Monday, 4 January 2016

Sinopsis Scarlet Cinta

Arghhh...

Seriously, kenapa dia juga yang tercegat depan aku ni? Dia tak perasan ke, aku duk buat muka telur separuh masak je setiap kali bertembung dia. Itu dah jelas-jelas tanda yang aku tak suka dia kan? Kenapa batang hidung dia juga yang aku kena hadap? Takde muka orang lain ke dalam dunia ni selain dia? Hah?

Dan... dan... yang lebih teruk...

Kenapa mesti aku yang terikat dengan diaaa!!!

Liza kan ada! Liza tu lagi la, sanggup tak tidur malam semata-mata nak cari tiket konsert yang hilang tu. Sanggup dia peluk aku sekuat-kuat hati bila aku terjumpa balik tiket konsert tu. Sampai naik lemas aku jadinya, menahan nafas bila dipeluk Liza. Punyalah kawan baik aku tu minat yang teramat sangat pada si mamat sengal tu.

Tapi bila jadi macam ni, aku balik yang kena!

Wuuu... sedihnya!

"Liza macam mana? Dia suka kat awak kan?"

"Biarlah dia. Saya tak kenal dia, saya cuma kenal awak."

Aku mencebik. "Tipu! Liza kata family dia dengan family awak nak jodohkan awak dengan dia."

"Sebab tu saya cari awak."

"Oh, maknanya saya ni tempat awak lepaskan sesaklah?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Sebab awak dengan saya... kita sama-sama berhutang satu benda." Selamba tuturnya, buatkan aku tergamam!

Errkkk!

Dia ingat lagi benda tu rupanya!

4 861 komen:

norihan mohd yusof said...

hutang ape tuh...

Siti Hanisah said...

rahsia, skrg blum boleh bgtau hehe. :D

Anonymous said...

hutang ap??

Siti Hanisah said...

Soalan tu akan terjawab tak lama lagi. Kalau saya bagitau sekarang, tak saspens la.. hehe

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.