Thursday, 2 October 2014

Kahwin Dengan Dia? 1


“KAHWIN?”
Datuk Kamil mengangguk.Tegas. “Kali ni kau kena setuju.”
“Tapi Ash dah ada pilihan sendirilah, daddy.”
“Tinggalkan!” Lebih tegas nada Datuk Kamil. “Ini wasiat arwah nenek.”
Ashriq cemas.
Kalau daddydapat tahu kau main-mainkan Salina, tengoklah apa akan jadi padacredit cardkau.”
Ashriq makin tak puas hati. “What the...” Putus, celaru. “Salina?Apa ni?”
Datuk Kamil tak menjawab, buat Ashriq makin hilang punca. Dipandangnya Datin Rozie. “Apa ni, mi? Ash balik bukan nak dengar semua benda nilah. Ash boleh hidup sendiri!”
“Hujung bulan ni nikah.” Datuk Kamil tak langsung menjawab bahkan memberi satu kata putus. Beralih semula perhatian Ashriq pada lelaki korporat itu, makin sukar menerima.
Daddy...” Tapi terhenti memanggil bila Datuk Kamil melangkah pergi. Tanda dia sudah tiada pilihan. Terdiam dia, mengeluh sambil meraup wajah. Terduduk di sofa. “Ohh... come on...”
Runsingnya kepala otak ni! Macam mana dia nak bagitau Sarra semuani? Sarra pula, nak ke faham kehendak gila orang tuanya ni?

MENYARUNG T-shirt berkolar di tubuh buat dia rasa nak tercekik! Dah tu, kena buang pula semua rantai dan warna karat pada rambutnya sebelum keluar rumah pagi tu. Habis hilang semua style dan imej rockers yang jadi kebanggaannya selama ini.
Mujur dia tak dipaksa memotong rambut yang separas bahu tu. Kalau tak, alamatnya memang dia takkan pernah teringin jejakkan lagi kaki di negara ini. Rambut tu identiti dia selama ini. Bertahun dia menyimpan. Memang kerja gilalah kalau suruh dia apa-apakan rambut tu.
Betul-betul menyusahkan!
Entah apa kenalah arwah neneknya letakkan wasiat sampai macam tu. ‘Nak mati tu mati jela, tak payah menyusahkan hidup orang lain!’
Tertelan racun tikus ke apa nenek dia tu, sampai dah tak boleh fikir waras lagi. Tak pun, dah nyanyuk.
Ah, tertelan racun tikus ke, nyanyuk ke, sama je! Hari ni dia tetap terseksa. Kena berpakaian sopan, bert-shirt kolar bagai. Tak boleh jeans koyak, tak boleh T-shirt lusuh. Menderita dia!
Dia garu-garu kepala yang tak gatal. Rimas! Berpakaian kemas macam nak pergi temuduga.
Skema giler siot!
Hari ni dia perlu ikut Datuk Kamil dan Datin Rozie pulang ke kampung. Sengaja mahu ziarah sanak-saudara di sana. Mengeratkan silaturrahim yang dah lama renggang.
Huh, itu kata Datuk Kamil la... Padahal bukan itu pun sebenarnya. Awal-awal lagi dia dah tahu, tujuan pulang ke kampung ni cuma nak pertemukan dia dengan Salina. Kononnya nak bagi serasi. Boleh kenal-kenal dulu sebelum tidur sekatil nanti.
Eleh, tidur sekatil konon.
Budak tak cukup umur tu. Pandang pun dia tak hinginlah!
Dia dah ada Sarra yang sudah cukup menggiurkan.Buat apa dihulur lagi lauk lain?
Dia mengikut ni pun sebab dah terpaksa. Tak nak credit card disekat, sebab di Jerman sana dia baru letakkan jawatan dari salah sebuah syarikat terkemuka. Duit-duit gaji sebelum ni dah habis semua digunakan. Berjoli sana-sini dengan girlfriend kat sana. Tak sempat langsung dia nak menyimpan, sebab dia tak terfikir semuanya akan jadi macam ni.
Semuanya dek termakan janji manis bapaknya tulah!
Konon ada surprise di Malaysia.
“Come on, boy... daddy guarantee, you will love it...”
Yang dia pula... boleh tak terfikir panjang? Hei... bodoh jugak dia rupanya. Harap belajar tinggi aje, tapi kena tipu hidup-hidup dengan bapak sendiri.
Sekarang? Hah, terkial-kiallah dia kalau satu-satunya sumber kewangan dia diputuskan.
Mati woi kalau takde duit!

WAKTUmummy dengan daddy bersalaman dan beramah mesra dengan tuan rumah, dia cuma tercegat di belakang. Berpeluk tubuh. Sesekali mengusap-usap belakang tengkuknya sambil mengeluh panjang. Bosan berlama-lama begitu.
Matanya liar memandang-mandang kosong sekitar kawasan rumah kampung itu. Terlangak-langak memerhati atap zink serambi yang nampaknya sudah berkarat.
Intuisi jurutera mula berfungsi dalam diri. Melihatkan bumbung rumah yangagak reput, dia mula mencongak-congak.
Kalaulah dia bergayut di salah satu alang yang menampung berat zink, agak-agak akan patah tak kayu tu? Dan... kalau dia melompat-lompat... akan roboh tak rumah kampung tu?
Dia tak mampu mencari jawapan selagi belum melihat sendiri hasilnya. Lantas dia henjut-henjutkan sedikit tubuhnya. Tak ada apa-apa jadi. Dia beranikan pula diri melompat-lompat kecil. Menggigil rumah tradsional itu. Berkerut dahinya lalu berhenti.
‘Bahaya ni.’
Dia mahu menguji lagi, masih belum puas hati. Lantas dia melompat lebih tinggi.
Gedegang!
Kepala terhantuk atap serambi yang rendah. “Aduh!” Serentak kaki menghentam lantai. Bergegar rumah kampung itu. Dia hilang imbangan, jatuh di atas satu tubuh di sebelahnya. Satu jeritan halus bergema. Dua-dua tersungkur!

“APA kamu buat ni, Ash!” Melengking pekikan Datin Rozie.
Ashriq tersedar. Pantas alih pandangan dari mata yang sedang menentang renungannya. Empat pasang mata sedang memandangnya tajam.
“Runtuh rumah orang ni nanti, tahulah kamu!”
Kelu untuk menjawab. Tika itu juga dia tersedar pada tubuh yang sedang kesakitan dihempapnya. Kelam-kabut dia bangun, menjauh dari gadis itu. ‘Woii... ini Malaysia la weh!’ Hati memekik cemas. Takut dengan apa yang baru saja berlaku.
Dia tahu orang timur cukup kuat berpegang pada adat. Jangan kepala dia dihempuk sudah, sebab dituduh mencabul anak dara orang.
Sebaik saja dia bangun, gadis itu bergegas bangkit. Betul-betulkan tudung dan pakaian, kemudian bergegas menghilang ke dalam rumah. Mencuka wajah gadis itu. Nampak marah.
“Yang kamu terlompat-lompat tadi tu apa kena? Dah buang tabiat?”
Dia tersedar semula bila disergah Datin Rozie. Empat pasang mata yang masih tajam merenungnya itu membuat dia terkial-kial. Cepat-cepat dia bingkas. Berdiri. Telan liurpandang tuan rumah. “Erkk... ss... sorry...” Gugup. “Rumah ni tak selamat.”
Berubah air muka sepasang suami isteri itu.
Pantas lengannya disiku Datin Rozie. “Merepek apa ni?” Jelas bunyi geram.
Dia menoleh. “Ash cakap benda betul, mi. Macam mana kalau kita tengah tidur malam ni, tiba-tiba...” Terhenti kata bila sedar riak tak senang di wajah Datin Rozie. Dia tahu wanita itu sedang memberi amaran. Dia mengeluh lemah. “Okey...” Kendur suara.
“Salam pak su dengan mak su tu.”
Dia akur saja kali ini. Sebelah tangan dihulur, disambut lelaki bergelar pak su itu. Dia eratkan genggaman, menggoncangnya sedikit sambil memaksa bibir mengukir senyuman.Kemudian dia leraikan genggaman.
Pak su kerut dahi. Ashriq bingung tapi masih berusaha mengekalkan senyuman. Dia hulur pula tangan pada mak su.
“Eh, salam orang tua tu ciumlah tangan!”
Terhenti pergerakannya, berkerut dahi pandang Datin Rozie.
Cium tangan? Tadi mummy dengan daddy tak buat macam tu pun?
Bila Datin Rozie nampak makin tak senang dengannya, dia mengeluh lagi. Dipandangnya pak su. Dia hulurkan tangan dan sebaik saja bersambut, terus dia tarik jari-jemari pak sunya ke bibir dan mengucupnya. Sebijik macam yang biasa dia buat pada Sarra waktu di Jerman dulu.
Tak sangka, cara orang Malaysia bersalaman sangat romantis. Macam pak su tu kekasihnya pula. Betullah kata orang, orang Malaysia ni sangat berbudi bahasa, sangat bersopan santun sampai dia pun rasa jelek nak bersalam.
‘Werkk!’ Hati meraung tak suka. Tolonglah jangan paksa dia buat benda-benda pelik ni lagi!
Tiba-tiba tamparan Datin Rozie hinggap kuat pada bahunya. “Merepek apa ni, Ash!”
Dia menoleh, mula rimas. ‘Apa lagi yang tak kena ni? Buat, salah. Tak buat pun salah.’
Pak  su dan mak su pula tertawa. “Tak apalah, kak. Tak biasa agaknya tu...”
Datin Rozie dan Datuk Kamil menggeleng-geleng kecil. ‘Memalukan betul...’
Ashriq mengeluh. Tak tahu apa lagi patut dibuat. Serba tak kena. Akhirnya dia berundur, berpusing sebelum kaki mula menuruni bilah-bilah tangga.
“Nak ke mana tu?” Datuk Kamil menyoal.
“Ambik angin.” Datar, tanpa menoleh.
Sebaik kaki mencecah tanah, dia terpandang sebuah basikal. Dia diam sejenak. Seingatnya, waktu dia mula-mula sampai tadi basikal itu tiada di situ. Boleh jadi basikal itu milik gadis yang terjatuh dengannya tadi.
Dia tidak menunggu lagi. Terus dapatkan basikal itu dan menunggangnya. Meronda-ronda di sekitar kawasan kampung itu.Mencuci mata walau tahu tiada apa yang menarik di tempat ini.
Tapi apa yang sedang dia buat ini jauh lebih baik daripada tercangak saja di serambi. Bosan menunggu orang tuanya itu yang masih lagi tercegat di muka pintu rumah. Berbasa-basi dan beramah mesra.
Apa khabar? Sihat ke? Padahal tengok je pun dah boleh tahu, orang tu sihat ke tak. Hatinya menggerutu. Tak faham dengan budaya di sini.
Sudah suku abad hidup di atas muka bumi, inilah kali pertama dia jejakkan kaki di tanah kelahiran mummy dan daddynya ini. Ini juga kali pertama dia dibawa bertemu sanak-saudaranya di sini. Selama ni yang pernah dia dengar, dia ada keluarga di Malaysia. Tapi dia tak pernah kenal, dan dia memang tak pernah terfikir untuk kenal pun.
Buat apa? Rasanya hidup dia dah cukup lengkap. Rakyat Jerman cukup berkeyakinan dan hebat dalam segala hal. Boleh berdiri sendiri tanpa bangsa-bangsa lain dalam dunia ni.
Dan pada pemikirannya selama ini melalui pergaulan hariannya, orang-orang di Asia ni teruk sikit. Tak sehebat orang-orang di Jerman.
Ya, masyarakat Jerman adalah masyarakat yang paling hebat.
Dah tu, bila sekali terpaksa pulang... tak, bukan pulang, tapi datang. Bila sekali datang ke tempat orang, mana dia tak terkejut. Semuanya berbeza dari hidupnya sebelum ini. Janganlah salahkan dia kalau dia tak tahu apa-apa pasal tempat baru ni.

“APA kau dah buat ni, Na...”Merungut-rungut panjang. Ditampar-tampar pipi dan hidungnya. Ditenyeh-tenyeh pula bibir yang nyaris diragut tadi.
Geram. Malu. Menyampah. Semua ada!
Entah macam mana dia boleh terikut hilang imbangan waktu budak bandar tu melompat-lompat macam beruk tadi. Tak pasal-pasal dah terjatuh sama.
Kalau jatuh cara baik tak apa lagi. Ini, kena hempap pulak tu. Berat gila!
Sesak nafas dia!
Dah tu, boleh pulak dia tak sedar yang hidung dia berlaga dengan... hmm... budak bandar tu. (tak sanggup nak mengaku. Tak sanggup jugak nak ingat lagi)
Agaknya kalau mak budak tu tak menjerit tadi, mahu bercium sudahnya.
Eiii...
Dia tutup mulut dengan tapak tangan. Makin tak sanggup.
Jadi kat depan mak bapak sendiri pulak tu!
Dia usap-usap pula pipi yang membahang. ‘Malunya...’
Rasa terhukum, malu dan bersalah. Semuanya bersatu. Tak tahu macam mana dia nak kembalikan apa yang dah hilang.
Tak betah macam tu, dia bangun dari birai katil. Berjalan ke tingkap, tercegat pandang ke luar. Telan-telan liur yang kelat sambil fikiran terus juga teringat pada ‘kemalangan ngeri’ tadi.
‘Berlaga hidung macam tu kan...sepatutnya dengan suami aje.’ Hati berbisik.‘Tapi sekarang ‘orang luar’ dah ambik. Apa lagi yang tinggal untuk suami sendiri?’
“Salina?” panggil satu suara wanita dari luar bilik.
Dia tersedar, menoleh sekilas pada pintu yang berkunci. “Iya...” Datar. Tak semangat nak jawab.
“Kenapa berkurung? Mai la, mak ngah dengan pak ngah datang ni. Ina tak pernah lagi jumpa diorang kan?”
Salina terdiam. Mak ngah?
‘Aku tahu aku ada mak ngah, tapi selama ni cuma dengar nama aje. Tak pernah jumpa pun?’
‘Oh, patutlah dua tiga hari ni beria-ia mak dengan ayah duk bercerita pasal orang tu. Rupanya diorang nak datang sini?’
‘Tapi... ‘
Terlintas sesuatu dalam kepala.
‘Yang bersembang dengan mak kat serambi tadi tu ke?’
‘Ye kot.’
‘Maknanya budak bandar yang macam beruk tadi tu? Sepupu aku?’
Tergeleng-geleng kepalanya.‘Tak sangka, rupa-rupanya aku ada sepupu yang sengal macam tu.’
Betul-betul dia tak boleh percaya, sebab sepupu-sepapat yang lain semuanya baik-baik belaka.
‘Tapi yang sorang ni... ergh... entahlah! Tak tahu nak kata apa. Teruk yang amat!’
Tapi dia tak berlengah lagi di situ. Segera melangkah ke pintu, tak mahu buat orang tertunggu-tunggu.
Mula-mula dia teragak-agak. Melalui celah-celah daun pintu yang sedikitterbuka, dia mengintai. Takut kalau-kalau terserempak lagi dengan budak bandar tadi.
Malulah dia kalau bertembung mata dengan budak bandar tu. Apa nak dikatanya, apa nak disebutnya. Lebih-lebih lagi bila mengingatkan apa yang dah jadi.
Beberapa ketika begitu, dia tidak terlihat kelibat budak bandar tu di mana-mana. Dia lepas nafas lega. Baru berani keluar. Tiba di ruang tamu, dia lihat sepasang suami isteri sedang memandangnya.
Dia balas pandangan mereka. Tersenyum dan segera mendapatkan, kemudian bersalaman. Tunduk mencium tangan Datin Rozie.
Tapi dalam hati, dia agak tertanya-tanya dengan cara pasangan suami isteri itu memandangnya. Macam ada yang tak kena.
Kenapa? Dia ada buat salah besar ke?
Setahu dia tak ada. Kalau ada pun kes terjatuh tadi ajelah.
Tapi bukan dia yang salah pun! Anak mak ngah dia tu yang salah, terkinja-kinja tak tentu pasal.
Dia cuma naik ke serambi tu sebab memang itu jalan yang biasa dia guna selama ni setiap kali pulang dari mana-mana. Tambah-tambah pulak hari ni hari terakhir dia SPM. Penat berfikir pun tak surut lagi. Lagilah tak masuk akal dia nak guna jalan lain.
“Ini ke Salina?”
Soalan Datin Rozie buatdia tersedar. Dia pandang wanita yang masih menggenggam tangannya itu. Bila wanita itu menghadiahkan senyuman sambil memandangnya tak berkedip, dia tersenyum juga tapi dalam rasa serba-salah.
Tak selesa dan tak faham, kenapa mesti macam tu cara mak ngahnya tu memandang. Macam nak telan dia aje gayanya. Gerun pulak rasa.
“Haah. Saya Salina.” Sepatah terkeluar dari bibirnya.
Serta-merta lebar senyuman Datin Rozie lantas menoleh pada Datuk Kamil di sebelah. Paha lelaki itu ditepuk. “Manis budaknya, bang.”
Salina terdiam,kerut dahi.
Apa kena ni?
Orang manis sikit pun salah ke?

Bukan semua perempuan ada kemanisan masing-masing ke?


8 861 komen:

baby mio said...

Best

abby sha said...

ermm mcm penah baca dulu penah up kn? hihi

Nor Zulaikha Zulkifli said...

Suke suke suje ^^

Azlina Afisya said...

best best ^^

ashiqin austen said...

Best

Izrah Zulkarnain said...

Baru je baca. Best :D

hpm.ba said...

I was looking to realize this issue farther and discovered this data to be informative..
Trebinje stan

Anonymous said...

Bila nk sambung g...best sgt!!

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.