuknya. Dia anjakkan lagi dirinya, makin ke hujung bangku.
Tanpa diduga, Ashriq tiba-tiba menyelit melalui celah-celah bangku dan sekelip mata sudah duduk di sebelah Salina. Salina terkejut, cemas.
“Baik kau cakap cepat.”
Salina menggeleng. “Tak ada apa...”
“Cakap!” Direntapnya lengan Salina.
Terdorong Salina ke tubuh Ashriq. Berhamburan air mata.
Ashriq tersenyum sinis. “Cermin kereta ni gelap. Kalau aku apa-apakan kau, tak ada orang yang akan tahu pun.” Perlahan bisiknya di telinga Salina, meremangkan bulu tengkuk gadis itu.
Lantas Salina berganjak untuk menjauhkan dirinya dari Ashriq. Tapi semacam sia-sia saja kerana Ashriq sudah pun kemas menggenggam lengannya.
Lelaki itu merapati dirinya dan berbisik lagi, “lain kali jaga mulut tu.”
Salina semakin menangis, kesal dengan diri sendiri.
Memang selama ini dia main bercakap ikut sedap mulut saja. Nak-nak lagi waktu tengah marah, habis disemburnya apa yang ada dalam hati. Tak peduli langsung, orang terasa hati ke tak, orang marah ke tak.
Tapi tak sangka pula ini balasan yang dia akan peroleh. Rasa seperti akan hilang semua mahkota dirinya, tiada apa lagi yang akan tinggal.

“EH, kenapa ni?”
Salina tersedar, spontan bertembung anak mata dengan Ashriq di kerusi pemandu. Ketakutan serta-merta menjalar semula ke seluruh tubuhnya, lantas dia pencilkan tubuhnya di hujung bangku. Berpeluh-peluh dahi.
Bekerut dahi Ashriq. ‘Apa kena dengan dia ni? Gila ke apa?’
“Dah sampai ni. Tak nak turun ke?” soalnya.
Tapi Salina tetap juga membisu di hujung kerusi.
Datin Rozie yang memerhati pula semakin pelik. Segera diraihnya lengan Salina. “Hei, kenapa ni?” Lembut.
“Mimpi buruk agaknya tu,” celah Ashriq yang sedang membelek-belek dompet.
Datin Rozie menoleh sekilas sebelum kembali memandang Salina. Makin kuat genggamannya pada tangan gadis itu. “Kenapa ni, sayang... mmm?”
“Mak ngah jangan tinggalkan Ina sorang-sorang lagi dengan Abang Ashriq...” Serentak, makin galak air jernih berguguran dari tubir mata Salina.
“Iya... mak ngah tak tinggalkan Ina sorang-sorang...”
“Habis tadi tu?”
Berkerut dahi Datin Rozie. “Bila?”
“Masa berhenti kat stesen minyak tadi.”
Makin berkerut dahi Datin Rozie. Terlepas akhirnya tawa kecil dari bibir. “Ina mimpi ni...”
Salina terdiam. Wajah datin Rozie dipandangnya dalam esakan halus, menagih jawapan.
“Mana ada kita berhenti kat stesen minyaklah...”
Salina terdiam lagi, cuba mengingat-ingat semula. “Betul?”
“Betul...” Bersungguh-sungguh Datin Rozie mengiyakan.
Kalau betul ada berhenti sekali pun, dia pasti akan mengajak Salina keluar sama dengannya. Tak betah dia tinggalkan Salina berdua-duaan dengan Ashriq.
Cukup-cukuplah kejadian malam tadi saja, dia tak mahu jadi perkara yang lebih buruk lagi. Cukuplah!
“Ina mimpi ni...” pujuknya lembut.
Salina membalas pandangan wanita itu. Kosong. Sesaat kemudian, dia pandang keadaan dirinya. Masih kemas. Langsung tiada tanda telah diapa-apakan.
Datin Rozie yang memerhati pula hanya menggeleng-gelengkan kepala. “Dah, jom. Kita tengok baju raya.”
Salina membisu, seakan masih tenggelam dalam dunia sendiri. Beberapa ketika begitu, barulah perlahan-lahan dia menzahirkan anggukan. “Mmm...” Datar.
Keluar dari kereta, dia segera dapatkan Datin Rozie. Enggan berjauhan dari wanita itu. Ashriq yang baru saja keluar dari kereta itu dipandang dengan ekor mata.
Lelaki itu tidak langsung pedulikan dirinya. Segak dengan kaca mata hitam di wajah, tenang saja berjalan di sebelah kanan Datin Rozie. Dia di sebelah kiri Datin Rozie pula tidak langsung melepaskan tangan wanita itu.
Mimpi buruk tadi seakan-akan menyebabkan trauma pula pada dirinya. Jalannya pun tunduk saja.
“Salina pernah beli baju kat butik?” Lembut suara Datin Rozie.
Salina menggeleng tanpa mengangkat wajah.
Datin Rozie tersenyum. “Kalau gitu, raya tahun ni biar mak ngah belanja.”

Salina diam saja. Tidak rasa tertarik langsung. Hanya mengikut saja ke mana Datin Rozie melangkah.

8 861 komen:

Mika M said...

wuwuu.. if xde hal, sy nak evryday update tbaru speed metalll... ari2 tgu citer nii

Azza Nordin said...

xkesa.. sbb akk minat 2, 2. jnji bole bace n3 terbaru.. haha

Bintang Biru said...

"truk diorg kne smackdown, smpi sy rse mcm sy ni da jd king kong plak.".. part tu yg xmenahan tuh..bhahaha... anyway.. sy rse sy plih yg updte tiap2 mggu tp gilir2 citer tu.xkn kliru pun..sbb crt awk sume jelas dri sdut wtak n jln crt.. x clash ato nmpak same.. hmm ;)

Shaze Alma said...

Hahaha... pastu diorg kate sy garang. Ceh! Kalo xgarang, memang kje xjalan laa...

Ok, nak gilir2 entry naa? Sy cuba pertimbangkan. Thank youuu... :)

Shaze Alma said...

Orait... ni sporting! Haha
Terima kasih cadangan :)

Shaze Alma said...

Hahaha... ok2 sy faham tu...

baby mio said...

LAMA TUNGGU.

Shaze Alma said...

Ahahah
Citer ni akan disambung balik macam biasa, insya-Allah. Doakan kelancaran n kejayaan. ;)

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.