Thursday, 15 January 2015

Kahwin Dengan Dia? 2, 3

~ BAB 2~

“MANA ni, tak balik-balik lagi.” Perlahan Datin Rozie menggumam.
Pandangan terlempar jauh pada jalan masuk ke perkarangan rumah. Kosong dan lengang. Cuma cahaya matahari petang yang terbias di sekitar kawasan itu- di pokok-pokok bunga dan tetumbuhan renek. Kekuninganwarnanya, tanda waktu sudah mulamencecah senja. Tapi langsung tiada tanda anak lelakinya itu akan pulang.
“Berjalan-jalan agaknya... awak tu janganlah risau sangat.” Datuk Kamil menyampuk.
Mengeluh lagi Datin Rozie mendengarnya. Bila jalan masuk ke rumah tetap juga kosong, akhirnya dia tarik daun tingkap papan itu. Berkeriuk bunyi engsel yang karat. Dikuncinya tingkap.
“Sebelum ni tak pernah-pernah pun awak risau pasal dia.”
“Sebelum ni dia kat mana... sekarang ni pulak dia kat mana, bang...” Perlahan suara.
Datuk Kamil tergelak. Menyindir. “Tak payahlah nak tutup sangat aib anak awak tu. Kalau dah macam tu perangainya, pergi mana pun memang takkan boleh diubah.”
Datin Rozie menoleh. “Habis tu abang sukalah dia buat perangai macam ni? Buatnya si Salina tu tak suka dengan Ash nanti macam mana?”
“Ah, apalah sangat dengan budak-budak sekarang ni.” Pecah gelak kecil di bibir sambil menggeleng-geleng kepala. Sinis juga. “Tadi masa Ash terjatuh atas dia, abang tengok si Salina tu tak ada pun menolak. Lagi hanyut adalah!”
Datin Rozie terdiam.
“Mujur awak tegur cepat. Kalau tak... entah-entah dah ke laut budak-budak berdua tu.”
Datin Rozie mengeluh. “Darah muda, bang...”
Tiba-tiba Datuk Kamil tergelak besar. Penuh dengan muslihat. “Sebab darah mudalah saya tak nak awak tu risau sangat.”
Datin Rozie kerut dahi, cuba faham.
Datuk Kamil tersenyum sinis lagi. Kembali pandang kopiah di tangannya. Dibetul-betulkan sebelum pandangan ditala pada cermin solek. Sarung kopiah ke kepala. “Dia dah rasa sekali, mesti nak lagi. Tak mustahil kalau lepas ni dia cuma nakkan si Ash tu je yang jadi laki dia. Apa orang alim-alim selalu cakap?” Dia berdecit sedikit, cuba mengingat. “Err... harga diri? Suami aje yang layak pegang harga diri? Hah, macam tulah.”
Datin Rozie terdiam semula.
“Nak-nak lagi bila kita yang pinang dia, takkan dia nak menolak.”
Datin Rozie diam juga.
Memang dia akui, boleh jadi betul perkara itu. Cuma yang jadi masalahnya sekarang bukan Salina. Tapi orang tua budak tu! Apa yang dia boleh buat kalau Mail tak bersetuju mewalikan Salina.
“Kalau Mail dengan Siah tu awak tak payah risaulah. Pandai-pandailah kita ambik hati diorang.” Datuk Kamil menambah, sudah boleh mengagak fikiran isterinya tu. “Pasal Ash, biarkan aje dia. Nak larang pun bukannya kita terlarat. Sekarang ni biar kita aje yang buat kerja. Yakinkan Mail dengan Siah yang kita ni layak berbesan dengan diorang.”
Datin Rozie senyap.
“Lagipun diorang tahu benda ni wasiat. Takkanlah orang macam Mail tu nak menentang bila keluarga belah Siah nak ajak berbaik. Awak pun tahu, Siah dah lama dibuang keluarga, sebab dulu dia beria sangat nak kahwin dengan Mail. Mustahil Mail tak rasa bersalah dengan Siah. Jadi sekarang, inilah masanya kita gunakan peluang yang ada.”
Datin Rozie senyap juga. Cuma dipandang kosong wajah suaminya.
“Betul tak apa yang saya cakap ni?”
Datin Rozie mengeluh panjang, kali ini tersenyum nipis. Mengangguk kecil, mengiyakan.
Datuk Kamil tersenyum, puas dengan jawapan itu.
Datin Rozie tersenyum lagi. Dihampiri Datuk Kamil yang sedang berdiri di hadapan cermin sambil membetulkan kopiah di kepala. Dia sematkan butang pada baju melayu yang tersarung di tubuh suaminya itu.
“Kalau adik awak tu tak berkira sangat dengan kita ni, bang... itu lagi bagus.” Perlahan suaranya terlontar setelah agak lama sunyi bilik itu. Penuh erti nadanya, cuba menyampaikan isi hati yang sebenar.
Datuk Kamil terdiam dengan ungkapan itu. Terhenti juga tangannya yang mengemaskan kopiah di kepala. Dipandangnya wajah Datin Rozie.
Datin Rozie tersenyum pahit. “Dulu Siah kecik hati sebab dia rasa arwah mak tak adil dengan dia. Terlampau pentingkan abang sampai dia rasa tersisih. Sekarang ni bila dia dah boleh terima kita, patutnya kita jaga peluang ni baik-baik. Bukannyadisalahguna.”
Datuk Kamil membisu.
“Takkan kita nak ulang lagi semua yang dah lepastu.”
Membisu juga.
Datin Rozie angkat kepala, balas pandangan. “Saya cuma risau. Kehendak kita sekarang ni sama macam melepaskan beban pada orang lain, bang. Padahal kita yang salah selama ni.”
Datuk Kamil senyap. Agak lama, faham maksud yang cuba disampaikan. Setelah beberapa ketika begitu, tersungging senyuman di bibirnya. Tapi ketara tawarnya. Dia usap lembut kepala isterinya itu, cuba menenangkan. “Semuanya akan selamat. Percaya cakap saya.”

‘ALAH... janganlah pandang-pandang macam tu...’ Hati merungut-rungut. Tak selesa bila Datin Rozie terus juga memerhati tiap satu perlakuannya. Sampaikan dia jadi kekok untuk menyusun juadah di atas hamparan tikar itu.
Tuang air ke dalam gelas pun tangannya dah jadi menggigil. Nak berjalan ke hulu hilir pun dia dah jadi serba salah.
‘Besar sangat ke salah aku? Tapi tadi anak dia yang timpa aku. Takkan aku pulak yang dia nak marah?’
Menelan liur dibuatnya. Tak betah lagi menunggu di situ, dia cepat-cepat bangun.
“Senduk nasi, Na. Dah nak masuk waktu ni.” Siah di singki tiba-tiba bersuara.
Terbantut langkahnya serentak terlepas keluhan halus di bibir, patah semangat dengan arahan itu.‘Alah...’ Penuh terpaksadia duduk semula,tak jadi beredar ke bilik.Dia capai senduk, sendukkan nasi ke dalam pinggan.Tapi longlai sajagerak lakunya. Tak rela.
Perlahan-lahan, Datin Rozie yang sejak tadi meneliti tingkah laku itu akhirnya tersenyum. Faham benar. ‘Pemalu.’
Enggan menambah lagi kejanggalanpada gadis itu, dia menyoal, “bilaexamdah habis ni, Salina nak buat apa?”
Gadis ituseperti tersedar dari dunia sendiri. Terhenti tangan yang menyenduk nasi. Angkat kepala, pandang Datin Rozie.
Datin Rozie tersenyum lembut.
Salina ikut tersenyum.Sedaya upaya dia cuba menyambut kemesraan itu. “Ina ingat nak ambik upah jaga anak orang.”
Datin Rozie tertarik dengan jawapan itu. “Oh, ya?”
Salina mengangguk sebelum menjatuhkan pandangan pada senduk dan pinggan di tangan. Kembalikan perhatian pada kerja.“Tapi tak tahulah ayah kasi ke tak. Ayah tu bukannya suka Ina kerja. Ayah kata bahaya.”
“Eh, bahaya apa pulak?”
Salina tersenyum lagi. “Takut nanti Ina cuai, buat anak orang jatuh sakit. Ye la, Ina bukannya pernah jaga budak-budak. Sebab tu ayah tak kasi.”
“Habis tu kalau tak kerja, Salina nak buat apa?”
“Tak tahu!” Serentak terangkat bahu sambil menggeleng laju.Agak keanakan.
Datin Rozie ketawa.
Salina menyambut,semakin keanakan bunyinya.Membuat Datin Rozie bertambah galak mentertawakannya. Tapi dia tak kisah. Biarlah. Kalau itu boleh hentikan renungan pelik wanita itu untuknya, dia sanggup.
“Ina suka budak-budak?”
Kring kring!
Tertahan hasrat menjawab. Serta-merta berubah raut wajahnya.
“Hafiz agaknya tu.” Siah beredar dari singki sambil membetul-betulkan lengan baju.
“Eh, tak apa, mak!” Drastik Salina bingkas, mematikan langkah Siah.
“Biar Ina yang keluar.”
Berkerut dahi Siah. “Hari ni pun?”
Melebar sengihan gadis itu. “Kalau mak yang keluar, nanti Hafiz kutuk Ina macam-macam kat mak.”
“Dah awak tu baik sangat kat sekolah! Tu sebab dia kutuk!”
Salina ketawa tapi tak menunggu lama lagi di situ. Berlari-lari anak ke bilik, mahu bersiap.
“Cepat sikit. Dia nak ke masjid pulak lepas ni.”
“Okey!” Ceria.Mengalahkan orangnak jumpa buah hati saja lagaknya.
Siah cuma menggeleng-geleng. Sudah lali benar dengan gelagat itu.Disinsingnya semula lengan baju. Melangkah ke singki, mahu menyambung kerja.
Tak langsung dia ingat pada Datin Rozie yang masih berada di dapur itu. Jauh sekali sedar pada perubahan raut wajah iparnya itu.

“ASSALAMUALAIKUM...” Mesra Hafiz menyapa sebaik saja terkuak daun pintu.
Salina tersenyum. “Waalaikumussalam.” Mesra juga. Pintu dibuka lebih luas sebelum dia melangkah keluar.
“Mana mak Ina?”
“Mak ada kat dapur. Kenapa?”
“Pelik sebab hari ni pun Ina jugak yang keluar.”
Salina tidak segera menjawab. Bilah-bilah tangga dipijak, turun ke tanah mendapatkan Hafiz yang yang sedang menongkat basikal. “Ina yang tak bagi mak keluar.”
Kata-kata itu membuatkan Hafiz menoleh. Bagai tertarik. “Kenapa?”
“Nanti kena kutuk lagi.”Pura-pura serius. “Tahu ajelah mak tu. Apa jugak yang awakbagitau, semua mak percaya.”
Hafiz ketawa. “Mestilah! Mak Ina sayang saya, kan?”
“Werk!”Buat-buat nak termuntah.
Hafiz ketawa lagi. “Ada orang jealous...
Salina mencebik. “Perasan.” Padahal hati berdebar. Disorok sebaik mungkin perasaan itu lalu menjenguk ke dalam raga basikal Hafiz. “Cepatlah. Nak bagi apa ni?”
“Siapa kata saya nak bagi apa-apa?”
Dia alih pandangan pada Hafiz. Kerut dahi. “Habis tu?”
Hafiz diam sesaat. Duduk di carrier basikal sambil berpeluk tubuh memandangnya. Mula terlihat serius di wajah, bagai ada perkara penting. “Keluarga Ina ada tetamu ke?”
Makin berkerut dahinya. Bingung. Sebab setahunya, ayah dan pak ngahnya ke masjid dengan kereta. Tiada tanda keluarga mereka menerima tetamu waktu ini.
“Kenapa?” soalnya.
“Waktu nak datang sini tadi, saya ternampak ada orang guna basikal Ina.”
Terdiamdiaspontan teringat pada Ashriq. Pantas dia berpaling ke arah tiang kolongrumah.
Kosong.
‘Patutlah tak nampak-nampak batang hidung!’
“Siapa?”
Terhapusingatannya terhadap Ashriq lalu menoleh, pandang Hafiz semula. Dia seakan-akan dapat melihat riak prihatin di mata lelaki itu.Membuatkan rasa bahagia seperti menyelinap halus ke dalam hatinya. Tapi dia cuma berlagak selamba. “Sepupu Ina. Diorang raya kat sini tahun ni.”
“Ohh...” Mengangguk faham. Ada riak kelegaan yang terselit di situ.
“Kenapa?”
Hafiz menggeleng. Bangkit dari duduk dan mula naik ke basikal. “Saja nak tahu.”
“Tu aje?”Laju memintas. Tak percaya.
Hafiz mengangguk. Senyum nakal. “Saya tahu takkan ada orang nak pinang Ina.”
“Bertuahnya!”Pantas Salina sambar bungkusan plastik di dalam raga basikal. Menyelongkar!
Hafiz ketawa. “Hei, nak buat apa tu?”
“Mustahil awak datang saja-saja aje hari ni!” Makin laju tangan menyelongkar.
Hafiz mengacah mahu menampar tangannya. Diamengelak serentak pecah tawa. Hafiz ikut ketawa. Riuh laman itu.
Salina enggan mengalah. Diselongkarnya semula bungkusan plastik dalam raga. Hafiz mengacah-acah lagi mahu menampar. Salina tak peduli kali ini bahkanmakingalak tawa berderai. Menyakat.
Yeay, dapat!” Dijulangnya dua bungkusan plastik yang berjaya dikaut.
Hafiz terduduk akhirnya di carrier. Mengalah di dalam tawa yang bersulam. “Berapa tu?”
“Dua!”
Hafiz bangun. Capai sebungkus lagi plastik di dalam raga. Dia hulur pada Salina. “Ada tetamu hari ni. Ambik lebih sikitlah.”
Mekar senyuman di bibir gadis itu. “Betul ni?”
“Ada main-main pulak ke?” Nakal.
Makin lebar senyuman. Sambut huluran. “Terima kasih...”
“Okey.” Serentak itu Hafiz menolak tongkat basikal dengan kaki. Naik ke basikal tapi tidak segera mengayuhnya. Dia pandang Salina bersama senyuman yang masih bersisa di bibir. “Kalau esok ada banyak lebih, insya-Allah saya datang lagi.”
Salina mengangguk. “Okey.”
Hafiz tersenyum semula. Sesaat dua begitu, dia lepaskan nafas halus. Alihkan mata dari wajah Salina. “Balik dulu.”
Salina mengangguk juga. “Elok-elok.”
“Mmm.” Serentak itu Hafiz mula mengayuh basikal. Mula tinggalkan kawasan itu.
Salina cuma memerhati. Menghantar pemergian dengan pandangan. Setelah hilang kelibat lelaki itu dari pandangan, baru dia berganjak dari situ. Tapi senyuman di bibir tidak juga luput.
Entah mengapa, semakin hari semakin berbunga hatinya dengan cara ketua pegawas itu melayannya. Bagai sengaja memberi ruang untuk dia mengharap.
Tapi dia tidak berani mengiyakan perkara itu. Kerana hingga ke waktu ini,Hafiz tidak pernah bersuara sejauh itu terhadapnya. Dan itu membuatkannya takut untuk menganggap lebih.

  

~ BAB 3 ~

DI hujung jalan kampung yang lengang, Ashriq merengus geram. Rantai basikal yang terputus itu digenggamnya ketat. Terketap gigi menahan rasa sakit hati.
“Haram jadah!” Dia hempas rantai ke tanah. Basikal ditendang, tumbang. Dia merengus bengang. Bercekak pinggang. “Boleh pulak putus waktu-waktu macam ni. Bodoh!”
Tapi basikal yang tumbang itu cuma kaku, tak membalas langsung bila dia mencemuh. Makin bengkak hatinya, tercabar dengan ‘permainan psikologi’ basikal itu. Lantas dipijak-pijaknya tayar basikal. Dihentak-hentaknya, melepas geram. ‘Ambik kau! Cari pasal sangat kan?’
Dah puas hati, baru dia berhenti. Turun naik nafas dihela. Mengah. Tapi basikal itu tetap juga kaku. Cuma bengkok-bengkok sikit dengan kesan hentakan. Puas jugaklah hati dia bila tengok benda tu dah jahanam.
Dia sapu peluh di dahi. Panas!
Dia menoleh, cuba mencari kalau-kalau ada sesiapa yang boleh dia tumpang untuk pulang ke rumah.
Tapi waktu tu juga baru dia sedar, kawasan sekitar dah mula gelap. Lampu jalan pula langsung tak ada. Timbul risau dalam hati. Takut akan tersalah jalan. Dahlah dia tak biasa lagi dengan tempat ni.
Cepat-cepat dia keluarkan telefon bimbit dari poket seluar. Dijadikan lampu suluh. Dia tegakkan semula basikal. Tolak, tapi basikal tak boleh bergerak sebab rim tayar dah bengkok. Dia merengus, bengang semula. Dia sepak lagi tayar basikal. ‘Bodoh!’
Akhirnya dia angkat basikal itu. Pikul ke rumah!

WAKTUsampai di laman, bulan sabit betul-betuldah ambil giliran matahari di dada langit. Basikal yang tak berantai tu dia sandarkan pada tiang di bawah kolong.
“Ke mana tadi?”
Dia kerling pada yang menyoal.
Datin Rozie tercegat di serambi.
Dia senyap, cuma mendengus malas. Pijak bilah-bilah tangga dan terus masuk ke dalam rumah.
Terdiam Datin Rozie. Kecil hati, lebih-lebih lagi bila mengingati betapa mesranya Salina terhadapHafiz.

“MUMMY!My bag, please!” laung Ashriq dari dalam rumah, menyedarkan Datin Rozie yang masih di serambi.
Menapak saja kaki di ruang tamu, terus berkerut dahinya bila terpandang wajah Ashriq. “Kenapa hitam-hitam muka tu?” Tadi dia tak perasan, sebab keadaan di serambi gelap tak berlampu.
Ashriq terdiam, baru teringat. Lantas dia pandang kedua-dua tangannya. Hitam, tentu saja disebabkan oleh rantai basikal yang putus. Dia ada menyapu-nyapu peluh di wajahnya sewaktu cuba membetulkan basikal itu tadi.
Tersirap darahnya. ‘Bengong betullah!’ Lantas dia berpusing menghadap cermin muka di dinding. Hampir keseluruhan wajahnya bersalut minyak. Bertambah hangat hatinya. ‘Tak guna punya basikal!’
“Dah, dah. Sini, ambik baju.” Datin Rozie segera mencelah bila melihat raut wajah menyinga anak lelakinya, serentak dia menghilang ke dalam bilik. Keluar semula tidak lama kemudian bersama pakaian dan tuala di tangan. “Kamu ni dah makan ke belum?”
“Belum.” Datar suara sambil menyambut huluran Datin Rozie. Dia balut tuala pada pinggang. Selamba dia tanggalkan baju di tengah-tengah ruang tamu itu. “Daddy mana?”
“Ke surau dengan pak su kamu.”
Mendengarnya, Ashriq tersenyum sinis. ‘Boleh tahan!’
“Bilik Ash mana?” soalnya sambil terus menanggalkan pakaian.
“Untuk sementara Ash tidur kat depan ni dulu. Tapi barang-barang Ash semua ada dalam bilik mummy. Rumah ni ada tiga bilik je. Nanti dah nikah baru pindah ke bilik Salina.”
Ashriq cuma buat muka jelak dengan penyataan terakhir itu.
Kahwin? Oh, please!
Tapi dia dah malas nak fikir banyak lagi tentang hal tu.
Come on, ini Ash la! Takkan sesenang aje aku biarorang pijak kepala aku!
Dia dah tahu apa yang patut dia buat. Cukup masa, semua akan berjalan mengikut rentaknya. Waktu itu, dia pula yang mengawal permainan.
‘Tunggu aje.’ Tersungging senyuman sinis di bibir. Tanpa mempedulikan Datin Rozie yang nampak bingung dengan tingkah lakunya, dia melangkah ke bilik yang dimaksudkan wanita itu tadi.
Mummy!”Laungannya kedengaran tak lama kemudian.
“Kenapa?” Datin Rozie segera menuju ke bilik tapi hanya mematikan langkah di muka pintu.
Ashriq di tengah-tengah bilik sedang mencekak pinggang. Liar mata meneroka ruang itu.“Bilik air kat mana? Ada pintu ajaib pulak ke kat sini?”
Nyaris Datin Rozie tergelak mendengarnya. Tersungging senyuman geli hati di bibir. “Bilik air kat dapur.”
Pantas Ashriq menoleh. Tak percaya. “Takde dalam bilik?”
Datin Rozie menggeleng.
“Kena share dengan orang?” Makin tak percaya.
Datin Rozie mengangguk lagi. “Iya...” Lembut. “Dah, pergi mandi cepat. Lepas tu boleh makan.”
Terlepas keluhan Ashriq mendengarnya. “Itu tak ada, ini tak ada. Macam manalah gamaknya diorang hidup!” Serentak dengan hati yang berbahang, dia melangkah. Melintasi Datin Rozie di pintu, keluar dan terus menuju ke dapur.
Suasana rumah lengang, hanya kedengaran bunyi pinggan mangkuk berlaga dan bunyi air paip mengalir. Agak banyak simpang dan pintu di dalam rumah kampung itu, membuatkan dia sedikit sukar menemui dari mana datangnya bunyi itu.
Tiba di satu muka pintu, langkahnya terhenti. Sesusuk tubuh sedang ralit mencuci pinggan mangkuk di singki. Berbaju kurung dan bertudung. Dia cuma memandang susuk tubuh itu dari arah belakang.Tapi dia tahu, itu gadis yang terjatuh dengannya petang tadi.
“Bilik air mana?”
Sedikit terkejut, Salina segera berpusing. Makin terkejut dengan Ashriq yang hanya bertuala dari paras pinggang ke lutut dan wajah berceloreng minyak. Terlepas gelas dari tangan. Berkecai. Salina tersentak. Kelam-kabut beredar dari situ, tanpa sengaja terpijak serpihan kaca.
Ngilu tapak kakinya!
Tapi dia tahan langkahnya daripada terhenti, sebaliknya bersegera mendapatkan penyapu dan penyodok. Serpihan-serpihan kaca dikutip, dalam masa yang sama makin berusaha menahan sakit.
“Oi, aku bukan bercakap dengan dindinglah.”
Suara serius Ashriq mengeluarkan Salina dari dunianya. Terlupa dia tadi dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu di situ. Dia tidak berani mengangkat kepala. Sambil sebelah tangan mengutip kaca, sebelah lagi tangannya menunjuk ke satu arah.
Ashriq berlalu ke arah itu. Pintu papan ditolak, kemudian kepalanya menjenguk-jenguk keadaan di dalamnya. “Okay, bath tab tak ada. Jamban duduk pun tak ada. Best sangatlah macam ni.” Sinis.
Salina yang mendengar terus mengangkat kepala. ‘Berlagak!’
Tapi dia malas ambil tahu lagi. Cepat-cepat dia sudahkan kerja. Kesakitan sudah makin menggigit-gigit telapak kaki. Dia perlu segera bersihkan luka sebelum melarat.
Baru saja dia mahu beredar dari situ, tiba-tiba Ashriq menoleh. “Nak air panas.”
Langkah Salina terhenti. Dia menoleh, tapi dengan dahi berkerut menahan sakit. “Boleh buat sendiri tak? Orang tengah banyak kerja ni.” Sesudah itu dia terus menapak pergi. Terjingkut-jingkut.
Tak kuasa dia nak layan orang macam tu. Berlagak nak mampus! Entah manusia jenis apa la sepupu dia yang sorang ni.
Tiba-tiba tangannya diraih, membuatkannya terhenti lantas menoleh. Tersirap darahnya bila sedar Ashriq yang melakukannya. Dia rentap tangannya. “Lepaslah!”
Tapi nyata kudratnya tak seberapa. Ditambah lagi dengan sakit yang sedang ditanggung.
Ashriq semakin kemas menggengam lengan Salina. Dirapatkan dirinya, membuatkan gadis itu menggelabah. Berundur setapak. “Kenapa ni?”
Ashriq tajamkan renungan ke mata Salina. “Berani sangat melawan, kan?”
Salina terdiam, sedar keterlanjuran lidahnya. Mula hilang arahnya. “Lepaskan tangan saya, kalau tak saya jerit.” Tajam suara mengugut. Dicubanya lagi untuk melepaskan diri. Tapi Ashriq semakin kuat menggenggam.
Dia kesakitan. Mula terlepas erangan halus dari bibir.
“Aku nak air panas.” Perlahan suara Ashriqtetapi jelas tegangnya, memaksa. “Kalau tak, aku nak engkau aje.”
Salina terdiam, makin sakit hati dengan perangai lelaki di hadapannya ini. Terlepas akhirnya keluhan dari bibir. Dia mengangguk, terpaksa. “Ye la, ye la, saya jerang air...”
Ashriq senyap.
Salina menjeling. “Dah, lepaskanlah tangan saya ni?”
Ashriq masih merenung tajam. “Kau Salinake?”
Salina mengangguk saja walau tak faham untuk apa soalan itu ditujukan untuknya.
Ashriq tersenyum sinis. “Mulai hari ni kau kena ikut semua arahan aku.”
Salina mengeluh. ‘Apa-apa ajelah dia ni!’ Dia mengangguk lagi. “Ye... lepaskanlah tangan saya ni!Sakitlah!”
Tapi Ashriq tidak langsung berganjak, bahkan bibirnya mula mengukir senyuman menggoda. Bergoncang perasaan Salina, lebih-lebih lagi bila Ashriq merapati lagi dirinya. Dia telan liur, menggelabah. Dia berundur lagi ke belakang.
Setapak... dua tapak...
Tertahan tubuh di dinding. Dia cemas. Merenik peluh jantan di dahi. Renungan tajam Ashriq tidak mampu lagi ditentang.
Ashriq tersenyum. Tunduk, mendekatkan wajahnya ke wajah Salina. Salina pantas berpaling ke kiri, dipejam kejap matanya. Dia tarik nafas dalam, mahu menjerit meminta tolong.
“Shh...” Ashriq berbisik lembut, menggoda. Semakin rapat wajahnya pada wajah Salina. Bibirnya menghampiri bibir Salina.
“Mak!Tolong Ina!” pekik Salina, serentak gugur air mata di pipinya. Jantung di dalam rasa mahu tercampak keluar.
Pekikan itu membuatkan Ashriq terhenti. Terukir senyuman di bibir, penuh erti. Jeritan itu menjadi tanda Salina sememangnya gadis naif yang tidak biasa dengan perkara-perkara sebegitu.
Dia tersenyum lagi, sinis kali ini. Dileraikan genggamannya sambil berundur menjauhi gadis itu.
“Kenapa ni?” Suara-suara kalut Siah dan Datin Rozie kedengaran serentak menerpa ke ruang dapur itu.
Salina cepat-cepat menjauhkan diri dari Ashriq, pantas mendapatkan Siah. Dipeluknya wanita itu bersama air mata yang bertambah galak merembas.
Datin Rozie segera menangkap maksud tak enak dalam perlakuan Salina. Dipandangnya Ashriq. “Kenapa ni, Ash?”
Ashriq masih tenang. Ditunjuknya lantai rumah yang sudah mula diwarnai cecair merah. “Tadi ada gelas pecah. Salina terpijak. Ash nak tolong bersihkan, tapi luka tu dalam. Dia tak boleh tahan.”
“Ina ni memang manja sikit, kak... tak tahan sakit!” Siah yang bertelekung itu menyampuk. Diusap-usapnya bahu Salina, cuba memujuk. “Shh... dahlah, sikit je lukanya!”
Datin Rozie membisu. Langsung tak mampu percaya semua yang diterangkan Ashriq. Dia tahu, ada sesuatu yang menyebabkan Salina menjerit. Dan yang menjadi punca sudah tentulah Ashriq.
Tapi dia enggan menzahirkan kecurigaannya di situ, sebaliknya dengan rasa cemas hatinya mendoakan agar waktu pantas berjalan. Biar cepat Ramadhan ini berlalu, supaya dapat segera dinikahkan anaknya itu dengan Salina. Risau betul dia.
Waktu duduk serumah dengannya pun anaknya itu berani berbuat begitu, di belakangnya selama ini lagilah. Tak mampu dia bayangkan, sejauh mana anaknya itu telah menyentuh gadis-gadis di luar sana.
Dia mengeluh berat. Mujur tadi Salina menjerit. Kalaugadis itu pun hanyut sama, habis malu dia dan Datuk Kamil sebab jadi punca rosaknya gadis itu. Ahh... tak sanggup dia!
Kalau boleh, biarlah Ashriq dan Salina bernikah di atas rasa hormat antara keluarga mereka. Janganlah disebabkan rasa marah atau terdesak lantaran mahu menutup malu.
Keranadalam diam, dia sudah semakin mengharap pada keluarga ini. Apa pun juga yang berlaku, dia cuma nampak Salina saja waktu ini.

Ya, hanya gadis itu yang boleh menyelesaikan masalah mereka.

5 861 komen:

hpm.ba said...

Thanks for writing in such an encouraging post. I had a glimpse of it and couldn’t stop reading till I finished. I have already bookmarked you.
Ivanica

Fara Alicia said...

Best whoa! Hihi.. good job, dear.. x sbar nk tggu next entry

Rajkot said...

I was very encouraged to find this site. I wanted to thank you for this special read. I definitely savored every little bit of it and I have bookmarked you to check out new stuff you post.
Dentist Service in Gujarat

Anonymous said...

Bila nak sambung ag??? Menarik!!

Ibu Anita said...

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno: +62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
UNTUK LENGKAP SILAHKAN KLIK-> PESUGIHAN TOGEL DAN PELARI USAHA

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.