Thursday, 25 December 2014

Memo Prolog

TUK! Tuk! Tuk!
“Abang! Tak bangun lagi ke tu, ah?”
Bingit telinga bila tidak juga berhenti ketukan-ketukan itu. Rimas. Pecah akhirnya dengusan malas di bibir. Dia alihkan bantal dari muka, pandang pintu yang tertutup rapat. “Apahal?”
“Bukaklah pintu ni kejap!” Lebih kuat suara laungan di luar.
Dia berdecit. Mengeluh malas lagi. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. “Apa jugaklah dia ni...” Tapi dalam rungutan itu, dia bangkit juga dari katil. Terpaksa. Kain pelekat yang londeh ke lantai dia kutip. Dibetul-betulkan sambil kaki longlai mendapatkan pintu. Mata masih dibiarkan terpejam.
Teraba-raba tangannya di daun pintu. Terjumpa tombol, dia pulas. Tarik sedikit. “Apahal?”
Tiada jawapan.
‘Adoi... nak main-mainlah pulak...’ Dia gosok-gosok mata yang berat. Terpaksa juga mencelikkannya.
Pandangan yang samar-samar melihat Hana sedang tercegat di hadapannya. Ada sengihan untuknya, tanda tiada urusan penting pun yang dibawa gadis itu. Bertambah-tambah malas dia mahu melayan.
Mengeluh lagi, garu-garu belakang tengkuk kemalasan.. “Cepatlah, weh... apahal ni?”
“Alah, dah tengah hari. Takkan salah kut orang kejutkan?”
“Masalahnya aku tidur semalam pukul berapa?”
Hana ketawa, tapi misteri saja bunyinya. “Macam mak nenek!”
“Cepatlah!” Makin tegang.
Bertambah galak tawa Hana. “Nah!”
Terdiam dia sebaik memandang kotak yang dihulur. Kemas berbalut.
Berkerut dahi. ‘Hadiah?’ Alih semula mata ke wajah Hana.
Gadis itu angkat kening, tersenyum penuh erti. “Secret admire.”
Teragak-agak dia menyambut huluran. “Siapa...”
“Entah!” Terus Hana berlalu, membuat dia terdiam. Tawa yang bersulam dalam jawapan itu saja sudah cukup untuk membuat dia curiga. Bagai ada sesuatu yang sengaja disorok gadis itu.
Hilang terus rasa mengantuknya. Segera dia tutup pintu dan kembali mendapatkan katil. Duduk di situ dan mula mengoyak kertas pembalut bertema ros merah jambu di hadapannya. Seiring itu, deria hidunya dapat mengesan aroma bunga ros yang perlahan-lahan tersebar di ruang udara bilik.
Makin kuat rasa ingin tahu menekan dirinya.
Secret admire...” Terngiang-ngiang ungkapan nakal Hana di telinganya.
‘Entah betul entah tak dia tu. Bukan boleh percaya sangat.’
video

Berdenting melodi halus tiba-tiba. Terhenti serta-merta gerak tangannya. Cukup dia kenal bunyi itu, membuatkannya berdebar.
We watched the fading vapour trails...’ Terngiang-ngiang lirik itu di benaknya.
Terlepas kertas pembalut hadiah dari pegangan, jatuh ke lantai. Serentak itu dia terpandang jari kelengkengnya yang sudah dililit seutas tali halus. Terhubung terus tali itu ke dalam kotak. Entah bagaimana dan sejak bila begitu.
Boleh jadi melodi halus itu terhasil bila tadi jarinya menarik tali itu tanpa sengaja.
Music box...” perlahan gumamnya. Entah mengapa, ada sesuatu yang mula mengganggu fikirannya. Makin berdebar jantungnya lantas dibuka kotak itu.
They were so dazzling, I ran away- I was always weak…”
Tertegak sebuah kotak muzik berbentuk piano di dalamnya. Patung ballerina sedang kaku terbaring di tepinya. Pada penutup piano yang terbuka, terikat seutas tali halus. Berhubung dengan jari kelengkengnya.
Tepat seperti yang dijangka.
Semakin berkerut dahinya. Semakin tak faham, lebih-lebih lagi bila melihat beratus keping memo yang turut disisipkan di dalam kotak misteri itu. Tersusun kemas mengikut warna dan bentuk. Dan seingatnya, kepingan-kepingan kertas nota itu semuanya hasil tangannya sendiri suatu masa dahulu.
“Mas Aylin.” Perlahan terungkap sebaris nama itu di bibir.

------------


Assalamualaikum. Hai!

Bersawang gila, dah tahap rumah puaka dah blog ni kan. Hehe

Okey.

Ikut perancangan, novel ni saya tak nak hantar pada mana-mana penerbit. Sebab cerita ni saya nak tulis dengan bebas sebebas-bebasnya! Tak nak terikat dengan sebarang piawai!

SAYA NAK IKUT KEPALA OTAK SAYA! WAHAHA... (nampak tak kemerengannya kat situ)

Goodluck kepada semua yang berusaha me-ready-kan diri untuk baca cerita ni. Kalau cerita ni tak tepat dengan citarasa korang, takpe. Saya anggap ini cuma slot untuk saya menari-nari kebebasan dalam dunia saya. Macam ikan yang berenang-renang dan melompat-lompat keseronokan dalam air sungai yang segar.

Well... selepas bertahun-tahun terendam dalam air akuarium yang berchlorine. (Bla... bla... bla... mumbling-mumbling macam mak nenek...)

P/s: Cukup okey ar ni saya nak tulis balik, weyh. Punye ar seksa nak start tau tak! :p

Insya-Allah.Bila dah okey balik nanti saya sambunglah kisah Ashriq dengan Salina tu, eh. Mungkin sebab lama tinggal, jadi jiwa rock saya dah terkikis sikit. Saya kena rock kan diri balik.

Terima kasih pada yang selalu bertanya & mengingatkan saya. 

Bukannya saya sengaja tak update. Seriously, sikit pun tak lupa untuk sambung cerita tu. Setiap masa duk fikir. Sampai termimpi-mimpi. Ergh...

J


For a moment, let me rest in peace yeah... having some wacky dances with my Prince Charming in my mind and dream... Zzzzz... -_-



2 861 komen:

baby mio said...

Best .

Hajar Zulaikha said...

Nice. Welcome back, siti. Tiap2 kali online mesti bukak blog ni. Hihi.. happy dapat baca entry terbaru

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.