Thursday, 2 May 2013

Sinopsis Hati Yang Kau Sentuh

Antara mereka berdua, langsung tak boleh berjumpa. Ada saja yang mahu digaduhkan. Mulanya Azrul yang membuli, tapi bila dapat saja peluang, giliran Farhah pula yang berkuasa di tempat itu. Mahu tak mahu, terpaksa Azrul kawal egonya walaupun kadang-kadang terlepas juga geram yang dia cuba tahan.

Bila jadi satu peristiwa yang memisahkan mereka, Azrul kehilangan. Tapi egonya melarang dari merindui. Dia teruskan hidup dan berusaha melupakan Farhah. Walaupun berat, dia sentiasa peringatkan dirinya, semua yang bernyawa pasti akan mati.

Atas sebab itu, dia cukup-cukup angin bila tiba-tiba muncul seorang gadis yang mengaku diri sebagai Farhah.

“Kau jangan nak bohong akulah. Aku tahu kau bukan Farhah. Aku kenal dia, dia bukan macam ni!” – Azrul Hafizi.

Tapi semakin dia menjauh, semakin gadis itu memaksanya agar percaya. Pelbagai cara dilakukan gadis misteri itu, membuatkan dia lemas. Akhirnya dia berikan satu syarat jika benar gadis itu mahukan bantuannya- jangan cuba menyamar.

Bila terbongkar satu rahsia mengenai gadis itu, dia serba-salah. Patutkah dia tolong gadis yang sedang di dalam kesusahan itu? Tapi dia takut jika nanti dia berubah hati. Lantas bagaimana?

“Abang baliklah. Farhah tak nak ubat, Farhah nak abang…” – Farhah.

“Saya takkan mintak lagi yang bukan-bukan. Tapi tolonglah, saya perlukan sangat-sangat bantuan awak. Tolonglah, nikahi saya…” – Fatin.

“Tapi apa yang kau mintak ni bukan main-main. Kau nak kahwin kontrak dengan aku ke? Berapa lama?” – Azrul Hafizi.




2 861 komen:

asen said...

akak suke cite ni...mmg best.sll akak x suka byk cite budak2 sekolah ni....tp yg ni mmg something

Backyard Soul said...

Terima kasih banyak2 kak...

Post a Comment

Assalamualaikum. Hai!
Terima kasih baca.
Cer komen sikit?

.

.